Honeymoon! Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih untuk meraikan perkahwinan mereka.Begitu banyak tempat yang menarik untuk dijadikan sebagai destinasi honeymoon anda. Kami tampil dengan 10 destinasi pelancongan yang lebih adventure dan menjadikan honeymoon anda lebih menarik!
Bagi pasangan yang ingin menikmati keindahan alam serta menikmati erti adventure yang sebenar, Wadi Rum Bedoin Camp di Jordan adalah destinasi terbaik untuk mereka merasai kelainan pada bulan madu mereka. Pemandangan bukit bakau serta hamparan padang pasir yang menarik menjadikan destinasi ini amat sesuai untuk aktiviti lasak seperti climbing dan scrambling. Selain itu , camel tours dan jeep tours juga merupakan salah satu tarikan yang disediakan kepada pasangan kekasih yang ingin melihat seluruh pemandangan dan menikmati kedamaian yang ada di sini.
Destinasi percutian “bed & breakfast” ini amat sesuai untuk pasangan kekasih yang mahukan destinasi yang jauh dari kesibukan kota dan juga inginkan ketenangan sepanjang percutian bulan madu anda. Nature and Adventure. Itulah yang dapat digambarkan daripada destinasi percutian ini.Dikelilingi dengan pohon hijau yang segar serta bunyian air terjun yang memecah kesunyian hutan hujan di Hawaii ini , menjanjikan keselesaan pada pasangan kekasih untuk mereka meneroka alam semula jadi ini. Aktiviti hutan seperti hiking
sudah pasti menjadikan percutian anda menarik. Ditemani pula dengan binatang liar yang pastinya akan menjadikan perjalanan percutian anda begitu mencabar! Di samping itu juga , ia berdekatan dengan Volcanoes National Park di mana para pengunjung boleh merasai nilai adventure itu sendiri apabila dapat meneroka di kawasan kawah gunung berapi yang aktif itu dengan menaiki kenderaan yang disediakan.Lebih daripada 200,000 hidupan liar dari pelbagai spesis meliputi seluruh kawasan ekosistem The Serengeti. Luasnya sehingga 14,763 kilometer persegi ini menjadi tarikan utama setiap pelancong untuk datang ke sini. Bagi pasangan yang gemarkan sesuatu yang wild danadventure, destinasi percutian ini sangat sesuai kepada mereka. Seluruh hidupan liar dapat dilihat dari setiap sudut Serengeti National Park dengan menaiki belon panas yang sudah pastinya akan memuaskan mata anda dengan pemandangan yang hebat. Selain itu , anda dapat merasai sendiri kehidupan habitat liar ini di bumi Serengeti. Segalanya live!. Sudah tentu anda akan merasai “extraordinary adventure”apabila berbulan madu di sini.
Paris merupakan negara yang sentiasa menjadi pilihan utama pasangan kekasih untuk berbulan madu. Daripada struktur indah Eiffel Towel hingga ke Lover’s Bridge , ia cukup menggambarkan Paris sebagai kota cinta. Tetapi kali ini , Glam tampil memberi idea yang berlainan daripada kebiasaannya. Biking di tengah kota Provence, France ini sudah pasti dapat melahirkan lagi perasaan romantik pada setiap pasangan. Merasai keharmonian kawasan pendalaman yang dipenuhi dengan bangunan kampung lama, serta dihiasi dengan laluan yang dipenuhi dengan bunga lavender , pasti menyajikan mata anda dengan pemandangan yang indah dah aman. Di samping itu juga , perjalanan berbasikal sejauh 236km itu akan melewati bangunan church
lama yang meninggalkan banyak sejarah silam di kawasan ini. Berbasikal di Provence , France ini pasti menjanjikan sesuatu kelainan pada percutian bulan madu anda!Bagi pasangan yang inginkan pengalaman “extreme” untuk bulan madu mereka, West End di Grand Bahama Island ini memberikan satu perkara baru yang dapat dirasai oleh anda. Melihat jerung dari dalam sangkar bersama pasangan anda bukanlah dianggap bahaya malahan ia merupakan aktiviti menarik yang dapat mencipta kenangan indah bersama.
Menyelam bersama ikan paus pasti membuatkan anda bersama pasangan menikmati keindahan dasar laut di samping mengenali lebih dekat habitat ikan paus itu. Sesi yang mengambil masa 2 jam itu cukup untuk menjadikan percutian anda menarik
Aktiviti meluncur salji ini barangkali merupakan aktiviti yang didominasi oleh kaum lelaki. Tetapi , ia akan menjadi lebih menarik jika anda membawa pasangan anda merasai pengalaman meluncur salji bersama. Di Whales in Rututu ini, merangkumi lebih dari 5 gunung yang mempunyai ketinggian yang berlainan sebagai contoh , Klein Matterhorn gunung setinggi 3,883 m dan Monte Rosa setinggi 4,634 m. Selain itu , anda bersama pasangan dapat menikmati rasa sejuk dan melihat pemandangan luas di puncak gunung.
Bagi pasangan yang sukakan aktiviti sukan air, parasail di Hawaii merupakan pilihan ideal untuk percutian honeymoon anda. Terbang di udara bersama pasangan serta merasai pemandangan indah di udara serta di laut , pasti menyajikan sesuatu yang cukup indah.
Terkenal dengan pergunungan Himalaya yang pastinya sinonim dengan aktiviti-aktiviti lasak dan mencabar, menjadikan percutianhoneymoon
anda lebih menarik. Mana tidaknya , destinasi ini memberi anda pengalaman baru berjalan di atas jambatan gantung yang berketinggian 160 meter. Bukan itu sahaja , ekspedisi percutian anda menjadi lebih extreme dengan aktiviti terjunan di Canyon yang pastinya curam dan mencabar. Untuk lebih mencabar , anda dan juga pasangan boleh mengikuti aktiviti berbasikal disepanjang curaman Canyon yang berketinggian 240 meter. Apatah lagi dengan aktiviti merentasi sungai liar di Himalaya yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang mahukan “extraordinary adventure”!Apabila berbicara mengenai hutan hujan Amazon, sudah pasti anda menggambarkan sesuatu yang mencabar.Berjalan di sepanjang hutan Amazon , berbasikal di sepanjang kawasan gunung berapi serta berakit sepanjang 6,992 kilometer di arus deras sungai Amazon, cukup memberikan anda satu pengalaman yang berharga. Bukan itu sahaja , sepanjang expedisi anda bersama pasangan , anda boleh melihat pelbagai kehidupan liar serta mengkaji alam flora dan fauna yang dikatakan makin pupus.