Apresiasi Seni Klasik, UNIQLO UT Tampilkan Koleksi Kolaborasi Bersama Museum of Modern Art

Share

Buat peminat jenama asal Jepun ini, koleksi kemeja-T mereka yang dikenali dengan nama UNIQLO UT merupakan seleksi yang cukup dinantikan. Saban tahun bukan sahaja koleksi eksklusif dari jenamanya sendiri malah kolaborasi dengan beberapa artis, animasi, jenama serta pereka seni sentiasa menjadi rebutan.

Terbaru, Uniqlo memperkenalkan koleksi UNIQLO UT kolaborasi bersama The Museum of Modern Art (MoMA). Kolaborasi bersama muzium seni moden yang terletak di New York ini merupakan antara yang sentiasa dinantikan ramai. Malah sebelum ini sudah banyak jenama menampilkan koleksi dengan mereka.

Untuk koleksi kapsul ini, ia menampilkan t-shirt bersama hasil seni agung yang cukup dikenali ramai. Di antaranya ialah kemeja-T dengan cetakan dari lukisan Vincent Van Gogh (The Starry Night), Claude Monet (Water Lillies), Piet Mondrian (Composition No. II, With Red and Blue’ serta Salvador Dali (The Persistence of Memory).

Selain koleksi kemeja-T, variasi pilihan sweatshirt juga turut diperkenalkan pada kali ini. Menurut mereka, objektif pengenalan koleksi UNOQLO dan MoMA ini adalah memberi peluang untuk orang ramai memiliki serta menghargai karya seni hebat dengan konsep ‘Art For All’.

Ia juga bagi meraikan hasil seni moden yang terdapat dalam koleksi MoMA. Koleksi ini bakal dilancarkan di pasaran bermula pada 14 Febrauri 2022 menerusi outlet Uniqlo seluruh negara dan juga di laman sesawang rasmi mereka.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini dan juga channel YouTube untuk video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim