Automotif

Art of Speed 2024, Kembali Dengan Lebih Besar, Gempak & Meriah

Share

Setelah mendapat sambutan luar biasa pada selama beberapa tahun penganjurannya, Art of Speed (AOS) kembali lagi tahun ini dengan ikrar memberikan penganjuran lebih besar dan baik.

Acara utama dalam kalendar kustom dan budaya kontra Malaysia ini bakal berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 27 dan 28 Julai 2024, dari jam 10 pagi hingga 7 petang.

Untuk edisi kali ini AOS bakal merentasi ruang dalaman seluas 452,084 kaki persegi dan seluas 8.6 ekar di luar. AOS 2024 di MAEPS menawarkan pelbagai aktiviti yang pasti akan memuaskan hati peminat dan pengunjung.

Dijangkakan ribuan kereta dan motosikal kustom serta klasik bakal dipamerkan, memperlihatkan seni automotif yang terbaik.

Menurut Asep Ahmad Iskandar, pengarah dan pengasas AOS 2024, acara ini berkomitmen untuk menyediakan ruang yang selamat, selesa dan inklusif. Ia bagi memenuhi keselesaan semua deria dan memupuk elemen persaudaraan. Dia turut menyatakan rasa terima kasihnya atas peluang untuk mengumpulkan peminat bersama.

Kerjasama dan Aktiviti Menarik

Salah satu perkembangan yang paling menarik tahun ini ialah kerjasama AOS 2024 dengan kelab bola sepak Selangor FC (SFC) dengan kempen, “Hentikan Keganasan”.

Selain itu, AOS turut bakal menyaksikan kerjasama bersama beberapa jenama. Di antaranyaIGL Coatings, Zippo, Von Dutch dan MOONEYES, yang pastinya memberikan daya tarikan lebih eksklusif.

Pengasas AOS, Asep Ahmad

Bagi peminat Hot Wheels pula, Konvensyen Pengumpul Hot Wheels Rasmi Kedua Malaysia akan kembali ke Hall C MAEPS.

Menerusi konvensyen tahun ini, ia menampilkan pelbagai aktiviti yang lebih luas. Ini termasuk Pameran Rare and Collectibles, Skate School, acara Swap Buy And Sell dan Pertandingan Kustom.

Selain itu, AOS 2024 turut melancarkan model die-cast eksklusif konvensyen pertama Malaysia, yang direka bersama dengan Pengurus Rekabentuk Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance.

SoundCircus dan Aktiviti Tambahan

Pencinta muzik boleh menantikan SoundCircus Takeover, yang kini diadakan di dalam Hall A MAEPS.

Barisan persembahan menarik dari band hebat seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, dan 53 Universe bakal menemui peminat. SoundCircus ini dijangka berlangsung dari jam 4:00 petang sehingga lewat malam pada kedua-dua hari acara.

Selain itu, AOS 2024 menawarkan pelbagai aktiviti tambahan menarik. Di antaranya Roda Rumble 2024, Perhimpunan Dua Roda & Festival Luar yang dianjurkan oleh Retro Mania, serta La Cultura, Perhimpunan Penghargaan Budaya Chicano Malaysia.

Pengunjung juga boleh menikmati hidangan dari pelbagai vendor dan trak makanan di Taman Makanan luar, membeli-belah di bazar kenderaan vintaj, dan menyaksikan pelancaran produk di atas pentas.

Zon Ujian Pandu untuk motosikal, termasuk jenama seperti Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, dan Harley-Davidson, juga disediakan. Ini khusus buat mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman menunggang motosikal-motosikal hebat ini.

BACA: Servis Aircond Kereta, Berapa Bajet Sebenar Perlu Anda Sediakan

Untuk menambah keseronokan, cabutan bertuah acara yang dijadualkan pada hari Ahad menawarkan hadiah istimewa dengan kerjasama QARTEL TV – sebuah kereta Honda yang telah diubah suai, dipilih kerana serba bolehnya dan kecekapan.

Pas hujung minggu untuk AOS 2024 boleh didapati secara dalam talian dan di pintu masuk dengan harga RM35.00. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan pemegang pas OKU masuk percuma. Untuk maklumat lanjut tentang sambutan seni, gaya hidup, budaya, dan automotif ini, layari laman web AOS 2024 atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim