Tidak dinafikan, duit gaji yang dapat setiap hujung bulan kalau tak guna dengan sebaiknya boleh cepat habis. Mana tidaknya, selepas bayar itu dan ini, sedar-sedar duit gaji tinggal sedikit.
Untuk memastikan duit gaji anda tak ‘ghaib’ sebelum tiba masanya, anda kenalah ada perancangan yang bijak dalam mengatur perbelanjaan bulanan. Barulah duit gaji tak terus ‘bocor’ tanpa anda sedar.
Perkongsian Norhafizah Abdullah menerusi entri Facebooknya ini boleh anda jadikan panduan untuk perancangan duit gaji anda. Tak adalah duit gaji anda mengalir laju macam air paip.
Jom tiru cara wanita ini. Semoga perkongsiannya bermanfaat.
BACA: Tip Menabung Cara Kreatif & Elak Usik Duit Berjaya Buat Wanita Ini Kumpul RM4 Ribu Setahun!
INI TEKNIK ASING DUIT GAJI YANG KUNO TAPI…
Lepas sahur tadi mak janji nak kongsi cara untuk elakkan duit ghaib sebelum tiba masanya kan. Kenapa mak buat cara ni? Sebab lamaaaa sangat dah mak dan shuben terlebih belanja setiap bulan. Bila masuk part tengah bulan, pakat duk menung macam ikan termenung.
So, ini cara yang mak buat. Dan seriously menjadi taw dak. Tetiba jadi disiplin dan terurus duit keluar masuk. Hairan dan ajaib sangat. Sikit je mak ubah cara menyimpan, tapi kesan dia melampauuu sangat.
Klik setiap gambar, mak terang satu2 cara dia???
1. SEDIAKAN SAMPUL SECUKUP RASA & LABELKAN
Mula-mula skali, list semua liabiliti kita setiap bulan.
From A-Z, pastikan tak dak yang tertinggal. Macam mak, setiap jenis sampul ni mak memang tahu berapa anggarannya. Dan mak tulis terus berapa MAKSIMA bagi setiap sampul.
Boleh je nak sumbat semua dalam 1 sampul terus. Dan tulis besar-besar ‘TABUNG LIABILITI’.
Tapi mak lebih suka buat camni. Nampak sebijik-sebijik apa yang perlu kita spend dan berapa jumlah yang kita kene setel setiap bulan.?
2. ISI SAMPUL DENGAN REDHANYA
Bila dah list berapa jumlah belanja bagi setiap sampul, pastikan isi dengan redha dan riangnya. Isi lebih takpe, jangan kurang dari jumlah yang sepatutnya.
BACA: Lelaki Kongsi Tip Simpan Duit Cara Mudah & ‘Old School’ Elak Sengkek Hujung Bulan!
3. KEPIT SEKALI GUS, SIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT DAN SUSAH NAMPAK.
Simpan di tempat yang kita malas nak capai. Jangan duk bubuh dalam purse/wallet pulak. Senang bebeno nak dicapai time ‘emergency’.
Tak emergency pun tetiba boleh jadi emergency kalau mari nafsu menyoping kita tu. Masak sangat dah dengan perangai diri sendirik.?
4. SEGERA LANGSAI SEGALA LIABILITI
Jangan tunggu tengah bulan baru nak bayar. Seeloknya, hari ni dapat gaji, dalam masa 3 hari selepas tu dah setel bayar semua.
Dan ingat, kalau ada baki simpan ja dalam sampul. Jangan ditarik2 masuk ke poket buat beli kuih raya ka, buat tambah duit postage ka.
Baki ni forward ke bulan depan.
Tadi mak ada sampul ‘MINYAK KERETA’ ngan ‘BARANG DAPUR + BARANG BASAH’ kan? Dua sampul ni je yang aktif sampai ke hujung bulan taw. Sebab duit minyak mak akan keluarkan dari sampul seminggu skali. RM100.
Barang dapur yang kering dah setel beli awal-awal. Tinggal duit untuk barang basah je dalam tu. Barang basah tak leh beli awal-awal kan, tak fresh pulak. Sama jugak, time nak beli barang basah ni baru mak keluarkan.
BACA: Tip Simpan Duit Ribuan Ringgit Cara Sempoi, Orang Gaji Ciput Pun Boleh Try!
5. CUKUP KE DAK?
Tadi dah asing semua duit untuk bayar semua liabiliti kan? So tak payah risau dah duit tak cukup untuk bayar semua tu sebab semuanya dana dah tersimpan kemas dalam sampul tu.
Persoalan pertama, ada lebih dak? Hat lebih tu nak simpan buat reward diri pun boleh. Tapi jangan semua. Simpan sebahagian untuk saving. Saving jangan diusik.
Persoalan kedua, cukup tak gaji untuk tampung semua belanja? Kalau cukup alhamdulillah. Kalau tak cukup, jangan meratap sedih pilu. Buat sesuatu. Paling mudah, bisnes online. Platform paling masyuk dan senang.
Susah senang biar suami isteri sama-sama. Sikit atau banyak, sama2 la kongsi untuk ringankan beban antara satu sama lain.
Alhamdulillah, lepas buat cara menyimpan gaya kuno ni,, memang berbeza sangat-sangat pengurusan duit mak senduk dan suami. Nampak dah kat mana duit pergi. Tak de dah laju macam air paip bocor. Dulu main sebat main withdraw sesuka ati ja.?
So guys, sapa yang nak cuba cara ni mak alu-alukan sangat. Banyak lagi cara lain, tapi hat ni yang paling berkesan untuk mak senduk dan suami. Jadi, selamat mencuba!?
Salam sayang,
#maksenduk
#sharejikabermanfaat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI