Awal pagi hari ini (waktu Malaysia) acara yang dinantikan oleh ramai penggemar teknologi dan peranti terutamanya peminat Apple telah berlangsung di Steve Jobs Theater, California.
Kebiasaannya menerusi Apple Event mereka akan perkenalkan peranti baru seperti iPhone, iMacs atau iPad tapi tidak kali ini. Sebaliknya mereka telah mengumumkan barisan produk yang berkait rapat dengan servis bertaraf dunia.
Dalam beberapa bulan sebelum ini telah tersebar ura-ura bahawa Apple akan memperkenalkan platform streaming mereka sendiri untuk pelbagai kandungan drama bersiri dan filem. Dan menerusi acara ini ia telah menjadi satu kenyataan. Jom ikuti apakah produk terbaru yang dikatakan bakal mengubah dan memberikan saingan sengit dalam lanskap servis digital peringkat global.
APPLE TV+
Ini antara brain-child Apple yang paling mendapat perhatian ramai. Apple TV+ merupakan sebuah saluran streaming di mana pelbagai content berbentuk TV dan filem akan dimuatkan. Dalam erti kata lain mereka bakal menjadi saingan utama kepada saluran streaming seperti Netflix dan Hulu. Ia juga akan memuatkan pelbagai original content yang eksklusif didapati hanya di applikasi Apple TV.
BACA: Cara Set Up Face ID atau Touch ID Untuk Lock WhatsApp Buat Pengguna iPhone
APPLE ARCADE
Ini merupakan kesinambungan daripada App Store di mana ia lebih memberi fokus kepada produk-produk gaming lebih premium dan berbayar. Kesemua produk permainan video premium ini akan dipindahkan ke Apple Arcade. Perlu diingatkan bahawa ini bhukanlah platform penstriman untuk gaming tetapi bakal mengandungi lebih 100 permainan video berkualiti tinggi yang akan dikeluarkan pada tahun ini.
APPLE CARD
Siapa sangka Apple akan turut melebarkan sayap perniagaan mereka ke dalam bidang kewangan kredit. Dengan Appale pay yang telah diperkenalkan beberapa tahun lalu, kini tiba giliran Apple Card mengambil alih dalam segmen baru. Ia menawarkan pendaftaran secara online, sokongan berdasarkan aplikasi dan memudahkan pengguna Apple mengoptimumkan penggunaan peranti mereka untuk sebarang pembelian. Kerjasama Apple bersama Goldman Sachs dan MasterCard menyaksikan projek ini menjadi realiti.
APPLE NEWS PLUS
Bertindak sebagai extension kepada Apple News, ia merupakan servis langganan untuk majalah dan surat khabar. Ia bakal menawarkan lebih 300 majalah dan surat kahabar pelbagai kategori dan membenarkan pengguna turut mengaplikasikan Family Sharing. Apple News Plus bakal diperkenalkan pada penghujung tahun ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI