Apple Watch Series 10 adalah antara jam tangan pintar baharu Apple menerima ciri mengesan apnea tidur.
Ciri apnea tidur ini membantu pengguna mempunyai kesedaran akan masalah ketika tidur.
BACA: Panduan Bulanan Cara Turunkan Berat Badan & Naikkan Otot Sepanjang 2025
Jika sebelum ini, ciri mengesan apnea tidur ini tidak boleh digunakan Di Malaysia walaupun Apple Watch Series 10 telah dilancarkan sejak tahun lepas dan dijual di Malaysia sebulan selepasnya.
Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di bawah KKM telah meluluskan ciri mengesan apnea untuk Apple Watch. Ciri ini akan diaktifkan pada jam-jam Apple Watch Series 9, Apple Watch Series 10 dan Apple Watch Ultra 2.
Cuma, buat masa ini masih tidak pasti versi watchOS 11 mana yang akan diedarkan untuk mengaktifkan ciri ini.
Ciri mengesan apnea tidur adalah satu ciri perisian perubatan, yang mengesan masalah pernafasan pengguna ketika tidur. Ia menggunakan metrik Breathing Disturbances atau BD. Ia turut boleh mengesan masalah tersedak atau tercekik, kerap terjaga, letih sepanjang masa, mengantuk pada waktu siang, sakit kepala pagi atau juga mengesan keadaan mood yang tidak stabil.
Secara rasminya, MDA telah memberi kelulusan pada 2 Januari 2025 dan menyatakan bahawa ciri ini dikhaskan untuk orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas yang belum pernah didiagnosis dengan apnea tidur.