Baru berangan nak rambut tebal dan lebat seperti model iklan syampu tapi bila pegang rambut sendiri dan sikat menggunakan jari, banyak pula rambut gugur. Sekali tengok cermin, mula nampak kosong ditengah di kulit kepala pula.
Frust juga apabila mencuba pelbagai jenis cara tetapi tetap sama sahaja hasilnya. Kalau kamu mengalami situasi yang sama, jangan risau kerana ada penyelesaiannya.
Menerusi perkongsian seorang lelaki di aplikasi twitter, dia hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja bagi mengembalikan rambut yang lebat dan paling penting tidak gugur lagi. Jadi jom kita lihat bagaimana dia menghasilkannya.
Cara untuk membuatnya cukup mudah, menurut Ahmad Hunain hanya memerlukan tiga langkah sahaja .
Langkah 1 : Potong kecil beberapa biji buah limau purut
Langkah 2 : Masukkan limau purut dan 1 mangkuk santan ke dalam blender. Kemudian kisar halus.
Langkah 3 : Kemudian masukkan dalam bekas ais kiub dan letak dlm freezer selama 6 jam.
Cara penggunaannya bila sudah beku bolehlah ambil ketulan tersebut dan sapu sahaja di rambut dan kulit kepala. Amalkan dua minggu sekali dan akan lihat kesannya.
Kalau ada bahan yang semulajadi dan selamat kenapa perlu guna bahan kimia kan. Paling penting, harganya murah dan boleh dicuba oleh semua orang. Selamat mencuba!
Sumber : Twitter @Hunain_