Antara mimpi ngeri untuk seorang lelaki ialah bila rambut di bahagian atas mula menipis. Anda risau perkara ini berlaku kepada anda?
Usah risau. You are not alone! Kami di team MASKULIN juga resah dengan kemungkinan yang fenomena ini berlaku terhadap kepala sendiri.
Mungkin anda menyangka hal ‘botak tengah’ ini hanya boleh berlaku kepada mereka yang sudah semakin meningkat umur. Anda jangan terperdaya kerana sudah banyak kes melibatkan lelaki yang masih muda dan berumur bawah 30 tahun.
Ssesetengah kes berlaku diktakanatas faktor genetik. Namun majoritinya berlaku kerana kurangnyakesedaran menjaga kesihatan rambut di kalangan lelaki.
Jadi bagaimana anda boleh mengelak perkara ini daripada berlaku? Takkan umur tak sampai 40 kepala dah ‘bersinar’ di tengah-tengah bak bola golf di sinari cahaya mentari. Jom ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah!
Tak dapat dinafikan produk penjagaan rambut untuk lelaki kini cukuop banyak sekali. Jadi amat penting untuk anda memilih produk yang sesuai. Ini kerana sekarang ini semakin banyak produk syampu lebih memberi fokus kepada pembersihan rambut dan bukannya kulit kepala. Jadi, pilihlah syampu yang sesuai, lebih baik lagi produk tu daripada bahan semulajadi.
ELAKKAN RAWATAN KIMIA
Seeloknya anda elakkan menjalani rawatan rambut menggunakan bahan-bahan kimia seperti rebonding, perming mahupun mewarna rambut. Bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam produk ini jika tidak dikawal penggunaannya boleh menyebabkan kulit kepala menjadi semakin sensitif.
Ads
GUNA SCARA KONSISTEN
Tonik atau serum. Ini dua jenis produk yang jika digunakan secara konsisten dan betul boleh ‘membantu anda elakkan masalah rambut gugur, kelemumur, rambut kering, dan sebagainya akan selesai.
DIET YANG BETUL
Ini antara tip yang sangat penting. Tahukah anda apa jua yang anda makan mampu memberi kesan terhadap penjagaan kulit kepala. Oleh itu jauhilh berminyak dan pedas kerana ia boleh memberi kesan pada pertumbuhan rambut.
Ads
Banyakkan mengambil makanan yang mampu memberi zat dan mengikuti diet dengan batul. Pastikan anda ambil makanan yang mengandungi protein dan zink serta vitamin C & B.
UBAH GAYA HIDUP
Tekanan menjadi faktor utama masalah keguguran rambut serta turut menyebabkan sistem tubuh terganggu. Hormon yang terganggu boleh mengakibatkan rembesan minyak berlebihan pada kulit kepala.
Oleh itu pastikan anda mendapatkan rehat dan jauhi dari punca tekanan. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, tidur pada masa yang sesuai dan betul. waktu tidur yang sesuai adalah jam 10.00 malam atau lebih awal. Ini kerana, hati mula melakukan fungsinya mendetoksifikasi antara jam 11:00 malam hingga jam 2:00 pagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan elok ia akan berkarat serta menjemput banyak kaum bakteria.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama serta menjimatkan duit anda.
1. Guna krim cukur ketika mencukur
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur dalam keadaan lembab serta memudahkan proses mencukur.
Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur tergores dengan kulit anda hingga mengakibatkan kecederaan malah lebih teruk lagi terdapat kesan parut.
2. Bersihkan pisau cukur dengan teliti
Percaya atau tidak, ramai orang selalu selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya.
Penjagaan paling mudah adalah untuk melalukan air di setiap celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam, jadi pastikan pisau cukur anda bersih serta bebas dari bulu lama yang telah dicukur.
3. Keringkan setelah digunakan
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap disitu.
Lebih teruk jika anda gunakan pisau cukur yang terdapat kesan karat, kulit muka anda pasti akan merasa gatal serta tanda kemerahan kerana sudah dijangkiti bakteria.
4. Simpan di tempat yang kering
Walaupun sudah kering tetapi tidak bermakna kalau anda tinggalkan ia di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembap, boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Cari tempat yang kering untuk menyimpannya.
5. Asah pisau cukur guna seluar jeans
Untuk memastikan pisaunya sentiasa tajam, asah ia guna seluar jeans yang tidak dipakai lagi.
Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau terbabit sama macam anda bercukur. Anda boleh asah ia bila sudah dapat rasa cukuran pisau tersebut tidak selancar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara perkara paling sakit hati selepas membeli minyak wangi yang harganya ratusan ringgit adalah ia kurang berbau. Memang rasa macam nak campak pun ada botol perfume. Selepas itu mulalah anda syak yang perfume dibeli merupakan produk tiruan atau lebih teruk tidak seperti diklankan.
Sedangkan terdapat banyak faktor dan punca mengapa minyak wangi yang anda guna itu tidak mengeluarkan bau seperti yang diharapkan. Bertambah hairan apabila ia disembur kepada orang lain baunya okay sahaja melekat dengan baik.
Jadi apa puncanya? Mungkin itulah persoalan yang telah lama menghantui anda.
Ikuti perkongsian MASKULIN tentang beberapa punca dan faktor mengapa minyak wangi kurang berbau bila digunakan.
DISIMPAN LAMA
Ya, mungkin anda ada lebih daripada satu jenis minyak wangi. Namun perlu diingt setiap inyak wangi paling lama boleh bertahan untuk digunakan pun hanyalah 5 tahun. Menggunakan minyak wangi yang telah lama disimpan membuatkan baunya kurng kuat.
CARA SIMPAN
Faktor cahaya dan kelembapan kawasan simpanan boleh menjadi faktor penting mengekalkan bau wanghi. Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan berlakunya proses pengoksidaan. Bila ini berlaku bau minyak wangi yang digunakan akan terjejas dan tidak mengeluarkan bau seperti yang dimahukan.
KULIT KERING
Kulit yang sihat adalah kulit yang tidak kering dan mempunyai kelembapan yang baik. Disebabkan itulah jika anda mempunyai jenis kulit kering bau minyak wangi yangh dipakai mudah hilang. Ini kerana kekurangan kelembapan pada badan tidak membuatkan ia ‘melekat’ dan tahan lama.
TERLALU BANYAK BAU
Setiap hari kita menggunakan pelbagai jenis produk yang ada baunya tersendiri. Sabun mandi, pencuci muka dan juga syampu di antara produk yang ada bau. Dan percampuran bau inilah juga yang boleh menjadi penyebab ia mudah hilang baunya.
MASALAH KULIT
Bagi anda yang berdepan dengan masalah atau penyakit kulit mungkin kurang bernasib baik bila bercakap tentang minyak wangi. Ada sesetengahnya berdepan alahan dan jika dipakai pula baunya tidak tahan lama.
Dapatkan perfume berjenama pada harga menarik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah kulit kepala berkuping dan kelemumur yang teruk bukan sahaja menjengkelkan, malah ia juga boleh menjejaskan keyakinan diri.
Bagi mereka yang berkulit kepala sensitif, memilih syampu yang sesuai adalah langkah pertama dan paling penting untuk mengurangkan gejala yang menyusahkan ini.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara memilih syampu terbaik untuk kulit kepala sensitif dan berkuping, serta beberapa tip tambahan untuk memastikan masalah ini tidak berulang.
Kenali Jenis Kelemumur dan Penyebabnya
Sebelum memilih syampu, penting untuk memahami punca utama kelemumur dan kuping pada kulit kepala. Masalah ini sering berpunca daripada beberapa faktor:
Kulat Malassezia – Kulat ini biasanya terdapat pada kulit kepala, tetapi apabila ia tumbuh secara berlebihan, ia boleh menyebabkan iritasi dan kelemumur.
Kulit Kepala Kering – Keadaan kulit kepala yang terlalu kering boleh menyebabkan pengelupasan dan kelemumur.
Dermatitis Seborrheic – Satu keadaan kulit kepala yang berlebihan minyak dan menyebabkan kulit menjadi merah, berkuping, dan sering mengelupas.
Memahami punca ini boleh membantu anda memilih syampu yang sesuai untuk mengurangkan masalah ini.
Bahan Aktif dalam Syampu Anti-Kelemumur
Terdapat beberapa bahan aktif dalam syampu yang terbukti berkesan untuk merawat kelemumur dan masalah kulit kepala berkuping. Berikut adalah antara bahan yang perlu dicari ketika membeli syampu anti-kelemumur:
Zinc Pyrithione – Bahan ini membantu mengawal pertumbuhan kulat dan bakteria pada kulit kepala, yang merupakan antara punca utama kelemumur.
Ketoconazole – Ketoconazole adalah agen anti-kulat yang kuat dan sering digunakan dalam syampu anti-kelemumur untuk merawat kelemumur yang teruk.
Selenium Sulfida – Bahan ini mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan dan mengawal pertumbuhan kulat pada kulit kepala.
Asid Salisilik – Bahan ini membantu pengelupasan sel-sel kulit mati, menjadikannya sesuai untuk mengurangkan masalah kulit kepala berkuping.
Apabila memilih syampu, pastikan anda membaca label dan memilih syampu yang mengandungi salah satu atau kombinasi bahan ini.
Elakkan Bahan yang Boleh Merengsakan Kulit Kepala
Kulit kepala sensitif memerlukan penjagaan yang lebih lembut. Oleh itu, elakkan syampu yang mengandungi bahan-bahan berikut:
Sulfat – Sulfat seperti sodium lauryl sulfate (SLS) boleh mengeringkan kulit kepala dan menyebabkan iritasi. Pilih syampu bebas sulfat untuk memastikan kulit kepala kekal lembut.
Paraben – Paraben adalah bahan pengawet yang boleh menyebabkan alahan pada sesetengah individu. Cari syampu bebas paraben untuk pilihan yang lebih selamat.
Pewangi Sintetik – Pewangi yang berlebihan boleh menyebabkan iritasi pada kulit kepala sensitif. Pilih syampu tanpa pewangi atau dengan pewangi semula jadi jika perlu.
Memilih Syampu Berasaskan Bahan Semulajadi
Syampu yang menggunakan bahan semulajadi sering lebih lembut pada kulit kepala. Antara bahan semulajadi yang boleh membantu merawat kulit kepala sensitif dan kelemumur ialah:
Minyak Tea Tree – Minyak ini mempunyai sifat anti-kulat dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan kelemumur secara semula jadi.
Aloe Vera – Aloe vera boleh menenangkan kulit kepala yang meradang dan mengurangkan kekeringan.
Ekstrak Kamomil – Kamomil mempunyai sifat anti-inflamasi yang boleh membantu meredakan kulit kepala sensitif.
Penggunaan Tepat
Cara anda menggunakan syampu juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah kelemumur dan kulit kepala berkuping. Ikuti langkah berikut untuk hasil yang lebih berkesan:
Basahkan Rambut Secukupnya – Pastikan rambut dan kulit kepala benar-benar basah sebelum anda menggunakan syampu.
Urut Syampu ke Kulit Kepala – Gunakan hujung jari untuk mengurut syampu pada kulit kepala, bukan kuku. Urutan yang lembut membantu bahan aktif menembusi kulit kepala tanpa menyebabkan iritasi.
Bilas dengan Air Suam – Air yang terlalu panas boleh mengeringkan kulit kepala. Gunakan air suam untuk membersihkan syampu dengan lembut.
Selain memilih syampu yang sesuai, terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh diambil untuk menjaga kulit kepala agar kekal sihat:
Jaga Pemakanan – Nutrisi yang baik, terutama yang kaya dengan asid lemak omega-3, boleh membantu mengurangkan kelemumur. Makanan seperti ikan salmon, kacang, dan biji chia boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala.
Kurangkan Penggunaan Produk Penggayaan Rambut – Produk seperti gel rambut dan semburan rambut boleh menyebabkan pengumpulan sisa yang menyumbat pori kulit kepala.
Hindari Tekanan Berlebihan – Stres boleh memperburuk keadaan kulit kepala. Luangkan masa untuk berehat dan mengurangkan tekanan.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.