Atasi Perut Buncit Dalam 2 Minggu. Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Share

Sedih Perut Buncit?

 

Anda seorang yang aktif, sukan sana sini. Tapi masih ada masalah perut buncit. Adakah masalah tak cukup bersenam atau masalah makan?

Korang dah buat belum perkara-perkara ni?

 

  • Atur Masa makan

 

Kalau dah namanya rakyat Malaysia, mesti rajin campurkan masa makan. Contoh seperti Brunch gabungan Breakfast dan Lunch. Atur kembali masa makan anda. Jangan lewat.

 

  • Kurangkan portion makanan

 

Makan nasi berlauk tiada masalah tapi jangan berlebihan nasi dan kuahnya. Cukup sekadar mengisi masa untuk snek. Portion nasi ikut pinggan sihat. Elakkan jenis minuman bersusu pekat manis atau cair. Minum jenis O atau kurang gula atau air suam. Amalkan suku suku separuh.

 

  • Bawa Snek

 

Bawa bekal snek. WAJIB! kalau tak nanti kebulur sebelum sampai masanya. Bawa dalam beg atau poket seluar. Contoh bawa buah Epal atau Pear, roti Gardenia 80 sen, kuih Pau bungkus dari kedai sebiji, biskut Crackers yang dalam paket. Ini boleh menjimatkan masa anda. Makan dalam 2 jam- 3 jam selepas breakfast

bagi mengawal saka anda.

 

  • Masuk Gym

 

Besi-besi dalam gym turut membantu. Selain fokus kardio kita kena fokus naikkan otot dada. Bila dada besar sikit, perut tak nampak. Ingat, anda bukan nak jadi Sado, tapi anda nak hilangkan perut anda, jadi tak perlu aktif sangat main besi tu.

 

  • Senaman ringan

 

Freelatics, Tabata, Cardio semua membantu menurunkan berat badan. Jangan sangka senaman-senaman ini kurang impak, sebenarnya jika anda betul-betul fokus, hasilnya memang lumayan. Variasikan senaman ikut masa dan kemampuan kita.

Anda perlulah konsisten. Kalau jaga betul-betul jumlah makanan mesti boleh turunkan perut buncit. At least 2 minggu boleh nampak dah beza kat perut.

Selamat mencuba dan mulakan hari ini!

Published by
Maiya Deen