Rambut yang selalu gugur memang merunsingkan, tak cukup dengan itu ditambah pula dengan masalah kelemumur, berminyak dan gatal sama naik dengan masalah rambut gugur.
Memang risau dibuatnya.
Hmm..apa kata kita cuba petua dari kalangan netizen di media sosial ini untuk mengatasi semua masalah rambut ini dengan mudah. Tak perlu syampu rawatan khas, semua masalah rambut tadi boleh diatasi dengan hanya mencampurkan garam pada syampu.
Antaranya adalah melalui perkongsian dari Syakila Rahim.
Sebelum bersyampu cari garam dulu
Ada orang beri petua, nak rambut kuat, lebat dan tak mudah luruh, sebelum bersyampu campur dulu syampu dengan garam. Ataupun basah dulu rambut dengan air garam kemudian barulah bersyampu.
Masuk kali ini, cubaan kali ketiga. Bila campur syampu dengan garam, syampu akan kurang buih jadi jangan asyik tambah syampu.
Ads
Lepas guna petua ini, alhamdulilah rambut jadi lembut, kepala pun tak gatal dan jadi ringan.
Boleh amalkan dua atau tiga kali seminggu.
Apa fungsi garam?
1. Nyahkan kelemumur
Kelemumur merupakan bakteria, jika rambut penuh dengan kelemumur cara paling mudah untuk bersihkannya adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
Ads
2. Rambut nampak lebih segar
Ya air garam boleh bantu masalah kulit kepala berminyak serta kotoran lain juga. Jika semua masalah ini diatasi maka rambut pun akan jadi lebih segar dan berkilau.
3. Halang rambut gugur
Ads
Air garam boleh menyebabkan liang roma pada kulit kepala tertutup rapat seterusnya menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki beranggapan pilihan baju yang mereka ada dalam kehidupan seharian cukup terhad sekali.
Berbeza dengan kaum wanita yang mempunyai pelbagai pilihan atau variasi yang boleh digayakan. Namun hakikatnya tidak begitu kerana sebenarnya terdapat banyak jenis kemeja atau baju yang terdapat di pasaran boleh membuatkan gaya anda nampak versatil.
Setiap hari jika tiada aktviti formal pastinya ramai memilih untuk memakai t-shirt. Tapi ramai yang tidak tahu t-shirt juga ada beberapa jenis bentuk atau potongan.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 jenis kemeja atau baju yang wajib ada dalam simpanan atau koleksi anda setiap hari.
Jenis baju yang wajib ada dalam almari setiap lelaki. Rasanya kalau sesiapa tak ada t-shirt itu memang sangat pelik.
Terdapat banyak pilihan t-shirt di pasaran kerana sifatnya yang muudah digayakan dengan apa jenis seluar. Namun anda harus ingat untuk pilih t-shirt berwarna yang sesuai dengan kulit badan anda.
Ini kerana t-shirt muncul dengan pelbagai corak dan warna. Jadi ia memberikan anda kebebasan untuk mix and match mengikut kesesuaian. Selain fabrik. Dua t-shirt utama yang sering dipakai lelaki adalah jenis crew neck dan V-neck.
Ramai lelaki sekarang tidak memiliki atau menggunakan undershirt. Ironinya, ia berbeza sekali sewaktu mereka di bangku sekoleh terutamanya di sekolah rendah.
Salah satu faktor mungkin disebabkan cuaca di Malaysia agak panas. Namun ramai tidak tahu bahawa undershirt sebenarnya tidaklah panas bila dipakai kerana ia menggunakan material yang selesa.
Ia mempunyai rekaan seakan-akan kemeja berkolar polo. Cuma apa yang membezakan ia mempunyai pilihan lengan panjang dan mempunyai 3 butang kesemuanya.
Rekaan ini kurang sesuai untuk dimasukkan ke dalam seluar dan ia lebih menarik jika dilepaskan. Mempunyai banyak pilihan termasuk dari segi warna dan fabrik, mengikut keselesaan dan keutamaan pemakai.
Tahukah anda bahawa kemeja polo telah dipopularkan menerusi sukan tenis? Pada tahun 1926 pemain tenis dari Perancis, Rene Lacoste menggayakan kemeja polo ketika bertarung,
Ia sehingga kini menjadi antara ikon fesyen terpenting dalams sejarah. Pereka terkenal Ralph Lauren juga mengembangkan gaya kemeja berkolar dan lengan pendek seperti ini.
Lelaki yang memakai kemeja polo boleh tampak lebih segak, tegap dan kemas.
Jangan salah anggap kemeja bukanlah pakaian untuk kepejabat semata. Ia mempunyai versatiliti tersendiri dan bergantung kepada jenis potongan, kain dan juga corak. Disebabkan itulah lelaki tidak mengira golongan menggayakan kemeja dalam kehidupans eharian atau karier mereka.
Bagi anda yang ingin tampil kasual tetapi kemas bolehlah memilih kemeja bercorak tidak berat seperti jalur ke bawah.
Manakala bagi anda yang ingin tampil lebih menyerlah dan ‘loud’ mungkin boleh pilih kemeja berwarna terang dan mempunyai corak yang besar. Nasihat MASKULIN, jauhi kemeja bercorak provokatif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk tampil lebih kemas di pejabat atau pun majlis besar, kebanyakan lelaki pasti akan bercukur terlebih dahulu. Raut wajah yang kemas dan bersih akan kelihatan lebih segak. Mungkin itu dulu, tetapi trend lelaki berjambang menjadi simbolik kepada lelaki moden dan maskulin hari ini. Lelaki berjambang tidak lagi dilihat sebagai penampilan selekeh kerana ia mampu menyerlahkan aura untuk tampil lebih macho dan seksi.
Ternyata trend lelaki berjambang kembali tular. Sudah pasti ia berkait rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki lebih suka tampil dengan imej berjambang.
1. Ada yang kata, seseorang lelaki berjambang sangat cool. Ia memberi satu aura misteri dan classy pada lelaki tersebut.
2. Dengan menyimpan jambang menyerlahkan kelelakian seseorang lelaki. Watak-watak aktor dalam filem seperti Russell Crowe (Maximus), Hugh jackman (Wolverine) menyerlahkan sifat sebenar lelaki.
3. Ia satu daya tarikan kepada kaum wanita walaupun mungkin tidak semua wanita menyukai lelaki berjambang. Cuba anda berjambang dan tanya pasangan anda. Adakah mereka suka?
Jika anda ingin bermisai, pastikan ia digunting atau dikemas dengan rapi. Untuk yang berjanggut pula, janggut perlu digunting lalu dicukur sehinggalah tumbuh dan raut wajah akan berkumis di kemudian hari. Begitu juga untuk individu yang memiliki jambang.
Tidak menjadi masalah jika ingin bermisai, berjanggut mahu pun berjambang. Pastikan anda tahu kepentingan memiliki jambang, kesesuaiannya di bahagian muka dan ketahui beberapa kaedah penting untuk memastikan ia dipelihara dengan rapi.
1. Gunting, gunting, gunting! Jangan sesekali lupa untuk amalkan tabiat ini setiap kali berada di bilik mandi terutamanya pada waktu pagi.
2. Sebelum bercukur, pastikan misai, janggut dan jambang digunting terlebih dahulu. Ia penting agar tidak menjejaskan mata pisau cukur.
3. Gunakan pisau cukur yang bersih dan tajam. Sekiranya tumpul, gantikan dengan segera untuk mengelakkan bakteria.
4. Jika perlu, gunakan krim buih cukur. Ratakan ia di bahagian zon cukur. Bilas sehingga bersih dan lengkapkan prosedur ini dengan cecair ‘aftershave.’
5. Seperti rambut, jambang juga perlu dibersihkan dengan syampu agar kelihatan rapi selepas mandi.
6. Gunakan sikat atau tangan untuk merapikan jambang dengan baik.
1. Jangan sesekali bercukur dengan pisau cukur yang lama. Pastikan ia tidak berkarat agar bakteria tidak merebak di bahagian muka yang boleh menyebabkan kulit gatal.
2. Elakkan bercukur dengan kulit yang kering kerana ia boleh menyebabkan luka. Cuci muka terlebih dahulu.
3. Sekiranya alahan terjadi apabila bercukur menggunakan krim cukur dan ‘aftershave’, jangan gunakan produk tersebut. Rujuk pakar untuk mengetahui produk yang bersesuaian untuk digunakan.
4. Jangan gunting atau trim sesuka hati setelah sekian lama menyimpan jambang. Kunjungi salun rambut dan dapatkan nasihat tukang gunting.
1. Jika pertama kali ingin menyimpan jambang, teliti sepenuhnya kesesuaian berjambang kerana tidak semua lelaki boleh memiliki jambang dengan baik apatah lagi jika ia disimpan untuk jangka masa yang panjang.
2. Memiliki jambang juga berkait rapat dengan pekerjaan setiap individu. Tidak semua syarikat membenarkan pekerja mereka menyimpan jambang walaupun berjambang sudah pun menjadi trend terkini.
3. Tanyakan pendapat kenalan atau mereka yang lebih pakar jika kurang berkeyakinan untuk membela jambang. Zon kelelakian diri dapat ditingkatkan melalui pendapat dan nasihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Negara kita terletak di garisan khatulistiwa. Ia adalah garisan cuaca yang orang ramai gelarkan cuaca tropika. Di mana tiada musim sejuk dan mempunyai cuaca yang panas tetapi lembab hingga buat kita mudah berpeluh.
Negara kita tidak terlalu panas sepertimana negara di timur tengah, namun bila menjelang waktu tengahari kita pasti akan berasa panas yang teramat. Bila berjalan kita mudah berpeluh dan mula membasahi diri.
Jika peluh sahaja yang keluar itu tidak mengapa, lebih parah lagi, sekali bau badan naik sebab terlalu banyak berpeluh.
Jadi, melalui perkongsian ini, MASKULIN beri panduan bagaimana nak mengawalnya.
Jangan tak tahu, ada yang berani keluar rumah pada waktu pagi tidak mandi. Habit seperti ini patut dielakkan untuk pastikan badan sentiasa segar dan bersih. Selepas mandi, pastikan setiap pelusuk badan dikeringkan secara rapi terutamanya di bahagian celahan serta lipatan badan. Jika ada tempat yang tidak kering, maka bankteria akan mula bersarang dan membuatkan badan anda berbau bila peluh mula membasahi.
Makanan juga menyumbang kepada bau badan. Salah satunya adalah bau bawang. Ia memang menyedapkan makanan tetapi jika diambil secara berlebihan, bau badan anda yng akan jadi mangsa. Perbanyakkan makan sayuran serta buah-buahan untuk pastikan badan anda terima nutrisi yang baik.
Di badan, antara tempat yang tidak sepatutnya kita biarkan ia tumbuh adalah di bahagian ketiak. Ketiak adalah tempat utama bermulanya bau badan. Jika anda membiarkan bulu ketiak tumbuh melata, lagi cepat untuk bau badan naik. Solusi paling mudah adalah cukur sahaja bulu tersebut.
Terdapat banyak jenis material baju yang dijual di pasaran. Ada jenis polyester, rayon dan juga kain kapas. Di negara kita contohnya, adalah tidak sesuai untuk menyarung jumper shirt sepanjang masa. Ini adalah kerana ia direka khas untuk pakaian musim sejuk dan materialnya agak tebal. Alternatif paling mudah adalah untuk cari baju yang material nipis serta pakaian yang diperbuat berasaskan kain kapas. Ia amat efektif dalam menyerap peluh.
Bila menyembur minyak wangi pada badan, anda kena pastikan agar ia disembur di tempat yang betul seperti leher, siku, dan pergelangan tangan. Selain itu, anda juga kena sapukan body cologne yang sesuai dengan badan, ini kena selalu check di pasaran, kerana tidak semua orang mempunyai toleransi body cologne yang sama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.