Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi dan kini para peniaga, pemilik jenama fesyen dan pelbagai pembekal kelengkapan untuk hari kemenangan pada tahun ini sudah mula mengorak langkah dengan cukup pantas.
Baju raya semestinya berada dalam keutamaan ramai orang. Iyalah, Hari Raya Aidilfitri hanya muncul sekali dalam setahun pastinya ramai yang ingin tampil segak bergaya. Bagi lelaki, salah satu kemestian ialah mengenakan pakaian tradisional, baju Melayu.
Pengaruh selebriti tidak dinafikan cukup besar kesannya terhadap pasaran apabila melibatkan fesyen.
Dan untuk tahun ini ramai warganet yang menjangkakan Baju Melayu Teluk Belanga akan menjadi pilihan ramai selepas menyaksikan ia digayakan oleh Remy Ishak pada pertunjukan fesyen ‘Terrrrpaling Raya: Bulan Bintang’ pada Sabtu lalu.
“Remy Ishak sesuai untuk mewakili atau face of Teluk Belanga. Saya rasa beliau merupakan selebriti lelaki yang paling sesuai dan kena dengan saran pasaran kerana Remy Ishak ada wajah Melayu dan Maskulin,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi (Meri).
“Kita telah kaji dan lihat respons di media social. Duta-duta yang kita pilih menjawab kita punya objektif untuk tarik crowd. Dan paling penting kita selesa untuk bekerja dengan Remy Ishak dan juga duta-duta kami yang lain,” tambahnya lagi.
Melihat komen-komen warganet di Instagram Remy Ishak, MASKULIN menjangkan populariti Baju Melayu Teluk Belangan akan menjadi pilihan ramai bagi raya kali ini.
Antara komen menarik;
“Aku dapat rasa nanti aku time raya macam siapa dah!”
“Aura lain macam abang Remy! Confirm warna ni ramai yang lock.”
“Auto beli tahun ni!”
Selain Remy Ishak pelakon popular Shukri Yahaya, turut ditonjolkan sebagai di antara duta utama Bulan Bintang bagi koleksi sempena Aidilfitri pada tahun ini.
Pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.
Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan barisan duta Bulan Bintang 2024 yang terdiri daripada selebriti terkenal seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha.
BACA: “Kalau Tak Jadi Pelakon, Saya Mungkin Ahli Politik” – Jason Momoa Berazam ‘Selamatkan’ Dunia
Jenama ini turut melancarkan Kempen Terrrpaling Raya di mana Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai RM 3 juta untuk semua pembeli Bulan Bintang pada tahun ini.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah 10 biji buah Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999 dan pelbagai hadiah yang menarik akan dimenangi oleh para pelanggan jenama Bulan Bintang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.