
Artis lelaki kita pun tak ketinggalan nak nampak segak dan bergaya waktu berhari raya. Baju melayu lengkap bersamping, menjadikan mereka lebih stailo di hari raya pertama!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Vitiligo Penyakit Kulit Kekal. Sekarang Lebih Unik Itulah Lebih Menawan

VITILIGO CACAT KEKAL
Vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang mana penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih (tanpa pigmen). Timbulnya tompok putih pada kulit berpunca apabila sel-sel yang menghasilkan pigmen iaitu melanosit dirosakkan antibodi pesakit itu sendiri.
Kerap terjadi kepada mereka berumur di bawah 20-an, namun ia boleh menyerang sesiapa sahaja. Tompok putih ini juga boleh terjadi di kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya. Walaupun tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal, namun ternyata ia memberi efek pada kualiti hidup pesakit.
PUNCA PENYAKIT
Vitiligo kajian menyatakan penyakit ini terjadi disebabkan kemusnahan sel melanosit. Kajian para ilmuan kesihatan global dari Universiti Menchester yang ditulis di dalam jurnal kesihatan, mereka membuat kesimpulan bahawa terdapat beberapa faktor menyokong keadaan ini. Antaranya adalah;
1- Gangguan autoimun. Ini merujuk kepada sistem kekebalan tubuh pesakit yang secara tiba-tiba menjadi terlalu aktif, lalu membunuh dan menghancurkan melanosit.
2- Trauma dengan geselan. Keadaan geselan pada permukaan tertentu di tangan, kaki, siku, lutut mahupun pergelangan tangan.
3- Cahaya matahari. Pesakit yang dilahirkan cukup sensitif dengan cahaya matahari sehingga membunuh sel-sel kulit seterusnya menhancurkan melanosit.
4- Terdedah kepada bahan-bahan kima tertentu
5- Faktor keturunan dan genetik. Ahli keluarga terdahulu yang pernah mengalami penyakit kulit yang sama.
6- Kehilangan pigmen yang terjadi pada seseorang secara tiba-tiba.
KOMPLIKASI RAWATAN
Selain menyebabkan cacat kekal pada kulit, merawat Vitiligo juga cukup kompleks dan boleh mengambil masa berbulan-bulan hingga bertahun. Berdasarkan kenyataan media oleh Pakar Perunding Dermatologi Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Mazlin Mohd. Baseri, rawatan penyakit Vitiligo bergantung pada beberapa faktor, termasuk keluasan permukaan kulit dan jenis Vitiligo itu. Antara rawatan yang disarankan adalah:
1-Rawatan first line iaitu menggunakan krim yang mengandungi bahan immunomodulator yang akan mengurangkan atau memberhentikan kerosakan melanosit.
2-Rawatan photo therapy yang menggunakan pancaran cahaya ultra violet juga boleh dilakukan di hospital yang mempunyai kemudahan tersebut.
3- Rawatan laser excimer dan pembedahan melibatkan kaedah pemindahan sel kulit atau melanosit yang diambil dari kulit normal pesakit.
PATUT TAHU
1- Penyanyi terkenal Michael Jackson semasa hayatnya menderita sakit kulit kerana masalah vitiligo.
2- Vitiligo bukanlah panau dan ia juga bukan albino, walaupun simptom dan keadaannya lebih kurang sama.
3- Berdasarkan kajian WHO, penyakit Vitiligo ini sudah menyerang hampir 3 peratus daripada populasi dunia. Ini bermakna dalam 100 orang, tiga orang daripadanya menghidap vitiligo.
4- ‘Kelakuan’ penyakit ini susah diramal kerana sesetengah pesakit mengalaminya dan merebak ke kawasan lain dengan cepat. Ada pesakit yang stabil iaitu tompokan tidak berubah menjadi lebih besar atau banyak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
BUSUKNYA BAU KAKI! APA CARA HILANGKANNYA?

Siapa kata bau kaki itu perkara kecil? Kamu banyangkan jika orang lain buka kasut dihadapan kamu dan nah! Meloyakan! Tak lalu nak bernafas. Bau kaki juga melambangkan kesihatan tubuh seseorang itu. Jadi jika kaki kamu berbau busuk yang teramat, ini langkah untuk mencegahnya.
1, PILIHAN STOKIN YANG TEPAT
Seperti yang kita tahu, kaki berbau disebabkan peluh yang berlebihan di kaki. Jadi kami sarankan untuk sentiasa sarungkan stokin dan pastikan stokin itu dari nilon dan kapas. Nilon dan kapas membantu untuk memberi ruang dan menyerap peluh. Jika kamu benar-benar adal masalah kronik tentang peluh di kaki, lebih bagus jika kamu bawa stokin extra jadi boleh bertukar ganti jika kamu tidak rasa selesa.
2. RENDAMAN CUKA
Cuka bukan sahaja mampu membuang kulit mati di tapak kaki, malah ia juga membantu untuk menghilangkna bau kaki. Cara terbaik adalah dengan merendam kaki anda selama seminggu hingga ke dua minggu. Rendamkan kaki anda selama 30 minit. Pasti berkesan.
3. RENDAMAN AIR GARAM
Selain cuka, garam antara pilihan lain untuk menggantikan cuka. Tetapi, jika anda menggunakan garam, anda harus merendam kaki anda selama 20 minit. Seperti mana cuka, garam juga oleh menghilangkan kelembapan pada kaki khusunya tapak kaki.
4. SEMBURAN TEPUNG JAGUNG
Mungkin anda semua mengetahui tentang semburan disinfectant yang mampu membunuh bakteria. Namun, ada lagi cara lain untuk anda membunuh bakteria dengan menggunakan semburan tepung jagung. Selain menjimatkan kos, ia juga mampu untuk mengawal bau kaki dan meresap kelembapan kaki anda. Lebih berbaloi! Cara lain anda boleh taburkan tepung jagung pada bahagian dalam kasut.
5. AIR REBUSAN TEH
Asid dalam teh mengecilkan liang roma pada kaki dan sekali gus membantu untuk mengurangkan peluh. Selain itu ia juga membantu untuk bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bacaan Oximeter Dengan Betul, Salah Satunya Catat Bacaan Tertinggi Tak Berubah Selama Lima Saat

Berdepan pandemik Covid-19 menuntut kita belajr banyak perkara. Sejak penularannya lebih setahun yang lalu kita telah belajar bagaimana untuk menggunakan cecair permbersih tangan atau mencuci dengan sabun secara kerap serta memakai pelitup muka.
Dan kini kita digalakkan pula memakai pelitup muka dua lapis dengan lapisan luar dari material fabrik manakala belah dalam pelitup three-ply. Selain itu kita juga digalakkan untuk mempunyai oximeter, sejenis alat bacaan perubatan elektronik yang mampu membaca kadar oksigen dalam badan.

Dengan jumlah kes positif yang masih banyak berlaku, kita digalakkan untuk mempunyai alat oximeter ini di rumah. Jika anda pesakit bergejala ringan maka sangat penting untuk memeriksa kandungan oksigen secara kerap setiap hari.
Namun untuk dapatkan bacaan secara tepat anda perlu melakukannya dengan betul. MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi Facebook kendaliannya tentang cara mendapatkan bacaan oximeter dengan betul.
Rupanya ada cara yang baik untuk memaksimakan bacaan menjadi lebih tepat. Ikuti perkongsian beliau di bawah:
Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
Contohnya, 3 kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.
Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul:
1
Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
2
Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
3
Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut

4
Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada
5
Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil
6
Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat
Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati
Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.
Satu Keluarga, Satu Pulse Oximeter!

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI