Penjagaan Diri

Atasi Rambut Gugur Guna Syampu & Garam, Hasilnya Rambut Tak Mudah Luruh

Share

Rambut yang selalu gugur memang merunsingkan, tak cukup dengan itu ditambah pula dengan masalah kelemumur, berminyak dan gatal sama naik dengan masalah rambut gugur.

Memang risau dibuatnya.

Hmm..apa kata kita cuba petua dari kalangan netizen di media sosial ini untuk mengatasi semua masalah rambut ini dengan mudah. Tak perlu syampu rawatan khas, semua masalah rambut tadi boleh diatasi dengan hanya mencampurkan garam pada syampu.

Antaranya adalah melalui perkongsian dari Syakila Rahim.

Sebelum bersyampu cari garam dulu

Ada orang beri petua, nak rambut kuat, lebat dan tak mudah luruh, sebelum bersyampu campur dulu syampu dengan garam. Ataupun basah dulu rambut dengan air garam kemudian barulah bersyampu.

Masuk kali ini, cubaan kali ketiga. Bila campur syampu dengan garam, syampu akan kurang buih jadi jangan asyik tambah syampu.

Lepas guna petua ini, alhamdulilah rambut jadi lembut, kepala pun tak gatal dan jadi ringan.
Boleh amalkan dua atau tiga kali seminggu.

Apa fungsi garam?

1. Nyahkan kelemumur

Kelemumur merupakan bakteria, jika rambut penuh dengan kelemumur cara paling mudah untuk bersihkannya adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.

2. Rambut nampak lebih segar

Ya air garam boleh bantu masalah kulit kepala berminyak serta kotoran lain juga. Jika semua masalah ini diatasi maka rambut pun akan jadi lebih segar dan berkilau.

3. Halang rambut gugur

Air garam boleh menyebabkan liang roma pada kulit kepala tertutup rapat seterusnya menghalang dari berlakunya keguguran rambut.

Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

 

 

Published by
Nana