Rata-rata individu yang bekerja 9-5 malahan yang bekerja sendiri dan tak kira jantina selalu merungut pasal badan selalu rasa letih, penat, lemah lesu. Padahal kerja dalam bilik berhawa dingin. Ada tu yang banyak duduk daripada berjalan atau berdiri. Jadi apa punca badan mudah sangat rasa letih ni? Antara faktor yang mempengaruhi badan mudah letih dan lesu:
Ads
1. Diet yang tidak seimbang. Iaitu tidak mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran seperti dalam piramid makanan. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan paras glukosa berkurang dan membawa kepada rasa letih.
2. Kurang minum air kosong. Kita kena kurangkan minum minuman manis memang tidak bagus untuk kesihatan badan terutamanya untuk perjalanan darah dalam badan kita.
3. Kurang sel darah merah. Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan lah tiada rehat kan. So sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan yang sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu. Bagi wanita pula, kehilangan darah ketida haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.
4. Sentiasa dehidrasi. Badan yang sentiasa berpeluh dan banyak nutrisi hilang bersamanya. Dan ia perlu sentiasa dibantu dengan bantuan supplement dan banyakkan minum air.
5. Tekanan emosi. Badan kita akan mudah lemah dan tak bertenaga dengan tekanan yang perlu ditanggung oleh otak dan badan kita.
6. Kurang tidur. Tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari pada waktu malam. Jadikan tidur priority untuk mengembalikan tenaga.
7.Tidak bersarapan. MESTI sarapan pagi. Hanya dengan sarapan yang ringan mampu mengekalkan tenaga berterusan sehingga tengah hari dan petang.
Ads
Ads
8. Terlalu banyak kafein. Kafeain boleh membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi. Tetapi apabila dosnya berlebihan, akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat da nada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan badan menjadi lemah.
9. Kurang zat besi dan vitamin B12. Zat besi berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke jaringan dan membawa electron untuk proses pembentukan tenaga di dalam sel.
10. Kurang hormone Tiroid. – Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi. Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
11. Jangkitan kuman air kencing [UTI]. Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
12. Kurang tenaga. Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
13. Sleep apnea atau dengkuran. [gangguan semasa tidur melalui pernafasan]. Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
14. Lemah jantung. Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.
15. Diabetis. Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya. Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.
Untuk mengatasi badan yang cepat penat, letih lesu dan tidak bertenaga ini, caranya adalah dengan mengamalkan diet dan aktiviti yang sihat setiap hari. Namun, gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan dua perkara ini dilakukan dengan konsisten pada setiap hari. Justeru, pengambilan suplemen adalah pilihan yang paling tepat bagi mengatasi masalah ini.
sumber: juraidahrahman.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seni bina moden serta struktur dekorasi yang serba futuristik membuka mata penulis saat pertama kali menjejakkan kaki di Qliq Hotel. Ruangan lobi yang luas, dipadukan pula dengan unsur “avant-garde” dalam setiap perincian perabot mengundang rasa ingin tahu mengenai hotel ini.
Mengetengahkan konsep moden-futuristik, setiap bilik mahupun dewan perbincangan direka khas dengan sentuhan seni kreatif dan juga pengunaan rona yang lebih menarik. Jika dilihat dari luar bangunan juga, ia bagaikan corak paten bongkah yang tidak sama panjang untuk memberi unsur seni yang lebih jelas, namun berbeza. Butiran seni di dinding yang seakan 3D mengilham inspirasi kepada pelanggan untuk merasai dimensi luar biasa. Dunia robot. Mungkin mengadaptasi dari filem Transformer?
Menyediakan ruangan bilik yang selesa, serta pemandangan yang begitu indah untuk dilihat walaupun tatkala berada di tengah-tengah bandar Kota Damansara. Premier Suite antara pilihan pasangan kekasih untuk mencoret momen manis bulan madu mereka. Mana tidaknya, dengan pengunaan rona warna yang begitu klasik, diadun pula dengan dekorasi bagai meraikan pasangan sejoli menjadikan Premier Suite ini antara yang paling popular.
Menjengah pula ke sudut fasiliti, semuanya ada di checklist anda! Gym, swimming pool, dewan/bilikmesyuarat, dewan kuliah dan yang pastinya Q Lounge untuk anda merehatkan minda sambal menikmati keindahan di sekeliling Qliq Hotel, Damansara.Perfect!
Apa yang menariknya, setiap tingkat memiliki warna lantai yang berbeza untuk memudahkan para pelanggan ketahui mengenai bilik jenis kelab dan suite. Kesemua jenis bilik ini didatangkan dengan faedah yang eksklusif danmenarik. Jika anda mempunyai rakan wanita yang ingin bercuti, Qliq Hotel adalah pilihan terbaik di mana mereka memberi perkhidmatan istimewa kepada kaum wanita. Contohnya, “The Ladies Only Floor” disediakan hanya di tingkat 20 dan ia adalah bersifat eksklusif untuk pelanggan wanita. Lebih privacy dan lebih selamat.
Harga bilik bermula dari RM 228.00 satu malam dan jika anda ingin melakukan sebarang aktiviti mesyuarat ataupun perbincangan, harga bilik bermula dari RM 300.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
BAIK BURUK DIET TINGGI PROTEIN, RENDAH KARBOHIDRAT
Kini semakin kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Ramai yang mengamalkannya. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi dengan pelbagai produk-produk suplemen di pasaran. Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa panjang?
FAKTA MENARIK PERLU TAHU
Berikut beberapa fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
1-Berat turun cepat. Penurunan berat badan drastik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3kh hingga 4kg pada minggu pertama (sahaja).
2-Berat naik drastik semula. Kini katakan anda amalkan diet protein tinggi, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali pada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan dan sebagainya, berat air dan akan naik dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung pada hubungan glukosa dan insulin.
3-Kurang lapar. Memang. Ini kerana tahap insulin adalah rendah dan tidak mempengaruhi nafsu makan.
4-Jangka masa panjang. Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bihun, roti dan buah?
5-Turun air sahaja? Tidak juga. Jika betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600 hingga 1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci pada penurunan berat badan.
6-Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperoleh daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
balanced diet, cooking, culinary and food concept – close up of different foodstuffs on table
7-Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD , ketosis dikategorikan sebagai ‘unhealthy metabolic state’ iaitu ketones boleh merosakkan fungsi organ dan menjadi pencetus pada penyakit seperti gout (asid urik tinggi), batu karang atau kegagalan ginjal (buah pinggang). Ketones juga mengurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
8-Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan pada fungsi ginjal badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih ‘wear-n-tear’ akan berlaku jika ia berterusan untuk jangka masa berpanjangan.
9-Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori sehari. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
10-Berapa gram pula dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2 kali potong roti atau 4 kali paket gula meja kecil.
JADI BOLEH DIAMALKAN ATAU TIDAK?
Jawapan itu bergantung pada pilihan diri anda sendiri. Anda sebagai pengguna ada hak untuk memilih tapi biarlah anda buat pemilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Saya sendiri? Saya amalkan diet seimbang dengan nisbah lebih kurang 55:30:15 karbohidrat:protein:lemak. Bagi saya, karbohidrat tetap pilihan utama tapi susah tentu saya lebihkan karbohidrat yang mengandungi serat. Amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa panjang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebelum ini orang tua-tua melarang untuk mandi di waktu malam. Mereka mengatakan perkara tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair. Masa berlalu pergi dan cerita-cerita yang mengatakan mandi malam penyebab kepada paru-paru air menjadi versi yang baharu.
Salah satu versi yang baharu adalah mereka mengatakan apabila waktu malam, liang roma akan terbuka dan ini akan menyebabkan air masuk ke dalam badan ketika mandi. Air yang berlebihan ini akan terkumpul di dalam paru-paru dan akhirnya menyebabkan paru-paru berair
Di sini kami ingin memberi tahu beberapa perkara tentang paru-paru berair:
Penggunaan istilah paru-paru berair sebagai istilah perubatan adalah tidak spesifik dan boleh mendatangkan kekeliruan. Kerana ia boleh membawa maksud kepada dua perkara iaitu samada Pleural effusion ataupun Pulmonary Edema dan kedua-dua penyaki ini adalah berbeza
Pleural Effusion
Perlu diketahui bahawa paru-paru dilindungi oleh dua lapisan pleural. Fungsi pleura ini untuk melindungi paru-paru malah mewujudkan ruang diantara pleura bahagian dalam dan luar. Ruang tersebut mempunyai sedikit cecair dan ia akan membenarkan pergerakan paru-paru untuk membesar dan mengecil.
Ruang inilah yang akan dipenuhi oleh cecair dan menyebabkan penyakit yang bernama pleural effusion.
Penyebab pleural effusion:
Kanser paru-paru
Jangkitan kuman paru-paru(penumonia)
Masalah lemah jantung
Kegagalan buah pinggang dan hati
Pulmonary edema
Di dalam paru-paru terdapatnya alveolar yang berfungsi sebagai tempat pertukaran oksigen. Ia seperti poket-poket kecil.
Jika air terkumpul disini, nama penyakit tersebut adalah Pulmonary edema. Penyebab kepada penyakit ini adalah lemah jantung, serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan juga hati.
Betul ke mandi malam penyebab paru-paru berair?
Kita berbalik kepada mandi malam. Kena faham bahawa lapisan kulit merupakan lapisan yang tidak telap pada air dan liang roma tidak akan terbuka pada waktu malam. Oleh sebab itu, mandi waktu malam tidak akan menyebabkan air masuk ke dalam tubuh dan berkumpul di paru-paru.
Malah penyebab-penyebab penyakit-penyakit di atas langsung tiada kaitan dengan mandi malam
Kalaulah mandi pun berbahaya pada waktu malam, kita pun sepatutnya perlu melarang minum air kerana air lagi senang diserap oleh saluran pencernaan kita.
Kesimpulan:
Paru-paru berair bukanlah disebabkan mandi pada waktu malam. Ianya disebabkan penyakit-penyakit di atas.
Oleh itu, jika anda balik ke rumah dalam keadaan yang tidak selesa sebab berpeluh dan anda berkeinginan untuk mandi, dipersilakan. Tiada masalah
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.