Hobi & Minat

Atasi Masalah Uban Makin Banyak, Boleh Ikut Petua Tradisional Ini

Share

Dikenali dengan nama uban di kalangan masyarakat kita, rambut putih ini sebenarnya adalah satu perkara normal. Majoriti akan melaluinya cuma berbeza cepat atau lambat sahaja.

Tapi yang membimbangkan sekarang pada pada usia belum masuk 40 tahun pun dah ramai yang berdepan masalah uban ini. Kalau ketika ini dah nampak kehadiran rambut putih di kepala, kena segera lakukan sesuatu supaya tak nampak tua sebelum waktu dek uban.

Salah satu cara yang boleh dicuba adalah petua tradisi yang dikongsi oleh Suzy Honey.

Petua ini diperoleh oleh kenalannya yang berusia lebih 55 tahun namun rambut masih hitam berkilat tanpa uban. Menggunakan daun kari dan yogurt untuk merawat rambut, katanya petua ini diturunkan dari ahli keluarganya sejak dulu lagi.

Elak uban, rawat rambut guna daun kari dan yogurt

“Wow, berkilat rambut Cik Pah ! Panjang lebat dan takde uban. Camne Cik Pah jaga? Rambut pun tak makan usia ya?

Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit .

Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda. Takde uban berkilat hitam yang pasti bukan kaler rambut. Asli hitam. Jelesss ah.

Cik Pah rupanya ada resepi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resipi ini.

Bahan-bahan:

3 tangkai daun kari, ambik daun sahaja
3 sudu besar plain yogurt

Cara membuat

1. Kisar kedua bahan sampai sebati.

2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.

3. Biarkan selama 30 minit. Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.

4. Amalkan seminggu 1 kali.

INFO: Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.

Selamat mencuba.

Artikel diambil dan diolah dari VK.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Sumber: Suzy Honey.

Published by
Nana