Sukan

Atlet Bina Badan, Suharwardi Dahlan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Share

Atlet bina badan yang meningkat naik, Suharwardi Dahlan berusia dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung sehari selepas bertanding dalam sebuah acara.

Suharwardi yang berusia 28 tahun telah dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan kecemasan. Namuin dia dipercayai meninggal dunia di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri sekitar jam 3 pagi Isnin.

Persatuan Bina Badan Miri mengesahkan berita kematian bintang bina badan mereka, Suharwardi melalui laman Facebook mereka semalam.

Allahyarham merupakan seorang atlet yang pernah mewakili Miri dalam pertandingan Mr Sarawak 2024.

Menurut catatan di Facebook Persatuan Bina Badan Miri, Miri kehilangan seorang atlet yang mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan bina badan.

“Assalamualaikum dan selamat pagi. Innalillahiwainnalillahirajiun. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون. Dimaklumkan bahawa sahabat kita, Suharwardi Bin Dahlan (Wardy) telah kembali ke rahmatullah di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri.

“Arwah merupakan salah seorang atlet yang mewakili bahagian Miri di Mr Sarawak 2024. Miri kehilangan seorang atlet yang mempunyai masa depan cerah dalam sukan bina badan,” jelas Persatuan Bina Badan Miri yang cukup merasakan kehilangan pertama sukan negara.

Allahyarham dikatakan tidak sedarkan diri ketika berada di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri.

BACA: Kisah Inspirasi Atlet Gusti Tanpa Kaki, Semangat & Impian Luar Biasa

Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Miri, namun disahkan sudah meninggal dunia pada pukul 3 pagi, Isnin.

Untuk rekod, Allahyarham juga merupakan seorang anggota polis berpangkat Koperal.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber: Sinar Harian

Published by
Farizul Izwany Ibrahim