Kalaulah wanita itu beritahu apa yang dia suka tentang tubuh lelaki, pasti sang lelaki akan sedaya-upaya menyediakan ‘otot yang segar’ untuk dijamu kepada wanita.
Kena pula kalau wanita itu memang jenis cepat tergoda bila tengok urat lelaki, takkan lelaki nak hampakan golongan wanita yang berharap ini, kan?
Haa.. nak puaskan mata wanita ni, maka lelaki haruslah berusaha untuk mantapkan otot lelaki.
Bagaimana caranya? Berikut adalah langkah-langkah yang boleh lelaki buat :
1. Hammer curl
Teknik hammer curl berfungsi untuk melatih otot di antara bicep dan tricep. Otot lain yang terlibat dalam senaman ini adalah otot di bahagian forearm.
Cara senaman boleh dilakukan secara berdiri atau duduk. Pegang dumbbell dalam posisi menegak. Luruskan tangan kebawah seiring dengan kaki dan angkat dumbbell sambil tetapkan lengan bahagian atas dan siku agar kekal lurus.
Ads
Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
2. Biceps concentration curl
Teknik concentration curl berfungsi di bahagian otot utama biceps untuk jadi lebih besar.
Cara senaman berada dalam posisi duduk. Letak sebelah siku di atas peha sambil memegang dumbbell. Angkat dumbbel sambil siku di peha dan mulakan gerakan dari bawah sehingga dumbbell berada lebih tinggi daripada peha.
Ads
Untuk beginner, lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
3. Dumbbell renegade row
Teknik senaman dumbbell renegade adalah variasi senaman untuk membesarkan biceps selain memberi impak yang lebih kuat kepada otot biceps, back dan core.
Ads
Cara senaman ambil posisi seperti keadaan push up tetapi dengan memegang dumbbell di kedua belah tangan. Mulakan gerakan dengan mengangkat dumbbell sehingga siku berada pada posisi selari dengan badan.
Untuk beginner, lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
4. Standing biceps curl
Cara senaman boleh dilakukan secara berdiri atau duduk. Pegang dumbbell pada posisi tapak tangan menghadap ke hadapan. Mulakan gerakan dengan posisi tangan lurus dan gerakkan tangan sehingga ke paras dada.
Untuk beginner, lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Syed Saddiq yang merupakan Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini menyelaskan pendiriannya mempertahankan atlet selepas kenyataan tentang ahli sukan Terengganu harus memakai pakaian patuh syariah mulai 2019 dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS.
Pemain-pemain di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula musim depan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar itu bagaimanapun hanya melibatkan pemain Muslim sahaja.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju mengenai hal ini menerusi Instagramnya.
Syed Saddiq membuat kenyataan tidak bersetuju dengan dasar itu dan mengatakan pilihan atlet sepatutnya dihormati kerana mereka adalah hero dan heroin.
Tolong hormat pilihan hero dan heroin kita. Jangan kacau mereka! Sukan adalah untuk semua dan atlet kita adalah hero dan heroin. Saya rasa perlu untuk mempertahankan mereka kerana mereka adalah aset negara. Ini membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, terjun, renang dan bina badan akan turut terjejas.
Menurutnya lagi, ramai atlet yang sudah menyumbangkan pingat untuk negara dan memberi inspirasi kepada semua termasuk dirinya.
Ramai atlet Muslim yang telah menyumbangkan pingat kepada negara antaranya Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (terjun) dan Sazali Samad (bina badan). Mereka bukan hanya penyumbang pingat tetapi turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan saya sendiri.
Tetap pertahankan atlet
Tegas menteri muda ini lagi, Pocket-Rocket Man, Azizul Hasni Awang juga berasal dari negeri itu dan berjaya di peringkat dunia. Syed Saddiq juga mempertahankan atlet dan menyokong pilihan pakaian mereka.
Hero kita, Azizul Hasni Awang yang juga atlet berbasikal terbaik dan diberi pengiktirafan antarabangsa juga berasal dari Terengganu, walau apa pun pilihan pakaiannya.
Saya akan mempertahankan mereka tanpa mempedulikan apa yang dipakai. Tolong jangan kacau mereka!
Pendirian dikritik netizen
Biar Kerajaan Terenganu Tangani Sendiri
Malaysia sebagai negara Islam
Sumber : Instagram Syed Saddiq
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25 figura yang berintelek tinggi dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi millenial tidak lupa untuk menjaga kesihatan dan kekal cergas.
Kesibukan tidak menghalang saya untuk kekal bertenaga dan bersemangat. Jika banyak berfikir tetapi tidak bersenam kita akan kurang bertenaga dan lesu. Jadi untuk kekal bertenaga wajib bagi saya untuk bersenam setiap hari walaupun sekejap.
“Saya tidak mengambil sebarang suplimen untuk bertenaga tapi apa yang saya lakukan ialah saya akan bersenam dan ‘workout’ setiap hari, itu suatu yang wajib bagi saya. Selalunya saya akan melakukan 100 push up, 100 sit up, berlari 5-6km atau pun saya akan bermain futsal.
Dari segi pemakanan pula saya memang akan mengambil bahagian nasi yang sedikit dan banyakkan lauk dan sayuran.
“Saya juga meminta pegawai saya setiap hari mencari satu masa selama sejam bagi saya melakukan aktiviti di gimnasium dan larian sejauh 5 kilometer,” katanya ketika berkongsi petua bagi menjaga tahap kecergasannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gaya hidup sihat sering kali diabaikan oleh kebanyakan individu maka timbullah pelbagai penyakit yang memudaratkan kesihatan tubuh antaranya diabetes. Lelaki banyak yang terkena penyakit berbahaya ini kerana terdedah dengan gaya hidup yang tidak sihat umpamanya merokok dan minum minuman beralkohol. Keterbatasan pengetahuan yang dimilikinya sering kali mereka membiarkan gejala tersebut sehingga bertambah parah. Oleh kerana itu, lelaki perlu awasi gejala diabetes seperti berikut.
Rasa haus dan buang air kecil yang berlebihan
Pada umumnya penderita diabetes mengalami buang air kecil secara berlebihan kerana kadar gula dalam darah jumlahnya berlebihan. Oleh sebab berlebihan, tubuh dirangsang untuk mengeluarkan lebihan kadar gula tersebut melalui ginjal bersama air kencing.
Biasanya penderita diabetes buang air kecil secara berlebihan ini terjadi pada waktu malam terutama sewaktu tidur malam sehingga menjejaskan kualiti tidur. Hal ini disebabkan oleh kadar gula dalam darah pada malam hari relatif tinggi dibandingkan siang hari.
Sedangkan gejala rasa haus yang berlebihan kerana tubuh terlalu banyak mengeluarkan urin. Namun sebenarnya hal ini merupakan usaha tubuh untuk menghindari kekurangan cairan (dehidrasi).
Selama kadar gula dalam darah belum terkawal baik, maka akan timbul keinginan terus-menerus minum. Sebaliknya dengan minum yang banyak akan menimbulkan hasrat untuk buang air kecil.
Penurunan berat badan
Tanpa disedari penderita diabetes akan mengalami penurunan berat badan tanpa diketahui penyebab yang jelas.
Pada penderita diabetes, turunnya berat badan disebabkan kerana dibuangnya sebahagian gula dalam darah ke sistem ginjal melalui urin. Akibatnya berapa pun jumlah makanan yang dimakan akan sisa-sia selama insulin tidak mampu menyalurkan gula sebagai sumber tenaga bagi tubuh.
Penglihatan kabur
Gangguan penglihatan kabur ini sering disebut katarak dan biasanya dialami penderita diabetes yang sudah tua.
Katarak timbul kerana gula membentuk suatu lapisan yang menutupi lensa mata. Hal inilah yang menyebabkan lensa mata menjadi suram sehingga menghambat masuknya cahaya ke bola mata dan akibatnya mengganggu penglihatan.
Gangguan ini dapat diatasi dengan cara melakukan pembedahan mata dengan menggantikan lensa mata yang rosak dengan lensa plastik.
Peningkatan nafsu makan
Pada umumnya penderita diabetes mempunyai nafsu makan yang besar, namun berat badannya tidak naik.
Peningkatan nafsu makan didorong oleh kurangnya gula dalam tubuh meskipun kadar gula dalam darah tinggi sehingga membuat tubuh merasa lemah seperti kurang tenaga dan akhirnya timbul keinginan untuk makan. Padahal jika diperiksa, kandungan gula dalam darahnya sudah cukup tinggi.
Disfungsi Ereksi
Dalam jangka waktu yang lama, penderita diabetes lelaki juga mengalami risiko disfungsi ereksi, iaitu berkurangnya jumlah sperma yang dihasilkan oleh hormon testosteron.
Disfungsi ereksi ini disebabkan terjadinya kerosakan sel saraf akibat diabetes. Diabetes dapat mengakibatkan terganggunya sistem aliran darah di sekitar sel-sel saraf seperti pada ginjal dan alat kelamin.
Jika tidak segera ditangani, maka dapat mengganggu hubungan keharmonian rumah tangga.
Penyembuhan daripada luka menjadi lambat
Apabila terjadi luka, sering kali penyembuhan atas luka tersebut sangat lama. Hal ini disebabkan kerana berkurangnya aliran darah akibat menyempitnya pembuluh darah.
Untuk pencegahan, disarankan agar penderita diabetes selalu menjaga dan merawat kulitnya meskipun tidak terjadi luka.
Kerosakan Saraf
Penderita diabetes juga mengalami kerosakan saraf kerana diabetes dapat merosakkan sistem saraf.
Rosaknya sistem saraf mengakibatkan terganggunya sistem aliran darah di sekitar sel-sel saraf seperti halnya pada mata dan ginjal.
Kerosakan sel saraf akibat diabetes disebut juga neuropati.
Selain gejala diabetes di atas, ada juga beberapa gejala seperti kelelahan, mulut kering dan sakit kepala. Hal ini disebabkan kerana tubuh kekurangan oksigen untuk membakar gula menjadi tenaga. Berkurangnya jumlah oksigen di dalam darah disebabkan gula bergumpal di pembuluh darah sehingga alirannya lambat. Akhirnya jantung akan bekerja lebih keras (berdebar-debar), sakit kepala, mulut kering dan mudah merasa lelah. Gejala diabetes pada lelaki dapat dicegah dengan pola makan yang sihat, mengurangkan makanan yang manis, menghindari rokok dan alkohol serta rajin berolahraga. Jika anda mengalami kegemukan, segeralah diet dengan mengurangi makanan berkalori, berlemak dan manis. Dengan begitu anda akan terhindar daripada risiko diabetes.
Makanan yang ideal untuk penderita diabetes ialah :
Epal , aprikot dan pir
Ikan makarel, sardin dan salmon
Labu dan biji rami
Sayuran dan buah – buahan
Oat
Roti gandum
Beras merah
Makanan tersebut disarankan kerana dapat memberikan zat yang sangat diperlukan oleh penderita diabetes tanpa membahayakan kesihatan. Selain jenis makanan, penderita diabetes juga harus memperhatikan jumlah makanan dan pola/ jadual makannya. Dengan memperhatikan ketiga hal tersebut, kemungkinan meningkatnya kadar gula dalam darah dapat diminima .
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami jangan jadi dayus biar isteri berjoget di media sosial, tegur suruh berhenti buat. Seorang isteri seharusnya membantu suami agar tidak menjadi lelaki yang dayus. Ramai suami berasa serba salah untuk menegur, bimbang teguran itu mencetuskan pertengkaran, terutamanya pada musim perayaan.