Jangan ambil ringan jika anda antara orang yang banyak tidur di waktu pagi. Menurut kajian, orang yang banyak tidur di waktu pagi menunjukkan tanda-tanda awal berlakunya penyakit Alzheimer.
Perkara ini dikongsikan Dr Latif Saad menerusi penulisan dalam page The Diagnosa. Pastikan anda mendapatkan tidur yang secukupnya agar tubuh anda lebih segar di waktu pagi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
BACA: Anda Mungkin Alami Hipersomnia, Jika Malam Dah Cukup Tidur Tapi Siang Masih Mengantuk!
Penyakit Alzheimer dalam masyarakat kita dipanggil sebagai nyanyuk. Dalam masalah ini, pesakit akan mengalami masalah memori di mana pesakit tidak mengingati perkara yang lampau. Bahkan ia menyebabkan penurunan dalam fungsi kognitif pesakit.
Dalam penyakit Alzheimer juga, pesakit akan mengalami masalah dalam karakter tidur mereka iaitu mereka suka tidur pada waktu pagi berbanding orang lain. Pada mulanya para pengkaji menyatakan bahawa penyakit Alzheimer ini akan datang sekali dengan pakej selalu tidur pada waktu pagi.
Tetapi kajian terbaru menunjukkan simptom tidur waktu pagi ini akan mula berlaku terlebih dahulu sebelum penyakit Alzheimer menunjukkan simptom-simptomnya.
BACA: Lelaki Digalakkan Pakai Stoking Masa Tidur Untuk Pelihara Kekuatan Tenaga Batin
Perlu diketahui bahawa punca kepada penyakit Alzheimer ini adalah disebabkan ‘Protein Tau’. Protein Tau ini akan berkumpul di bahagian otak yang menyimpan memori dan merosakkan bahagian tersebut. Ini menyebabkan pesakit mengalami masalah memori.
Dalam kajian yang terbaru ini pula, protein ini didapati telah terlebih dahulu berkumpul pada bahagian otak yang berfungsi untuk manusia itu sentiasa segar pada waktu pagi. Apabila bahagian otak tersebut rosak, maka pesakit akan sentiasa rasa mengantuk pada waktu pagi.
Dalam kajian ini, para pengkaji telah membuat kajian pada otak 13 pesakit Alzheimer yang telah meninggal dunia dan juga 7 orang tanpa penyakit Alzheimer yang juga telah meninggal dunia.
Pengkaji memberi kesimpulan bahawa penyakit Alzheimer akan menyerang bahagian otak yang berfungsi untuk membuat manusia sentiasa terjaga pada waktu pagi terlebih dahulu.
Pada bahagian otak tersebut didapati terdapat jumlah Protein Tau yang tinggi dan juga kematian sebanyak 75% daripada saraf di kawasan itu.
Penemuan ini mendapati tidur yang berlebihan ada waktu pagi mungkin menjadi salah satu simptom awal penyakit Alzheimer.
Jadi, jika anda berlebihan tidur pada waktu pagi, mungkin anda perlu ingat bahawa ia merupakan salah satu simptom awal penyakit Alzheimer.
BACA: Tidur Dalam Keadaan Lampu Terbuka Meningkatkan Penambahan 5Kg Berat Badan – Kajian
Sumber:
University of California – San Francisco. (2019, August 12). Alzheimer’s disease destroys neurons that keep us awake: Study suggests Tau tangles, not amyloid plaques, drive daytime napping that precedes dementia. ScienceDaily. Retrieved August 13, 2019 from www.sciencedaily.com/releases/2019/08/190812075523.htm