Awas, Ini Tanda-Tanda Orang ‘High’ Tengah Kena Ketum!

716

Pengunaan daun ketum atau ‘kratom’ cukup popular di negara Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan juga Malaysia.

Kalau di Malaysia, pokok yang menghasilkan daun ketum dikenali sebagai pokok biak atau nama saintifiknya, Mitragyna Speciosa.

Daun ketum bukan sahaja berfungsi untuk tujuan perubatan malah ia boleh bertindak sebagai peransang dan juga penenang.

Bergantung kepada jumlah yang diambil dan setiap kesannya adalah tidak sama dan berbeza-beza seperti berikut :

  • 2 hingga 6 gram rebusan daun ketum menyebabkan ransangan otak atau stimulasi otak.
  • 7 hingga 15 gram daun menyebabkan kesan ransangan keseronokkan (untuk sesetengah orang)  dan boleh menenangkan perasaan (bagi sesetengah orang)
  • 16 hingga 25 gram daun memberi kesan tenang yang lebih ketara dan fungsi otak menjadi sedikit perlahan atau lembab.
  • 26 hingga 50 gram menyebabkan kesan tenang dan seronok yang amat ketara, juga boleh menyebabkan halusinasi dan khayalan.

Ada segelintir masyarakat gemar menggunakan daun ketum lebih dari yang sepatutnya atas alasan kurang ‘kick’.

Namun mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka itu sama berisiko kepada kesihatan lebih-lebih lagi jika ia dicampur dengan bahan yang pelik-pelik.

Perkara ini sangat berbahaya kerana tidak semua penggemar ketum tahu apa bahan yang dicampurnya. Tahu-tahu sudah ‘high’ atau mungkin mengalami simptom seperti :

1. Dos rendah

  • Meningkatkan kepekaan, meningkatkan tenaga
  • Banyak bercakap, menjadi ramah dan tahap sosial yang tinggi
  • Mampu menguruskan kerja-kerja yang membosankan lebih daripada biasa
  • Bagi sesetengah orang, mungkin akan berasa gelisaah dan gugup

2. Dos tinggi

  • Ketidakpekaan terhadap kesakitan fizikal atau emosi
  • Anak mata menjadi kecil
  • Loya
  • Muntah
  • Gatal-gatal
  • Berpeluh
  • Lesu
  • Mengantuk secara tiba-tiba

3. Dos berlebihan

  • Khayal
  • Keletihan
  • Sesak nafas
  • Gementar
  • Tingkah laku agresif
  • Paranoid
  • Mual yang teruk

Jadi tolong pantau teman-teman anda. Risau ada yang ambil ketum secara berlebihan dan sukar untuk dikawal pada akhirnya!