Dalam dunia pembikinan peranti pintar, nama Apple pasti akan sentiasa berada di senarai paling atas. Saban tahun ada sahaja teknologi dan inovasi baharu diperkenalkan. Namun kadangkala peranti mereka juga tidak terlepas pandang daripada berlakunya sedikit masalah.
Selepas bulan lalu mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan AirPods Pro bermasalah kepada yang baharu, terbaru Apple mengumumkan program pelanggan yang hampir sama terhadap pemilik iPhone 11 yang ada masalah skrin sesentuh.
Menurut kenyataan yang dipetik daripada laman sesawang mereka bertarikh 4 Disember 2020, mereka mengumumkan program dipanggil ‘iPhone 11 Display Module Replacement Program Touch Issues’. Kenyataan tersebut mengatakan bahawa mereka mendapati terdapat peratusan kecil iPhone 11 berdepan masalah paparan skrin yang tidak memberikan respons kepada sentuhan.
Ia dikatakan berpunca daripada isu masalah modul paparan. iPhone 11 yang mungkin bermasalah merupakan yang dikeluarkan di antara bulan November 2019 dan Mei 2020.
Jika pemilik iPhone 11 berdepan dengan isu ini, Apple meminta agar mereka memeriksa nombor siri dengan di laman sesawangnya di sini. Andai kata benar, maka Apple atau Apple Authorized Service akan memberikan servis secara percuma.
Manakala jika anda percaya bahawa telefon anda berdepan isu sama tapi telah melakukan pembaikan, anda boleh meminta jumlah ganti yang sama. Namun jika telefon anda berdepan kerosakan lain seperti keretakan skrin maka anda perlu baiki masalah tersebut terlebih dahului sebelum layak memohon.
BACA: Telefon Pintar 5G & Beberapa Perkara Hebat Yang Boleh Dilakukannya
Buat yang memiliki iPhone 11 dan merasakan telefon anda bermsalah bolehlah periksa sama ada anda layak untuk menuntut program diperkenalkan Apple ini.
Ikuti YouTube MASKULIN untuk update tentang gaya hidup lelaki terkini.