Menjadi lelaki yang segak atau maskulin itu tidak semestinya anda harus mengenepikan perihal bau badan, kerana bau yang wangi dan menyenangkan akan membuat anda lebih yakin dan bergaya. Paling memalukan apabila ada kesan banjir di ketiak kamu apabila berada di tempat berbuka dan panas. Ishhh…..Jangan risau ada beberapa tip boleh kamu amalkan untuk mengawal pengeluaran peluh melalui perkongsian portal Boldsky ini.
1. Teh hijau
Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh serta menghakis lemak dari usus. Sementara itu, antioksidan dan nutrisi di dalamnya akan mengendalikan pengeluaran keringat. Minumlah dua hingga tiga cawan sehari.
Ads
2. Cuka putih + cuka epal
Dua sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal akan menstabilkan kelenjar peluh. Ambil campuran ini tiga kali sehari, pada waktu perut kosong sebelum sarapan dan setengah jam sebelum atau sesudah makan. Jika anda tak tahan dengan rasanya yang ‘tajam’, boleh dicampur dengan setengah gelas air terlebih dahulu.
Ads
3. Jus tomato
Ads
Kaya dengan vitamin dan antioksidan, jus tomato dapat menstabilkan proses merembes kelenjar peluh. Minum satu hingga dua gelas sehari jus tomato asli tanpa gula untuk mencegah peluh berlebihan.
Betulkah cara ini berkesan mengurangkan peluh? Kalau nak tahu, anda kenalah cuba sendiri.
Sumber: CARI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak empayar Romawi lagi, treadmill atau “Roda Injakan” sudah wujud dan digunakan bagi mengisar gandum.
Kini tujuannya berbeza, teknologi purba ini berevolusi menjadi salah sebuah mesin kecergasan yang paling banyak digunakan oleh para enthusiast sukan dan kecergasan.
Meskipun konsepnya tampak ringkas, anda mungkin secara tidak sedar telah melakukan kesalahan kecil yang boleh merencatkan prestasi larian dan mengganggu kualiti larian ketika menggunakan treadmill.
Ini merupakan antara kesalahannya:
1. Memakai kasut yang salah
Pilih kasut yang miliki lapisan dalaman yang tebal bagi melindungi tumit dan tulang kaki daripada impak hentakan yang berterusan.
2. Hayunan lengan secara semberono
Sememangnya sia-sia! Hayunan lengan kiri dan kanan hendaklah selari dan seirama. Hayunan lengan juga hendaklah berlawanan irama dengan hayunan langkah kaki. Elak menghayun secara keras kerana ia hanya membuang tenaga.
Berlari sambil melihat kaki sendiri di atas treadmill boleh menyebabkan anda kehilangan imbangan badan. Ia juga menegangkan tulang tengkok, seterusnya membuatkan anggota badan yang lain tidak selari. Sebaiknya, berlarilah sambil memandang ke hadapan. Pastikan paras bahu selari dengan dada bagi memastikan seluruh anggota badan lurus dari kaki hingga kepala.
4. Berlari sambil menjengkitkan kaki
Berlari sambil menjengkitkan kaki boleh mengakibatkan ketegangan otot betis. Berlarilah secara bebas atau setegak mana yang anda boleh. Daratkan kaki di pertengahan tapak kaki dan bukan di hujung hadapan tapak atau tumit.
5. Memegang bar pemegang
Tidak salah untuk memegang bar pemegang tetapi ia menjadi kesalahan, jika anda terlalu bergantung padanya. Ini kerana ketika memegang bar pemegang, anda memindahkan bebanan berat badan menerusi pemegang tadi. Maka, ia membakar kurang kalori dari yang sepatutnya.
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan update terkini tentang gaya hidup lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang menyangka sakit lutut boleh menghalang seseorang daripada bersenam. Sebenarnya ada banyak senaman efektif dan sesuai boleh diamalkan jika anda sakit lutut.
Selain berat badan berlebihan, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan anda alami sakit lutut, antaranya trauma dari kemalangan dan faktor genetik.
Menurut Jurulatih Kercergasan bernama Coach Kholis, ada pesertanya yang hilang semangat apabila berdepan dengan masalah sakit lutut sehingga mereka tidak boleh bersenam langsung. Dengan pengalamannya hampir 7 tahun dalam bidang kecergasan, Coach Kholis cuba untuk memastikan mereka dapat bersenam tanpa menambahkan lagi kecederaan yang di alami.
Untuk anda yang bermasalah dengan sakit lutut, Coach Kholis tidak menggalakkan sebarang aktiviti yang berimpak tinggi contohnya pergerakan yang memerlukan mereka untuk melompat atau berlari kerana ia dikhuatiri akan menambahkan bebanan terhadap lutut mereka.
“Saya akan memastikan peserta yang mengalami sakit lutut tahu senaman sesuai untuk mereka dan tidak terlalu memaksa diri mereka sehingga mendatangkan lebih kemudaratan. Saya juga menggalakkan peserta untuk berpegang pada konsep ‘listen to your body’ untuk memastikan mereka tidak ‘overtrained’ sehingga mendatangkan stres,” ujar Coach Kholis.
Ini kerana dalam usaha untuk menurunkan berat badan, menjaga pemakanan amatlah penting. Mengikut kajian, 70% usaha untuk menurunkan berat badan datangnya daripada pemakanan dan hanya 30% datangnya daripada senaman.
Jadi kepada anda yang mengalami kekangan masa untuk bersenam kerana pelbagai penyakit, jangan patah semangat kerana anda masih lagi boleh mengawal pemakanan. Sebaik sahaja berat badan sudah turun dan sakit lutut semakin berkurang, anda boleh mulakan aktiviti senaman secara berperingkat.
Bagi mengetahui cara yang sesuai untuk menurunkan berat badan, sebaiknya rujuk kepada menu Pinggan Sihat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
Berikut ialah kadar pembahagian kelas makanan:
½ drpd pinggan dipenuhi dengan fiber (contohnya: sayur-sayuran hijau)
¼ drpd pinggan dipenuhi dengan sumber protein (contohnya: ayam, ikan & daging)
¼ drpd pinggan dipenuhi dengan sumber karbohidrat (contohnya: nasi, pasta & kentang)
Selain mengikut menu Pinggan Sihat, elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi.
Senaman dengan kadar impak rendah untuk yang sakit lutut
‘Brisk walk’. ‘Brisk walk’ sesuai untuk mereka yang mengalami sakit lutut. Anda boleh berjalan secara santai di sekitar taman atau tasik berdekatan kawasan perumahan anda. Tingkatkan kadar kelajuan bergantung kepada kemampuan anda.
Berenang. Berenang ialah salah satu aktiviti senaman yang sesuai untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengelakkan bebanan berat badan diletakkan di lutut bila bersenam.
Berbasikal. Berbasikal juga merupakan salah satu senaman yang rendah impak, mereka yang minat berbasikal boleh menjadikan sukan ini salah satu aktiviti senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang. Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.
Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam
Pesakit gastrik selalunya akan mengalami kemurungan dan berasa sakit pada bahagian atas perut. Anda dinasihatkan untuk mengambil pemakanan yang sihat setiap 2 hingga 3 jam sepanjang hari untuk mengelakkan dari berasa sakit yang sangat kronik. Anda boleh mengambil kacang-kacangan dalam tempoh waktu makan utama agar berut anda sentiasa terisi. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oats, beras perang dan buah-buahan. Berhenti merokok dan kerap minum air sebanyak mungkin untuk terus terhidrat.
Ini antara senarai makanan yang boleh membantu mengawal dan mengurangkan simtom gastritis.
Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.
Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam Sayuran hijau – kerana lebih beralkali.
Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuamn Yaku*t . Kimchi pun ada probiotic.
Di bawah pula adalah makanan yang akan menjadikan simtom lagi teruk, jika anda mempunyai gastritis yang kronik.
Alkohol Kopi pekat Buah berasidik seperti tomato atau lemon Jus buah Makanan berminyak/bergoreg/bersantan/berlemak tinggi Air berkarbonat Makanan pedas
Jika sudah terkena gastrik, apa makanan yang boleh membantu?
Apple sauce – mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.
Kenntang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.
Yogurt tanpa gula – membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau buah lain yang sesuai.
Selalunya simtom akan hilang dalam 24-48 jam selepas anda mula mengambil makanan lembut.
Jika simtom tidak hilang, sila berjumpa doktor anda.
Darah tinggi boleh ganggu tenaga kelakian, jangan ambil ringan. Darah tinggi atau hipertensi bukanlah satu isu kesihatan yang boleh dipandang ringan, terutamanya bagi lelaki.