Antara mimpi ngeri untuk seorang lelaki ialah bila rambut di bahagian atas mula menipis. Anda risau perkara ini berlaku kepada anda?
Usah risau. You are not alone! Kami di team MASKULIN juga resah dengan kemungkinan yang fenomena ini berlaku terhadap kepala sendiri.
Mungkin anda menyangka hal ‘botak tengah’ ini hanya boleh berlaku kepada mereka yang sudah semakin meningkat umur. Anda jangan terperdaya kerana sudah banyak kes melibatkan lelaki yang masih muda dan berumur bawah 30 tahun.
Ssesetengah kes berlaku diktakanatas faktor genetik. Namun majoritinya berlaku kerana kurangnyakesedaran menjaga kesihatan rambut di kalangan lelaki.
Jadi bagaimana anda boleh mengelak perkara ini daripada berlaku? Takkan umur tak sampai 40 kepala dah ‘bersinar’ di tengah-tengah bak bola golf di sinari cahaya mentari. Jom ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah!
BACA: Teknik Senaman Guna Dumbell, Buat 20 Minit Sehari Pasti Dapat Lengan Macam Hulk!
Tak dapat dinafikan produk penjagaan rambut untuk lelaki kini cukuop banyak sekali. Jadi amat penting untuk anda memilih produk yang sesuai. Ini kerana sekarang ini semakin banyak produk syampu lebih memberi fokus kepada pembersihan rambut dan bukannya kulit kepala. Jadi, pilihlah syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.
Seeloknya anda elakkan menjalani rawatan rambut menggunakan bahan-bahan kimia seperti rebonding
, perming mahupun mewarna rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam produk ini jika tidak dikawal penggunaannya boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.Tonik atau serum. Ini dua jenis produk yang jika digunakan secara konsisten dan betul boleh ‘membantu anda elakkan masalah rambut gugur, kelemumur, rambut kering, dan sebagainya akan selesai.
Ini antara tip yang sangat penting. Tahukah anda apa jua yang anda makan mampu memberi kesan terhadap penjagaan kulit kepala. Oleh itu jauhilh berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.
Banyakkan mengambil makanan yang mampu memberi zat dan mengikuti diet dengan batul. Pastikan anda ambil makanan yang mengandungi protein dan zink serta vitamin C & B.
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.
Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 10.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.