Blackhead atau bintik hitam adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh ramai orang terutamanya lelaki. Ia terjadi apabila pori-pori tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Walaupun tidak berbahaya, kehadiran blackhead boleh mengurangkan keyakinan diri.
Berikut adalah 7 bahan semula jadi yang boleh membantu anda mengatasi ‘blackhead’ dengan mudah.
1. Ais
Ais meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit dan seterusnya membina kulit lebih sihat.
Caranya : Balut kiub ais dalam dain dan tekap pada bahagian bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin.
Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sehari sekali. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal atau teh hijau yang dibekukan.
2. Cuka Epal
Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya : Campurkan cuka epal ke dalam air. Dengan menggunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
3. Putih Telur
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengurangkan minyak berlebihan di muka.
Caranya : Pukul putih telur dan sapu pada muka. biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan 2 kali seminggu.
4. Jus Lemon
Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.
Caranya : Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan.
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya : Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap hari selama sebulan.
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya : Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
7. Oat
Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Caranya : Campurkan 5 sudu madu dan 2 sudu susu tepung dalam 2 sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu, biarkan ia kering barulah dibilas.
BACA LAGI : Dari Tentera Ke Lelaki Melayu Terkaya : Kisah Inspirasi Tan Sri Syed Azman
sumber: purebyso.com
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!