Buat anda yang memiliki kereta berusia 5 hingga 10 tahun, ada beberapa perkara penting yang perlu anda beri lebih perhatian.
Biasalah, bila kereta dah mula ‘berumur’, komponen utama dia pun mula bagi tanda-tanda nak rosak.
Hal seperti ini bergantung juga pada berapa jauh kereta anda selalu bergerak dan cara pemanduan anda. Tapi, mahu atau tidak, memang akan ada komponen yang perlu diperiksa sebab jangka hayat dia makin pendek.
Salah satu komponen yang wajib anda beri perhatian ialah drive shaft. Jika anda jenis yang biasa dengan komponen kereta, mesti dah familiar dengan nama ini. Tapi kalau anda rasa tak tahu sangat, jangan risau! MASKULIN akan terangkan sikit-sikit supaya anda faham.
Apa sebenarnya drive shaft? Ia lebih kurang macam ‘aci pemacu’ dalam bahasa kita, dan ia sebahagian daripada sistem drivetrain kereta. Untuk kereta yang pacuan depan (FWD), biasanya ada dua drive shaft – satu sambung dengan tayar sebelah kanan, dan satu lagi dengan tayar kiri. Kerja dia senang je, ia hantar kuasa dari enjin terus ke tayar supaya kereta boleh bergerak.
Macam kita jugak, bila dah lama, drive shaft ni akan alami kehausan dan mula menunjukkan tanda-tanda rosak.
Tapi dia bukan rosak mendadak, cuma prestasi dia akan makin merosot sikit demi sikit. Bahaya betul kalau tanda-tanda kerosakan drive shaft ni kita biarkan macam tu je. Ia boleh jadi risiko besar, bukan setakat kepada kereta, tapi juga keselamatan anda sebagai pemandu dan penumpang.
Bayangkan, drive shaft boleh tercabut masa anda tengah memandu! Walaupun jarang sangat berlaku, tapi benda ni bukan mustahil.
Kadang-kadang kerosakan pada CV Joint bearing boleh jadi punca drive shaft tercabut. Lagi teruk, ia boleh buat perumah gearbox pada enjin pecah! Kalau dah sampai tahap tu, memang tinggi risiko kereta terlibat dalam kemalangan.
Biasanya, getah boot yang melindungi bearing akan haus lepas lama pakai, dan akhirnya pecah atau terkoyak. Bila boot ni pecah, minyak gris dalam dia mula bocor keluar.
BACA: 10 Kasut Larian Berprestasi Tinggi Terbaik 2024 Pilihan MASKULIN
Bila gris tak cukup, bearing dalam CV Joint akan cepat haus dan rosak. Kadang-kadang, walaupun boot tak pecah, bearing boleh rosak kalau gris dalam tu tak berfungsi dengan baik – mungkin sebab dah beku atau tak cukup pelincir.
Kalau anda perasan ada salah satu tanda ni, jangan tunggu lama-lama! Terus pergi ke bengkel untuk buat pemeriksaan. Kalau lambat, masalah ni boleh merebak ke gearbox atau sistem pemanduan anda.
Harap perkongsian ni bermanfaat untuk anda. Jangan lupa, jaga kereta baik-baik, dan follow Instagram MASKULIN untuk lebih banyak tips!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.