Tahun baru pasti ramai berlumba-lumba mahu turunkan berat badan, al-maklumlah azam baru. Tapi hati-hati ya, jangan sampai terlebih bersenam.
Sesi bersenam untuk orang dewasa sebenarnya adalah 30 minit sahaja sehari dan sebaiknya bersenamlah dengan intensi sederhana.
Ini dia kemudaratan dan kesan-kesan jika anda terlebih bersenam.
Mengurangkan ketangkasan, kekuatan dan daya tahan seperti masa reaksi yang lebih perlahan dan mengurangkan kelajuan berjalan adalah semua tanda-tanda umum yang terlebih latihan.
Ketidakseimbangan hormon juga boleh membuatkan anda rasa lapar. Tetapi dengan keletihan fisiologi OTS boleh menyebabkan anda hilang selera makan.
Penggunaan otot dan sendi yang terlalu banyak boleh menyebabkan sakit berterusan atau sakit sendi. Sakit yang tidak surut dalam tempoh dua minggu atau lebih, harus dianggap sebagai kecederaan yang ketara.
Perbelanjaan tenaga kronik dan negatif membawa kepada sesuatu yang dipanggil “ketersediaan tenaga yang rendah” yang membawa maksud bahawa tubuh secara konsisten menarik daripada bekalan tenaga sendiri (karbohidrat, protein dan lemak). Jadi, ia boleh menyebabkan anda mudah merasa letih yang berlebihan.
Ya memang benar, dengan mengamalkan teknik senaman yang betul dapat menurunkan kadar kemurungan. Tetapi jika ia dibuat secara berlebihan, ia akan bertukar menjadi faktor dan penyebab untuk kemurungan.
Ini kerana, ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan perubahan mood, kerengsaan yang luar biasa dan ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian.