AWAS LELAKI SADO! INI TIP GAYA FESYEN UNTUK ANDA! JANGAN BIAR GAYA ANDA SEPERTI BADUT!

Memang sudah menjadi trend dunia hari ini tentang kaum lelaki yang inginkan badan yang sado (muscular). Rata-rata kaum lelaki, khususnya di Malaysia, mula berjinak di gym saat usia masih muda. Sesuatu yang sangat bagus! Bukan hanya menjadikan rakyat kita menjurus ke arah hidup sihat, malah melahirkan ramai barisan lelaki yang segak dan tampan. Tetapi dilema yang selalu mereka hadapi adalah mengenai gaya fesyen mereka. Adapun baju yang bisa disarung oleh mereka yang berbadan sado itu muat dipakai, namun pasti kelihatan sendat dan padat. Ada juga yang terkeluar kulitnya bagai “nangka berbalut”. Kemeja pula terpaksa memakai hingga butang mahu tercabut. Ramai di antara mereka yang memberi komen tentang perasaan tidak selesa apabila dipandang netizen tentang gaya fesyen mereka. Tidak mengapa! Ini tip untuk kamu yang berbadan sado untuk tampil lebih menarik, stylo dan pastinya mengancam!

Tailor yang sesuai

Ini sangat bagus untuk kamu yang inginkan helaian kemeja mahupun sut yang ‘sedap’ dipakai. Bina hubungan baik dengan tailor yang kamu ingin kerjasama kerana ia membantu kamu untuk terus mendapat rekaan yang sesuai dengan tubuh kamu, dan pastinya apabila kamu sudah menjadi regular costumer, harga yang diberikan pasti berpatutan. 

Jika kamu masih tertanya-tanya mengenai harga yang mahal, bukankah akan lagi rugi jika kamu membeli helaian kemeja atapun sut dengan harga yang sedikit murah tapi tidak selesa dipakai? 

Sebelum kamu berjumpa dengan tailor, pastikan kamu tahu bahagian mana yang harus diberi penekanan. Selalunya, jika kamu berbadan agak besar dan sasa, bahagian bahu, dada, dan kaki adalah bahagian yang paling menimbulkan masalah untuk mencari rekaan yang tepat dengan tubuh badan kamu. Apa yang harus kamu lakukan adalah dengan berbincang dengan tailor kamu mengenainya. Dia pasti dapat menyelesaikannya!

Size down.

Mungkin ini kedengaran sedikit pelik. Menakutkan. Mungkin kamu berfikir jika kamu mengurangkan saiz baju kamu ia akan tampak ketat bila kamu memakainya, tetapi percayalah, kamu akan menyakiti diri kamu sendiri apabila baju kamu terlebih besar.

Ini adalah kerana, jika kamu mengurangkan sedikit saiz baju yang kamu pilih, secara tidak langsung ia akan fit di bahagian-bahagian tertentu, dan sedikit ketat di bahagian yang lain (pain points). Tidak mengapa, inilah gunanya jika kamu ada tailor yang bagus. Bawa baju baru kamu dan bincang dengannya untuk membuka dan besarkan sedikit bahagian yang ketat itu. Walaupun dengan pemilihan saiz yang kurang, bahagian yang harus di buka hanya sedikit. Memudahkan kerja kamu daripada kamu membeli baju yang besar, tubuh badan kamu akan kelihatan 2x lebih besar. Kamu mahu?

Pilih jenama.

Tahukah kamu? Setiap jenama fesyen yang ada tidak mempunyai saiz yang sama. Jadi kamu harus melakukan sedikit survey untuk mendapatkan jenama fesyen yang sesuai dengan saiz kamu. Sedikit tip, cari jenama yang mempunyai kemudahan alteration di butik. Lebih senang. Kemungkinan mereka ada menyediakan koleksi baju yang sesuai dengan jenis tubuh seperti kamu. 

Sudah pasti kamu mempunyai banyak pilihan untuk memilih. Semua jenama baju mempunyai saiz yang berbeza dan keputusan yang pastinya berlainan. Perubahan saiz ini berlaku kerana ia mengikut kepada kelainan demografi, lokasi dan stail. Kami mencadangkan supaya kamu pergi ke shopping mall yang besar supaya kamu boleh membuat pilihan dengan senang. Hidup kamu akan jadi senang apabila sudah jumpa jenama fesyen yang sesuai dengan kamu!

Keseimbangan dalam gaya fesyen.

Salah satu peraturan dalam berfesyen adalah keseimbangan. Itu adalah kuncinya. Sudah pasti ia tertumpu kepada kaum lelaki yang bertubuh sasa. Muscular man!

Memakai helaian yang memfokuskan kepada area dada ataupun kaki seolah-olah kamu mahu menunjuk-nunjuk kerana kamu meletakkan terlalu banyak penekanan pada area itu. Untuk mendapatkan keseimbangan yang bagus dalam gaya fesyen anda, ikut taktik ini:

Anda yang miliki dada yang luas: Pakai trousers yang sedikit longgar. Usah sarungkan skinny jeans. Sarungkan jaket yang tidak terlalu tebal dan fabriknya jenis ringan. Jangan memakai fabrik yang tebal dan mudah berlipat.

Anda yang miliki kaki yang besar: Kemeja yang kurang fit bisa mengimbangi gaya fesyen kamu. Jaket yang berstruktur dan neckwear juga membantu untuk menghasilkan keseluruhan gaya yang sempurna. Untuk hasil yang terbaik, sarungkan kemeja bercorak yang bisa menjadi tarikan untuk bahagian upper torso kamu.

Eksperimen.

Tidak salah untuk kamu try and error. Jika kamu tidak mahu bereksperimentasi mengenai gaya fesyen kamu, jadi gaya kamu akan tampak boring dan ketinggalan zaman! Boleh jadi, ia mengurangkan tahap keyakinan kamu sendiri. Jadi usah risau untuk mencuba sesuatu yang baru! Cuba kamu sarungkan sesuatu yang kamu tidak pernah fikir untuk menyarungkannya. 

Selalu memakain jeans? Apa kata kamu cuba sesuatu yang lain? Mungkin dress pants?

Dan, adakah kamu selalu menggayakan ribbed t-shirts? Kali ini cuba pula kemeja kasual untuk gaya yang gempak!

Lebih banyak kamu mencuba, lebih mudah kamu memahami tubuh kamu! Selamat mencuba!