Jenama Apple kini dianggap sebagai salah sebuah jenama yang paling dikenali di seluruh dunia. Namun apa yang tergambar di minda kita bila disebut tentang syarikat gergasi ini ialah barisan peranti pintar yang dihasilkan mereka.

Sebut sahaja iPhone, iMac, MacBook, Apple Watch, iPad dan segala macam produk serta servis digital kepada pengguna. Ia sememangnya menjadi pemain utama dalam skoop atau industri tersebut. Tapi pernahkah anda terbayang bahawa Apple bakal berjinak-jinak dalam dunia automotif dan menghasilkan kereta?

Spekulasi ini bukanlah perhara baru kerana ia sudah lama bertiup kencang. Khabar angin mengatakan Apple sedang giat membangunkan kenderaan pintar mampu melakukan pemanduan bebas atau self-driving kini semakin menjadi kenyataan.

Sebagai bagai laoran Reuters baru-baru ini mengatakan Apple merancang mengeluarkan kenderaan berpenumpang menjelang tahun 2024.

BACA: Wak Doyok Bikin Ford Raptor F-150, Tak Sanggup Bawa Keluar Bila Hujan Sebab Sayang

Cakap-cakap mengenai cita-cota Apple ingin menembusi pasaran auto kini bertiup sudah lima tahun lamanya. Pada April 2017, Apple berjaya mendapatkan permit daripada California Department of Motor Vehicles untuk melakukan ujian kenderaan self-driving.

Ads

Menurut seorang pakar analisis. Morgan Stanley, pengenalan kereta atau kenderaan Apple ke dalam pasaran mampu menjadi sebuah acara yang mentransformasikan indsutri automotif di peringkat global. Seperti mana yang pernah dilakukan oelh iPhone di dalam industri telefon pintar dan teknologi komunikasi.

Apple Car, Apa Yang Kita Ketahui Setakat Ini 
Foto hiasan: Lakaran konsep

Walaupun begitu, Apple dilihat masih mendiamkan diri dan tidak terlalu menonjol dengan projek luar biasa mereka ini. Malah mereka enggan mengulas lanjut atau memberi komen panjang lebar tentang perkembangan terbaru ini kepada pihak media.

APLLE CAR? KENAPA TIDAK!

Kenderaan elektrik atau EV kini menjadi salah satu fokus utama pembikin automotif global. Tahun lalu menyaksikan harga pasaran saham pembikin EV meningkat dengan cukup positif berbanding kebanyakan bisnes lain yang berdepan kesukaran akibat penularan pandemik masa kini.

Ads

Namun ada ramai pakar dan penganalisis juga berpendapat Apple bakal melakukan kerjasama dengan satu atau beberapa pengeluar kereta untuk membangunkan kenderaan mereka. Sebelum ini mereka telah dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Hyundai dan beberapa pengeluar lain.

Penganalisis berpengaruh Apple, Ming-Chi Kuo pula berpendapat kereta Apple yang diperkenalkan nanti bakal menjadi fokus utama produk mereka. Apatah lagi Apple dijangka menawarkan integrasu perkkasan, perisian dan servis yang jauh lebih baik berbanding pesaing.

Adakah kita bakal menyaksikan Apple Car di atas jalan raya dalam masa terdekat? Apa yang pasti harganya pasti cukup premium dan menjadi kegilaan buat peminat setia ekosistem peranti pitar Apple.

Ads

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti temu bual bersama Wak Doyok dan kereta gempaknya di bawah!

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI