Asyik Penat & Mengantuk Je. Setiap Masa Letih. Ini Puncanya!

Share

Rata-rata individu yang bekerja 9-5 malahan yang bekerja sendiri dan tak kira jantina selalu merungut pasal badan selalu rasa letih, penat, lemah lesu. Padahal kerja dalam bilik berhawa dingin. Ada tu yang banyak duduk daripada berjalan atau berdiri. Jadi apa punca badan mudah sangat rasa letih ni? Antara faktor yang mempengaruhi badan mudah letih dan lesu:

                       
1. Diet yang tidak seimbang. Iaitu tidak mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran seperti dalam piramid makanan. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan paras glukosa berkurang dan membawa kepada rasa letih.
2. Kurang minum air kosong. Kita kena kurangkan minum minuman manis memang tidak bagus untuk kesihatan badan terutamanya untuk perjalanan darah dalam badan kita.
3. Kurang sel darah merah. Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan lah tiada rehat kan. So sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan yang sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu. Bagi wanita pula, kehilangan darah ketida haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.
4. Sentiasa dehidrasi. Badan yang sentiasa berpeluh dan banyak nutrisi hilang bersamanya. Dan ia perlu sentiasa dibantu dengan bantuan supplement dan banyakkan minum air.
5. Tekanan emosi. Badan kita akan mudah lemah dan tak bertenaga dengan tekanan yang perlu ditanggung oleh otak dan badan kita.
6. Kurang tidur. Tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari pada waktu malam. Jadikan tidur priority untuk mengembalikan tenaga.

7.Tidak bersarapan. MESTI sarapan pagi. Hanya dengan sarapan yang ringan mampu mengekalkan tenaga berterusan sehingga tengah hari dan petang.

8. Terlalu banyak kafein. Kafeain boleh membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi. Tetapi apabila dosnya berlebihan, akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat da nada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan badan menjadi lemah.
9. Kurang zat besi dan vitamin B12. Zat besi berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke jaringan dan membawa electron untuk proses pembentukan tenaga di dalam sel.
10. Kurang hormone Tiroid. – Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi. Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
11. Jangkitan kuman air kencing [UTI]. Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
12. Kurang tenaga.  Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
13. Sleep apnea atau dengkuran. [gangguan semasa tidur melalui pernafasan].  Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
14. Lemah jantung. Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.
15. Diabetis. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya. Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
Untuk mengatasi badan yang cepat penat, letih lesu dan tidak bertenaga ini, caranya adalah dengan mengamalkan diet dan aktiviti yang sihat setiap hari. Namun, gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan dua perkara ini dilakukan dengan konsisten pada setiap hari. Justeru, pengambilan suplemen adalah pilihan yang paling tepat bagi mengatasi masalah ini.
sumber: juraidahrahman.blogspot.my
Published by
webadmin