Malang tak berbau, itulah yang menimpa lelaki berusia 49 tahun yang sedang melakukan aktiviti mendaki di Taman Belia, Pulau Pinang.
Mangsa dipercayai terbaring di lereng bukit sekitar jam 3.45 petang Isnin lalu dan orang awam telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menyelamatkan magsa, namun malangnya, mangsa telah meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama dan kematiannya disebabkan serangan jantung.
Terdapat tanda-tanda di badan mangsa yang menunjukkan bahawa dia jatuh ketika mendaki.
“Anggota Bomba dan Penyelamat memberikan rawatan awal kepada mangsa di tempat kejadian dan membawanya turun dari bukit.
"Lelaki itu masih tidak sedarkan diri pada waktu itu.” Kata jabatan kepada warwatan The Star.
Berita ini telah mengejutkan ramai orang terutamanya yang gila ‘hiking’. Hati-hati, selepas PKP ini, ramai yang Kembali aktif melakukan aktiviti harian anda.
Jangan dipaksa kemampuan diri dan tubuh badan, ingat hampir tiga bulan kita berada di rumah, kena kawal diri dan ambil beberapa tip sebelum melakukan apa-apa aktiviti lasak.