Asyik Nak Happy Kan Orang Lain Je. Dah Tiba Masa Untuk Kamu Happy Kan Diri Kamu. Nak Tahu Macam Mana? Ini Jawapnnya!

Share

Makna kebahagian bagi setiap individu adalah sangat subjektif. Ada yang memerlukan wang ringgit dan harta benda untuk membahagiakan mereka dan ada pula yang hanya perlukan pasangan untuk membahagiakan mereka. Tetapi apa yang tidak betul di sini adalah kita memerlukan benda atau individu lain untuk merasakan kebahagiaan.

Kita terlupa bahawa kita sendiri sebenarnya lebih layak untuk membahagiakan diri sendiri. Ini kerana kita tidak mengetahui kuasa yang ada pada diri sendiri. Jika anda tahu caranya, anda tidak perlukan manusia lain mahupun wang yang banyak untuk merasa bahagia.

1. Meluangkan masa dengan diri sendiri

Kadang-kadang disebabkan kekangan masa yang terlalu kuat membuatkan anda tak sempat untuk menikmati hidup yang sepatutnya. Kerana terlalu fikirkan masa depan, anda terlepas masa sekarang yang dilalui dan ia juga sama pentingnya dengan masa hadapan. Apa gunanya jika anda terlepas hidup sekarang untuk masa hadapan, sedangkan anda boleh mendapat kedua-duanya. 

Cuba untuk menghabiskan masa untuk diri sendiri dengan merangcang untuk membuat sesuatu yang anda belum pernah lakukan sebelum ini. Sebagai contoh, pergi menonton wayang seorang diri. Dengan melakukan perkara yang anda belum pernah lakukan akan membuatkan anda menemui sesuatu yang baru yang boleh membahagiakan diri anda dan membuatkan hidup anda lebih bererti.

2. Memuji diri sendiri

Jangan malu untuk memuji diri sendiri, tetapi bukanlah di hadapan orang lain. Cuba cara ini, setiap kali bangun pagi, cuba puji diri anda mengenai kelebihan anda, mahupun kekurangan anda. Dengan melakukan perkara ini anda akan menaikkan semangat dan membuatkan hari anda lebih ceria.

Ia juga akan membuatkan diri anda dihargai, walaupun oleh diri sendiri dan sekaligus menyuntik semangat untuk melakukan sesuatu. Ia antara yang paling mudah, tak perlukan wang ringgit. Bila-bila masa pun boleh buat.

3. Manjakan diri dengan berhias

Jika sebelum ini anda sering mengabaikan penampilan anda, anda mungkin perlu melakukan sesuatu terhadapnya. Cuba untuk berpenampilan lebih baik dengan memakai pakaian yang kemas. Jika anda tak ada pakaian yang cantik dan elok, jangan kedekut untuk menggunakan wang anda untuk tujuan ini.

Penampilan anda yang kemas dan segak akan membuatkan anda lebih bersemangan dan menambahkan keyakinan diri. Tak perlu tunggu untuk berhias dan berpenampilan segak hanya jika ada majlis-majlis tertentu. Cuba lakukannya sekali dan anda pasti akan terus melakukan tabiat ini setiap hari.

Dan ia bukan terhad kepada pakaian sahaja, anda juga boleh manjakan diri anda untuk pergi ke salun sekali sekala.

4. Makan di tempat yang anda suka

Ini salah satu cara yang boleh buatkan diri anda bahagia. Apabila perut anda bahagia, anda juga akan bahagia. Sesekali anda perlu memanjakan diri anda dengan membelanjakan wang ada untuk perut anda. Ia tidak perlu terlalu mahal, yang penting ia makanan kesukaan anda. Makan makanan kegemaran anda boleh membuatkan anda gembira dan bahagia.

Jika ia jauh, cuba untuk pergi walaupun sebulan sekali. Percayalah, anda akan diri anda lebih dihargai.

5. Bercuti walaupun dekat

Bagi penulis ini adalah yang paling berkesan. Dengan kesibukan bekerja, apa yang anda sangat perlukan ialah merehatkan minda anda. Bawa diri anda dengan bercuti beberapa hari, dan ia tidak semestinya ke tempat yang jauh dan mahal. Kita sering terlepas peluang untuk membahagiakan diri dengan bercuti kerana dalam fikiran kita bercuti itu memerlukan masa yang panjang dan wang yang banyak. Itu silapnya.

Dengan bercuti di tempat yang dekat dan juga dengan bajet yang rendah, ia akan membuatkan otak anda dapat berehat dengan cukup. Anda akan menyedari bahawa hidup ini lebih bermakna dan mempunyai tujuan lain selain bekerja.

 

sumber: iluminasi.com

Published by
webadmin