Sudah lazim setiap kali tiba musim cuti sekolah pastinya ramai daripada anda sendiri membawa anak-anak, adik atau rakan-rakan bercuti ke lokasi menarik.

Antara lokasi yang sering mendapat perhatian tinggi ialah kawasan perkelahan seperti kawasan air terjun, sungai dan juga pantai.

Namun seringkali kita membacaatau mendengar tragedi lemas melibatkan pelbagai laspisan masyarakat akibat kecuaian dan leka dengan langkah-langkah keselamatan.

Bersempena cuti sekolah ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah mengumumkan sebanyak 15 lokasi ‘panas’ yang berisiko tinggi berlaku kejadian maut mati lemas.

IKLAN

AWAS! 15 Lokasi Perkelahan Senarai ‘PANAS’ Berisiko Tinggi Kejadian Mati Lemas

Jelasnya menerusi data yang diperolehi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), lokasi-lokasi tersebut telah dikenalpasti berdasarkan jumlah insiden kematian mati lemas yang direkodkan antara tahun 2016 hingga 2018.

Sepanjang tahun lalu sebanyak 182 insiden mati lemas dicatatkan dengan terbahagi kepada beberapa lokasi seperti:

IKLAN
  • Pantai – 58
  • Lombong atau tasik – 39
  • Air terjun – 27

Pihak JBPM juga telah diarahkan untuk mengawasi lokasi-lokasi berisiko tinggi bagi tujuan keselamatan. Dengan cuaca panas sekarang ini jumlah pengunjung ke lokasi perkelahan akan meningkat dengan sangat mendadak.

BERIKUT MERUPAKAN 15 LOKASI PANAS BERISIKO TINGGI

IKLAN

Kawasan Sungai

  • Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah (15 nyawa)
  • Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7)
  • Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan (6)
  • Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6)
  • Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5)

Kawasan Pantai

  • Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14)
  • Muara Tok Bali, pasir Puteh, Kelantan (7)
  • Teluk Bahang, Pulau Pinang (7)

AWAS! 15 Lokasi Perkelahan Senarai ‘PANAS’ Berisiko Tinggi Kejadian Mati Lemas

Kawasan Lombang/Empangan

  • Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10)
  • Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10)
  • Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5)

Kawasan Air Terjun

  • Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12)
  • Sekayu, Terengganu (11)
  • Lata Berembun, Raub, Pahang (10)
  • Chamang, Bentong, Pahang (5)

*dalam kurungan adalah jumlah mangsa maut 2016 – 2018

Sumber: BERNAMA

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI