Memang sudah menjadi trend dunia hari ini tentang kaum lelaki yang inginkan badan yang sado (muscular). Rata-rata kaum lelaki, khususnya di Malaysia, mula berjinak di gym saat usia masih muda. Sesuatu yang sangat bagus! Bukan hanya menjadikan rakyat kita menjurus ke arah hidup sihat, malah melahirkan ramai barisan lelaki yang segak dan tampan. Tetapi dilema yang selalu mereka hadapi adalah mengenai gaya fesyen mereka. Adapun baju yang bisa disarung oleh mereka yang berbadan sado itu muat dipakai, namun pasti kelihatan sendat dan padat. Ada juga yang terkeluar kulitnya bagai “nangka berbalut”. Kemeja pula terpaksa memakai hingga butang mahu tercabut. Ramai di antara mereka yang memberi komen tentang perasaan tidak selesa apabila dipandang netizen tentang gaya fesyen mereka. Tidak mengapa! Ini tip untuk kamu yang berbadan sado untuk tampil lebih menarik, stylo dan pastinya mengancam!
Tailor yang sesuai
Ini sangat bagus untuk kamu yang inginkan helaian kemeja mahupun sut yang ‘sedap’ dipakai. Bina hubungan baik dengan tailor yang kamu ingin kerjasama kerana ia membantu kamu untuk terus mendapat rekaan yang sesuai dengan tubuh kamu, dan pastinya apabila kamu sudah menjadi regular costumer, harga yang diberikan pasti berpatutan.
Jika kamu masih tertanya-tanya mengenai harga yang mahal, bukankah akan lagi rugi jika kamu membeli helaian kemeja atapun sut dengan harga yang sedikit murah tapi tidak selesa dipakai?
Sebelum kamu berjumpa dengan tailor, pastikan kamu tahu bahagian mana yang harus diberi penekanan. Selalunya, jika kamu berbadan agak besar dan sasa, bahagian bahu, dada, dan kaki adalah bahagian yang paling menimbulkan masalah untuk mencari rekaan yang tepat dengan tubuh badan kamu. Apa yang harus kamu lakukan adalah dengan berbincang dengan tailor kamu mengenainya. Dia pasti dapat menyelesaikannya!
Size down.
Mungkin ini kedengaran sedikit pelik. Menakutkan. Mungkin kamu berfikir jika kamu mengurangkan saiz baju kamu ia akan tampak ketat bila kamu memakainya, tetapi percayalah, kamu akan menyakiti diri kamu sendiri apabila baju kamu terlebih besar.
Ini adalah kerana, jika kamu mengurangkan sedikit saiz baju yang kamu pilih, secara tidak langsung ia akan fit di bahagian-bahagian tertentu, dan sedikit ketat di bahagian yang lain (pain points). Tidak mengapa, inilah gunanya jika kamu ada tailor yang bagus. Bawa baju baru kamu dan bincang dengannya untuk membuka dan besarkan sedikit bahagian yang ketat itu. Walaupun dengan pemilihan saiz yang kurang, bahagian yang harus di buka hanya sedikit. Memudahkan kerja kamu daripada kamu membeli baju yang besar, tubuh badan kamu akan kelihatan 2x lebih besar. Kamu mahu?
Pilih jenama.
Ads
Tahukah kamu? Setiap jenama fesyen yang ada tidak mempunyai saiz yang sama. Jadi kamu harus melakukan sedikit survey untuk mendapatkan jenama fesyen yang sesuai dengan saiz kamu. Sedikit tip, cari jenama yang mempunyai kemudahan alteration di butik. Lebih senang. Kemungkinan mereka ada menyediakan koleksi baju yang sesuai dengan jenis tubuh seperti kamu.
Sudah pasti kamu mempunyai banyak pilihan untuk memilih. Semua jenama baju mempunyai saiz yang berbeza dan keputusan yang pastinya berlainan. Perubahan saiz ini berlaku kerana ia mengikut kepada kelainan demografi, lokasi dan stail. Kami mencadangkan supaya kamu pergi ke shopping mall yang besar supaya kamu boleh membuat pilihan dengan senang. Hidup kamu akan jadi senang apabila sudah jumpa jenama fesyen yang sesuai dengan kamu!
Keseimbangan dalam gaya fesyen.
Salah satu peraturan dalam berfesyen adalah keseimbangan. Itu adalah kuncinya. Sudah pasti ia tertumpu kepada kaum lelaki yang bertubuh sasa. Muscular man!
Memakai helaian yang memfokuskan kepada area dada ataupun kaki seolah-olah kamu mahu menunjuk-nunjuk kerana kamu meletakkan terlalu banyak penekanan pada area itu. Untuk mendapatkan keseimbangan yang bagus dalam gaya fesyen anda, ikut taktik ini:
Ads
Anda yang miliki dada yang luas: Pakai trousers yang sedikit longgar. Usah sarungkan skinny jeans. Sarungkan jaket yang tidak terlalu tebal dan fabriknya jenis ringan. Jangan memakai fabrik yang tebal dan mudah berlipat.
Anda yang miliki kaki yang besar: Kemeja yang kurang fit bisa mengimbangi gaya fesyen kamu. Jaket yang berstruktur dan neckwear juga membantu untuk menghasilkan keseluruhan gaya yang sempurna. Untuk hasil yang terbaik, sarungkan kemeja bercorak yang bisa menjadi tarikan untuk bahagian upper torso kamu.
Eksperimen.
Tidak salah untuk kamu try and error. Jika kamu tidak mahu bereksperimentasi mengenai gaya fesyen kamu, jadi gaya kamu akan tampak boring dan ketinggalan zaman! Boleh jadi, ia mengurangkan tahap keyakinan kamu sendiri. Jadi usah risau untuk mencuba sesuatu yang baru! Cuba kamu sarungkan sesuatu yang kamu tidak pernah fikir untuk menyarungkannya.
Selalu memakain jeans? Apa kata kamu cuba sesuatu yang lain? Mungkin dress pants?
Ads
Dan, adakah kamu selalu menggayakan ribbed t-shirts? Kali ini cuba pula kemeja kasual untuk gaya yang gempak!
Lebih banyak kamu mencuba, lebih mudah kamu memahami tubuh kamu! Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Manusia kan, bila tidak cantik, tidak enak dipandang mata pasti ada sahaja alasan untuk menjauhkan diri. Kenapa masih ada deskriminasi sebegini, kita semua berhak untuk dicintai dan merasa setia dalam perhubungan. Ingat kecantikan dan ketampanan itu tidak kekal selamanya, bila tiba masa kita semua akan tua juga.
Ini kisah yang terjadi kepada seorang lelaki dari Thailand yang ditinggalkan teman wanitanya kerana pernah berbadan besar. Teman wanitanya mengikut lelaki lain yang berbadan tegap dan meninggalkannya begitu sahaja. Disebabkan terlalu marah, Ken mengubah penampilan juga gaya hidupnya secara total. Tidak lagi mahu menoleh ke belakang, membuktikan tidak semua lelaki layak dilakukan sebegitu oleh kaum wanita.
“Saya tidak akan lupa dengan apa yang telah dia lakukan”
Bila sudah mendapatkan badan idaman, rupa yang lebih kacak, teman wanitanya mahu kembali semula kepadanya. Dia seperti tidak akan menjilat kembali ludah selepas dibiarkan begitu sahaja. Biarlah menjadi pengajaran buat kita semua terutama lelaki yang terlalu sayangkan teman wanita yang belum bergelar isteri, jangan berhabis duit kerana mereka, jangan mudah cair dengan kata-kata serta usah terlalu percaya dengan kata-katanya. Tinggalkan sedikit rasa curiga jika perlu.
CINTA SEORANG LELAKI PADA WANITA
Seorang lelaki kebiasaannya memandang cinta sebagai ‘sebahagian’ unsur dalam kehidupannya. Keadaan ini berbeza dengan perempuan yang sering menjadikan cinta sebagai unsur yang mempengaruhi ‘seluruh’ kehidupannya. Seorang lelaki kebiasaannya mencintai perempuan bukan atas dasar perasaan yang kuat terhadapnya. Malah tidak keterlaluan saya katakan bahawa kebanyakan lelaki tidak pernah mengambil serius terhadap perhubungan yang mereka jalinkan terhadap seorang perempuan (maksud saya bagi mereka yang belum berkahwin).
Lantas apakah sebenarnya tujuan sebenar seorang lelaki mengucapkan sayang kepada seorang perempuan? Adakah ianya sekadar kata-kata manis dari seorang lelaki? Tapi mengapa begitu? Mengapa harus menuturkan kata-kata manis andai dalam hati tiada sebarang perasaan untuk hidup bersama hingga akhir hayat dan bersatu dalam ikatan pernikahan? Di mana sikap tanggung jawab seorang lelaki terhadap tutur bicaranya itu?
Jawapannya adalah kerana dia seorang lelaki. Perasaan seorang lelaki tidak sekuat perasaan seorang perempuan. Seorang lelaki sukar untuk meraih perasaan cinta dan sayang kepada seorang perempuan hanya kerana ketulusan cinta yang ditunjukkan oleh si perempuan tersebut. Termasuklah seandainya si perempuan menyerahkan segala perhiasannya kepada si lelaki sama ada dalam bentuk tubuh badan atau selainnya, namun bagi seorang lelaki, ianya bukan sebuah nilai yang mampu dihayati oleh perasaan mereka. Kerana bagi mereka perkara yang mampu menambat hati mereka adalah NAFSU.
APA PULA TINDAKAN ANDA BILA DITINGGALKAN KEKASIH, SELEPAS BERUBAH ADAKAH ANDA MAHU KEMBALI SEMULA?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda mempunyai saman trafik yang tertunggak, inilah masanya untuk anda mengambil peluang membuat pembayaran dan mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus untuk saman-saman tertentu.
Tawaran diskaun untuk saman trafik ini diberikan sebagai langkah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat.
Orang ramai boleh mendapatkan diskaun saman trafik ini selama empat hari bermula 18 Mei hingga 21 Mei 2020.
PEMBUKAAN KAUNTER PERKHIDMATAN PEMBAYARAN SAMAN DAN PEMBEKALAN DOKUMEN KEMALANGAN SERTA TAWARAN DISKAUN 50% DENGAN BAYARAN SAMAN SECARA e-PAYMENT.
Bermula 18 Mei 2020, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan membuka kaunter pembayaran saman secara berperingkat di semua balai polis trafik seluruh negara dengan tujuan memudahkan orang ramai untuk menjelaskan bayaran saman yang tertunggak serta pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan seperti salinan repot, gambar dan rajah kasar bagi tujuan tuntutan insurans.
Orang awam boleh terus berurusan di kaunter pembayaran saman atau pun pembekalan dokumen dengan mengikuti jadual hari dan masa yang telah ditetapkan. JSPT juga telah menetapkan Standart Operasi Prosuder (SOP) Norma baharu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi memastikan tahap keselamatan semua pihak terjamin.
Sebagai langkah meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan kadar diskaun sehingga 50 peratus bagi saman-saman tertentu selama (4) hari bermula dari 18 hingga 21 Mei 2020.
Tawaran diskaun hanya terpakai melalui kaedah pembayaran secara e-Payment yang boleh dilakukan melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.
Semua saman layak mendapat diskaun KECUALI:
i) Saman kemalangan tahun 2019 & 2020.
ii) Saman dalam perbicaraan.
iii) Saman OP Selamat tahun 2019 & 2020.
iv) Saman berstatus NC (Non Compoundable).
v) Saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori.
vi) Saman berstatus waran tangkap.
JSPT menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi PKPB yang sedang dikuatkuasakan demi kebaikan bersama. Bersama kita hentikan rantaian wabak Covid-19.
#staysafe
#keepsocialdistancing
#JSPTPrihatin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Umur makin meningkat namun bayang jodoh pun tidak berkunjung tiba lagi. Pasti terselit perasaan gusar apabila usia sudah berganjak ke angka 30-an tapi masih lagi single. Mesti ramai yang kena hadap soalan cepumas apabila pergi ke kenduri mahupun apabila sanak saudara mula berkumpul.
Ramai di antara anda yang masih single diluar sana.Mesti korang tertanya-tanya apa puncanya? Ini antara punca anda akan single sampai bila-bila!
1. SIKAP TERLALU MEMILIH SAMPAI TAK MASUK DEK AKAL
Setiap orang ada citarasa masing-masing. Tapi kalau pilihan hati nak yang cantik macam model, hensem macam pelakon Korea memang susah la. Sampai bila-bila anda membujang!
2. PEMIKIRAN TIDAK TERBUKA & TAK NAK CUBA PERKARA BARU
Disebabkan citarasa anda tak masuk akal tu, anda tak nak cuba untuk mulakan hubungan dengan calon yang sedia ada. Tak berani nak cuba benda baru. Takkan la umur dah 30 baru nak cuba?
3. HIDUP SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG
Kalau anda jenis duduk rumah dan tak bergaul memang anda akan forever alone. Pergi kerja lepas tu balik. Di pejabat pun hanya buat kerja je dan tak bersosial dengan rakan pejabat. Memang tak ada life orang macam ni.
4. ANDA TAKUT UNTUK MENCINTAI KERANA TAKUT TERLUKA
Setiap percintaan ada pahit manis. Jika anda takut untuk kecewa, sampai bila-bila anda tak akan belajar. Beri peluang pada diri sendiri untuk mencintai dan di cintai. Bukan semua lelaki/wanita tak setia.
5. ANDA ADA MASALAH ISU KEPERCAYAAN MELAMPAU
Dalam percintaan kepercayaan sangat penting. Ramai yang pernah kecewa, takut untuk beri kepercayaan kepada orang lain. Dek kerana bekas kekasih pernah curang, terus tak berani nak bercinta lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih kekal hartawan Melayu terkaya Malaysia. Tahun 2025 menyaksikan seramai 19 rakyat Malaysia tersenarai dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes, dengan nilai kekayaan keseluruhan mencecah AS$57.3 bilion.