ASICS Perkenelkan Kedai Konsep Terbarunya Dengan Falsafah ‘Sound Mind, Sound Body’

Share

Buat penggiat aktiviti sukan terutamanya larian, jenama ASICS pastinya tidak asing lagi. Jenama asal Jepun ini cukup dikenali sebagai salah satu pengeluar barangan sukan yang cukup berkualiti tinggi.

Menembusi pasaran antarabangsa bukanlah satu perkara yang cukup mudah namun dengan pengalaman sedia ada mereka dengan kepakaran teknologi terkini menjadi ASICS cukup gah di mata penggiat sukan.

Melebarkan sayapnya untuk pasaran di Malaysia, ASICS telah melancarkan kedai konsep terbarunya di IOI City Mall, Putrajaya. Majlis pelancarannya disempurnakan oeh Ketua Pengawai Eksekutif ASICS, Yasuhito Hirota.

Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiri atlet dan pempengaruh kecergasan popular seperti Tahira Najmunisaa, Ho Yen Mei, Daren James Nair, Ziq Junaidy, Nik Fakharuddin, Noor Amelia, Abdul Rahman Abu Hassan, Daphne Ng dan juga duta produknya, Hariz Hamdan.

Terletak di tingkat bawah di West Court, ASICS IOI City Mall Putrajaya membuka pintunya baru-baru ini untuk mengalu-alukan orang ramai untuk melihat pengalaman dalam kedai yang baharu dan dipertingkatkan. ASICS IOI City Mall Putrajaya merupakan Kedai ASICS pertama di Malaysia yang melaksanakan konsep reka bentuk ini.

Konsep peruncitan baharu ini mengambil iktibar daripada falsafah panduan jenama, ‘Sound Mind, Sound Body’ yang bertujuan untuk menggalakkan impak positif sukan pada minda. Merangkul kesederhanaan, pengguna dialu-alukan ke ruang intim yang diselingi oleh kemasan semula jadi dan tenang.

“Malaysia sentiasa menjadi pasaran yang sangat untuk ASICS. Kami berbesar hati untuk mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa di negara ini dengan kesetiaan, kepercayaan dan sokongan di kalangan pelanggan.

“Pembukaan kedai konsep baharu ini menjadi satu peristiwa penting buat kami di ASICS. Ia mengukuhkan pertumbuhan jenama dan mencerminkan komitmen kami kepada pelanggan kami, menawarkan mereka lebih banyak pilihan dan kebolehcapaian kepada rangkaian produk kami yang luas serta menjalin hubungan yang lebih mendalam dengan pelanggan kami,” jelas Pengurus Negara ASICS Malaysia, Encik Boon Tib Soom Nik.

ASICS IOI City Mall Putrajaya akan menempatkan dan mempamerkan rangkaian luas kasut dan pakaian daripada pelbagai kategori sukan merentas Performance Running; Sukan Prestasi Teras daripada tenis, badminton kepada bola jaring dan bola tampar, serta Sportstyle, kategori gaya hidup jenama.

Antara tawaran istimewa yang dipaemrkan di ASICS IOI City Mall Putrajaya ialah koleksi terkini SS23 terkini seperti kasut larian GEL-NIMBUS™ 25 dan GEL-CUMULUS™ 25, siri larian laju METASPEED™+; SOLUTION SPEED FF, GEL-RESOLUTION™ 9 dan banyak lagi.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim