Pertembungan kemuncak bola sepak tempatan semakin hampir! Perlawanan akhir Piala Malaysia yang dinanti-nantikan antara gergasi selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT FC) dan skuad Tok Gajah, Sri Pahang FC, bukan sahaja menjanjikan aksi sengit di atas padang, tetapi juga pengalaman hiburan yang tidak dapat dilupakan, ihsan daripada Astro.
Selaku peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, Astro sekali lagi membuktikan komitmennya untuk menyemarakkan arena sukan tempatan.
Untuk tahun kedua berturut-turut, penyiar rasmi ini akan mengubah Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi pentas dwi-aksi – pertempuran bola sepak epik dan konsert mini menampilkan barisan artis ternama negara.
Bayangkan, bahang perlawanan akhir ditambah pula dengan tenaga persembahan hebat, disaksikan oleh kira-kira 80,000 penyokong secara langsung dan jutaan lagi di rumah menerusi Astro Arena (Saluran 801, 802, 803).
Gegaran Bintang di Bukit Jalil
Momentum akan mula dibina seawal acara pra-persembahan dengan vokal mantap daripada Hael Husaini dan bintang yang semakin meningkat naik, Nadeera Zaini.
Peminat kemudiannya akan disajikan dengan persembahan pembukaan istimewa sebelum sepak mula oleh legenda muzik tanah air, Dato’ M. Nasir.
Ads
Dan apabila pemain berehat separuh masa, pentas akan diambil alih oleh Ratu Rock Malaysia, Ella, yang pastinya akan menggegarkan stadium dengan persembahannya yang bertenaga.
Inisiatif ini bukan sekadar gimik. Ia adalah sebahagian daripada strategi Astro untuk memberikan nilai tambah kepada peminat, menggabungkan dua elemen yang sememangnya sebati dengan gaya hidup ramai – sukan dan hiburan.
Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, mereka teruja untuk berkongsi keterujaan di pentas akhir Piala Malaysia. Selain dari membawakan secara langsung aksi-aksi mendebarkan di atas padang, Astro juga ingin merancakkan lagi kemeriahan perlawanan dengan menyediakan hiburan terbaik kepada para penyokong.
“Menjadi destinasi tontonan sukan pilihan Malaysia, semestinya kami akan terus memberikan liputan sukan terkini dan hiburan terbaik kepada para penyokong, ini membantu mereka merancakkan suasana sekaligus menaikkan semangat kejohanan untuk kedua pasukan.
Ads
“Bola sepak dan juga hiburan tidak boleh dipisahkan, ia akan jadi lebih menyeronokkan apabila keduanya digabungkan dalam satu acara sebagai satu sambutan,” tambahnya lagi dalam satu kenyataan media rasmi Astro.
Lebih Daripada 90 Minit Aksi
Kemeriahan tidak terhad di dalam stadium sahaja. Astro Arena turut menyediakan kandungan khas “Pesta Penyokong” secara langsung dari perkarangan stadium.
Bagi yang menonton di rumah, Astro Arena 2 menawarkan ciri unik “Player Cam”, membolehkan anda fokus kepada pemain kegemaran sepanjang perlawanan.
Di luar stadium pula, booth bergerak Astro akan menjadi tumpuan dengan kehadiran penyampai radio popular Sinar, Ray, dan Gegar, Shah.
Pengunjung berpeluang beramah mesra, menyaksikan persembahan oleh Dinda Dania, dan mendapatkan maklumat terkini produk Astro. Menjelang sepak mula, trio Ray, Shah, dan Dina Nadzir akan menghiburkan orang ramai bermula jam 7.30 malam.
Bagi mereka yang ingin menikmati semua aksi Final Piala Malaysia, Pek Astro One Sports ditawarkan pada harga RM99.99 sebulan, atau tingkatkan pengalaman dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Sukan pada RM189.99 sebulan.
Jadi, bersedialah untuk final Piala Malaysia yang bukan sahaja menjanjikan drama bola sepak, tetapi juga sebuah pesta hiburan yang gah.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti korang kalau nak beli barang atau shoping mesti akan mengambil warna yang sama, walaupun sebenarnya warna itu dah pun ada dalam senarai koleksi. Warna keghairahan biasanya berbeza untuk setiap jantina sama ada lelaki atau wanita. Sekiranya wanita biasanya dikaitkan dengan warna-warna lembut seperti merah jambu dan ungu, lelaki juga dikatakan memiliki sifat yang berbeza dan ia memberi kesan bagaimana seorang lelaki merasa warna. Inilah tafsiran rahsia warna kegemaran Adam di dunia ini. Ketepatan tafsiran ini adalah mungkin, tetapi jangan menganggapnya adalah penting.
1. Putih
Ia melambangkan kesucian dan kesegaran. Dia adalah simbol seseorang yang ingin memulakan kehidupan baru. Ia seperti kain kanvas yang menunggu pembakaran artis. Ia juga melambangkan kemahiran kebersihan dan profesional.
2. Merah
Melambangkan kuasa fizikal .. Dari segi kebaikan dia melambangkan bahawa pemakai dapat menyelesaikan pekerjaannya. Secara negatif, ia melambangkan bahawa pemakai mengekspresikan paksaan dan agresif. Merah juga dikaitkan dengan tenaga seksual, dan juga kemarahan.
3. Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia melambangkan kuasa kerana ia menggabungkan tenaga fizikal kuasa mental merah dan kuning. Warna ini mewakili pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang sangat kuat dan kompleks untuk separuh separuh orang.
4. Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan dikaitkan dengan tarian intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa sahaja yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian pada sesuatu, tetapi untuk setengah orang itu dia dianggap sebagai warna pemaksa. Terdapat juga sekutu kuning dengan sikap pengecut.
5. Hijau
Warna ini adalah gabungan kuning dan biru. Ia dianggap sebagai warna semula jadi. Ia berkaitan dengan pertumbuhan dan peningkatan dan dianggap sebagai warna yang baik bagi mereka yang bekerja dengan objek; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga merupakan warna yang baik untuk berehat dan menenangkan minda. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.
6. Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.
7. Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan kesedihan dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat yang sophisticated dan boleh menyesuaikan diri.
8. Brown
Dia menandakan banyak wang. Dia juga merupakan satu tanda cinta, dan mempunyai prospek masa depan. Jika anda mahukan banyak wang, ada yang menyarankan menggunakan coklat.
Sumber: islamikinfo
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memulakan tahun baru dengan melakukan perubahan kecil terhadap gaya hidup seperti menghentikan pengambilan gula dan memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan.
Tabiat berkenaan jika dilakukan secara konsisten selama tiga minggu tanpa henti, secara automatik mampu menjadi rutin harian yang akan berkekalan ke hari, bulan atau tahun seterusnya.
Selain itu, kajian lain melaporkan 45 peratus rakyat Malaysia dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Malah, kajian berkenaan turut mendedahkan 48 peratus rakyat Malaysia dewasa mempunyai paras kolesterol tinggi atau hiperkolesterolemia manakala 18 peratus orang dewasa di negara ini menghidap diabetes.
Tabiat pemakanan tanpa pengambilan buah dan sayur dalam jumlah mencukupi juga dikaitkan sebagai punca kepada masalah kesihatan berkenaan.
Hasil kajian menunjukkan individu yang memakan lebih banyak sayuran hijau dan buah mempunyai kerentanan (kekurangan imun terhadap penyakit) pada kadar antara lima dan 12 peratus lebih rendah terhadap kanser.
Berat badan ideal
Bagi membantu menurunkan dan mengekalkan berat badan ideal, ikut cara ini!
1. Menetapkan matlamat dan azam khusus yang mampu dicapai
Perubahan gaya hidup yang mampu dicapai boleh membawa kepada hasil yang mampan dan berpanjangan berbanding diet secara bermusim atau ‘terikut-ikut’ rakan.
Jangan berkata, ‘saya ingin sihat’, sebaliknya memasang azam dengan ‘saya akan berjalan selama 30 minit sehari’ atau ‘saya akan meletakkan kenderaan lebih jauh dan berjalan ke pejabat’.
lMulakan dengan membuat pilihan makanan sihat sekali sehari. Pilih makanan yang lebih menyihatkan sama ada untuk sesi makan tengah hari atau makan malam.
Jika boleh hentikan pengambilam makanan bergoreng ketika makan tengah hari atau mengelakkan minum air manis dan bergula pada salah satu sesi makan dalam sehari.
Misalnya, menggantikan air bikarbonat dengan air kosong pada salah satu sesi makan kerana ia boleh membantu mengurangkan sekurang-kurangnya 150 kalori dan kira-kira 10 sudu teh gula dalam tempoh sehari.
Mulakan sasaran sekali seminggu. Contohnya, mula mengikuti kelas yoga sekali seminggu atau menyediakan sendiri bekal makan tengah hari sekali seminggu.
2. Melakukan perubahan kecil terhadap gaya hidup
Tambahkan buah-buahan dan sayuran ke dalam pemakanan, pergi ke lokasi berdekatan dengan berjalan kaki, menaiki tangga dan bukan lif atau meletakkan kereta lebih jauh dari pintu masuk bagi membolehkan anda berjalan.
Pembentukan tabiat ini lazimnya memerlukan amalan selama tiga minggu.
3. Segera bertindak dan tingkatkan kecergasan
Pengurusan berat badan adalah hasil daripada pemakanan dan senaman yang seimbang. Perlu diingat anda hendaklah membekalkan otot dengan protein dan nutrien penting untuk pemulihan selepas latihan fizikal.
Jika tidak mempunyai banyak masa terluang, boleh cuba melakukan senaman mencangkung (squat) dengan bersandar di dinding ketika menonton televisyen atau di tempat kerja.
Latihan senaman itu boleh meningkatkan stamina, menguatkan otot teras dan membantu kita menjadi lebih fokus dalam menyiapkan tugasan.
4. Kekalkan pemakanan seimbang
Pemakanan seimbang merangkumi buah dan sayur, bijirin tulen serta bahan makanan yang mengandungi protein yang boleh membantu anda mengekalkan tenaga di samping mengurangkan selera makan.
Anda akan dapat mengurangkan pengambilan makanan dengan ketara jika mengetahui saiz hidangan yang perlu diambil agar tidak berasa lapar dan bukannya kenyang semata-mata.
Strategi pengawalan saiz hidangan makanan termasuk menggunakan pinggan yang lebih kecil, mengambil makanan sendiri di dapur berbanding menghidangkannya di atas meja dan mengambil makanan gantian seperti bancuhan protein, bar protein atau makanan sejuk beku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pisang dikenali sebagai sejenis buah yang mudah didapati dan agak murah harganya. Ia tidak bermusim, boleh dijumpai sepanjang tahun dan cara memakannya juga paling mudah : tidak perlu dikupas dan dikopek seperti buah-buahan lain. Jadi tidak hairanlah pisang ditanam secara komersial di lebih 107 buah negara dan rakyat Malaysia juga lebih banyak makan pisang berbanding buah-buahan lain.
Walaupun anda makan banyak pisang namun adakah anda tahu khasiat sebenar di sebalik buah berwarna kuning ini?
Menurut Megan Ware, seorang pakar nutrisi dari Nutrition Awareness, berikut 7 khasiat dan nutrisi yang sering dikaitkan dengan pisang.
Tekanan darah
Mengekalkan pengambilan sodium yang rendah adalah penting untuk mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berpotasium tinggi seperti pisang juga adalah penting untuk kesan vasolidasi jangka panjang. Menurut satu survey oleh Pemeriksa Kesihatan dan Pemakanan Amerika, kurang dari 2% sahaja orang dewasa yang mengambil dos potasium harian sebanyak 4700 mg yang disyorkan.
Kajian mendapati diet dengan pengambilan potasium yang tinggi akan mengurangkan 20% risiko kematian disebabkan semua penyakit.
Asma / Penyakit Lelah
Satu kajian oleh Imperial College of London telah mendapati kanak-kanak yang memakan satu biji pisang setiap hari akan mengurangkan risiko sebanyak 34% untuk mendapat penyakit asma.
Kanser
Mengambil pisang, oren dan jus oren semasa dua tahun pertama kelahiran akan mengurangkan risiko leukimia pada kanak-kanak. Sebagai salah satu sumber yang kaya dengan vitamin C, pisang membantu mencegah pembentukan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Selain itu, pengambilan makanan berserat tinggi seperti pisang juga mengurangkan risiko mendapat kanser kolorektal.
Kesihatan jantung
Menurut Mark Houston, seorang professor klinikal dan perubatan dari Vanderbilt Medical School, serat, potasium, vitamin C dan B6 dalam pisang membantu kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Satu kajian mendapati individu yang makan 4069 mg potasium setiap hari telah mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung iskemik pada kadar 49% berbanding mereka yang hanya mengambil 1000 mg potasium.
Kandungan potasium dalam pisang juga merendahkan risiko strok, memelihara tubuh daripada kehilangan jisim otot, penjagaan kepadatan mineral tulang dan mencegah pembentukan batu karang.
Diabetes
Kajian mendapati individu yang ada penyakit kencing manis Tahap 1 dan mengambil pemakanan tinggi serat akhirnya mempunyai tahap glukos yang rendah. Manakala pesakit diabetes tahap 2 pula memperbaiki kandungan gula, lipid dan tahap insulin. Satu biji pisang saiz sederhana mengandungi 3 gram serat. Pengambilan serat yang disyorkan setiap hari adalah lebih kurang 21-25 gm untuk wanita dan 30-38 gm bagi orang lelaki.
Cirit-birit
Makanan lembut seperti sos epal dan pisang disyorkan untuk merawat cirit-birit. Kehilangan elektrolit seperti potasium semasa cirit-birit membuatkan seseorang berasa sangat lemah. Pisang dapat membantu menambahkan potasium dalam badan dan memperbaiki kesihatan pesakit yang menghidapinya.
Memperbaiki memori dan daya ingatan
Pisang mengandungi triptofan, sejenis asid amino yang dikaitkan dengan menguatkan daya ingatan dan memperbaiki mood atau angin anda.
Namun, sila berhati-hati dengan pengambilan pisang yang keterlaluan. Sebagai contoh, sekiranya anda telah dipreskripsikan dengan ubat seperti Beta-Blocker untuk penyakit jantung, anda perlu mengurangkan makan pisang kerana ubat ini sendiri memberi kesan dengan meningkatkan kadar potasium.
Selain itu, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang juga tidak disarankan untuk mengambil terlalu banyak pisang. Ini kerana buah pinggang mereka mungkin tidak dapat membuang lebihan potasium dalam badan dan ini membahayakan pesakit. Apa-apa pun, makan biarlah berpada-pada. Senarai yang diberi ini cuma panduan untuk kesihatan secara umum.
Jika anda ada apa-apa penyakit atau masalah kesihatan, sila rujuk dulu dengan doktor atau pakar pemakanan anda untuk jenis diet yang lebih spesifik.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.