Di kalangan pengikut pelbagai kandungan dari Nu Ideaktiv pastinya semakin mesra dengan aplikasi seeNi dan juga portal komuniti, KliiK.
Semalam, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat tempatan yang terkenal dengan inovasi digitalnya, secara rasmi melancarkan dua produk digital terbarunya, aplikasi seeNi dan portal Kliik.
Majlis pelancaran berlangsung di Hall 7, Kuala Lumpur Convention Centre ini disempurnakan oleh Naib Presiden Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), YBhg Datuk Fadzli Abdul Wahit.
Kehadiran tetamu-tetamu industri, pemimpin politik, dan media menjadikan pelancaran ini sebagai tanda langkah besar ke arah transformasi digital yang lebih inklusif untuk rakyat Malaysia.
Aplikasi seeNi merupakan SuperApp yang dibangunkan oleh Nu Ideaktiv dengan misi untuk mengubah cara rakyat Malaysia menikmati kandungan digital.
Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Fahim
Ia menggabungkan pelbagai bentuk kandungan seperti artikel, video, podcast, dan siri original seperti WTH Podcast.
Apa yang menjadikan seeNi unik ialah pengguna bukan sahaja dapat mengakses kandungan secara percuma, tetapi juga berpeluang menjadi pencipta kandungan.
Mereka dapat menjana pendapatan menerusi aplikasi ini, menjadikannya platform yang menyokong ekonomi kreatif tempatan.
Ads
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menikmati pengalaman interaktif seperti memberikan tanda suka, mengulas, dan berkongsi kandungan. T
ambahan pula, aplikasi seeNi menawarkan akses kepada jenama-jenama media terkemuka seperti Sinar Harian, Astro Awani, Amanz, serta Kita Family Podcast, memberikan variasi pilihan kandungan yang berkualiti kepada pengguna.
Di samping itu, seeNi turut membuka ruang kepada pencipta kandungan terkenal seperti Hazeman Huzair dan Suhaib Henshin untuk berkarya.
Ini menunjukkan bahawa aplikasi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, tetapi juga menyediakan platform bagi pencipta kandungan tempatan untuk mengembangkan kreativiti mereka.
“seeNi adalah SuperApps yang dibangunkan oleh syarikat lokal untuk lokal,” jelas Nu Ideaktiv dalam siaran media mereka.
Ads
Selain seeNi, portal Kliik turut dilancarkan sebagai platform interaktif berasaskan komuniti. Portal ini bertujuan untuk mencipta keterujaan dalam kalangan pengguna dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan, sampel percuma, seminar, dan webinar.
Pengguna boleh mendaftar di Kliik untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan dengan memilih tugasan dan cabaran yang sesuai dengan minat mereka.
Melalui kombinasi dua platform ini, Nu Ideaktiv jelas berhasrat untuk memperkasa pengguna dengan lebih banyak pilihan dan peluang dalam ekosistem digital.
Inisiatif ini turut diharap dapat meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia, selari dengan hasrat negara untuk mencapai ekonomi digital yang lebih mapan.
Ads
Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Fahim, “Pelancaran ini adalah langkah awal yang mengujakan dalam usaha Ideaktiv untuk membentuk masa depan digital negara.”
Dengan aplikasi seeNi dan portal Kliik, rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak akses kepada kandungan yang mendidik, menghiburkan, dan bermanfaat.
Ideaktiv tidak sekadar menyumbang kepada peningkatan kualiti hiburan dan pendidikan, tetapi juga membantu membina komuniti yang lebih interaktif dan berdaya saing di peringkat digital.
Pelancaran kedua-dua platform ini sekali gus menunjukkan komitmen Nu Ideaktiv dalam terus berinovasi dan menyediakan pengalaman digital yang lebih baik untuk semua.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketibaan tahun baru sentiasa membawa sinar harapan dan peluang untuk memperbaiki diri, menggapai impian dan melangkah maju dengan semangat yang segar.
Tahun baru bukan sekadar satu perubahan kalendar, ia adalah peluang untuk kita mendefinisikan semula matlamat dan melangkah dengan lebih berani dalam kehidupan.
Ia adalah masa yang ideal untuk bermuhasabah serta menetapkan azam baharu.
Tetapkan Matlamat yang Jelas
Tahun baru adalah masa terbaik untuk menetapkan matlamat yang ingin dicapai.
Foto : Longan Garage Studio
Sama ada matlamat besar atau kecil, pastikan ia spesifik dan realistik.
Sebagai contoh, jika anda ingin meningkatkan kesihatan, tetapkan sasaran seperti berjalan 10,000 langkah sehari atau menambah pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian.
Lepaskan Tabiat Lama yang Tidak Membantu
Foto : MStar
Mulakan tahun baru dengan meninggalkan tabiat yang kurang memberi manfaat.
Ini termasuk menangguhkan kerja atau mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.
Gantikan tabiat tersebut dengan amalan yang lebih positif, seperti membaca buku sebelum tidur atau memulakan rutin senaman yang konsisten.
Perubahan kecil ini boleh membawa impak besar kepada kesejahteraan anda.
Perkukuh Hubungan dengan Orang Tersayang
Tahun baru juga adalah peluang untuk mempererat hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Foto : Kumparan
Luangkan masa berkualiti bersama mereka dengan bercakap, berkongsi cerita atau merancang aktiviti menarik.
Hubungan yang kukuh dengan orang tersayang dapat memberikan sokongan emosi yang amat berharga dalam kehidupan.
Tingkatkan Diri Melalui Pembelajaran Baharu
Ambil peluang tahun baru ini untuk menambah ilmu dan kemahiran.
Sama ada melalui kursus dalam talian, membaca buku atau mencuba hobi baru, setiap usaha ke arah perkembangan diri membantu anda menjadi individu yang lebih baik.
Jangan takut untuk mencabar diri anda keluar dari zon selesa demi mencapai potensi maksimum.
Tahun baru adalah permulaan baharu yang penuh dengan harapan dan peluang.
Dengan menetapkan matlamat yang jelas, meninggalkan tabiat lama yang tidak bermanfaat dan fokus kepada pembangunan diri, anda dapat mencipta tahun yang lebih bermakna dan produktif.
Jadikan setiap hari sebagai langkah kecil menuju kejayaan yang lebih besar.
Selamat menyambut tahun baru, dan semoga segala impian anda menjadi kenyataan!
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
@maskulinmyTidak dapat berjumpa dengan keluarga yang sedang nazak adalah satu perkara yang sangat menyedihkan lagi-lagi apabila orang itu adalah ibu anda sendiri. Itulah antara pengalaman pahit pekerja-pekerja di offshore perlu lalui. #Maskulin #WhosYourBro #GentleCakap #Offshore♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sudah lama single tetapi tidak tahu bilakah masa sesuai untuk memulakan temu janji pertama. Sibuk dengan urusan kerja serta kuliah menjadikan anda seorang saja yang tidak berteman di kalangan rakan-rakan sekeliling. Apa kata pilih hujung minggu ini untuk bertemu dengan si dia yang telah lama memberi respon ‘Yes’ untuk bertemu.
1. Lokasi
Pilih lokasi yang selesa dan kondusif untuk memberi ruang perbualan yang menarik. Meskipun menonton wayang sangat popular tetapi ia agak ketinggalan zaman. Apalah sangat mengajak si dia menonton wayang dengan memerhati skrin tanpa sebarang bicara. Ia agak bosan untuk kali pertama dan jika dibandingkan, berbual di kafe berdekatan adalah lebih baik.
2. Tunjukkan anda seorang pemurah.
Walaupun si dia mahu membayar ‘konon-konon belanja’ kerana anda sudi mengajaknya keluar. Ingat bahawa ia idea anda untuk mengajak teman anda keluar. Buat masa sekarang, elak bayar asing dan belanja si dia dengan ikhlas. Tidak perlu mahal-mahal. Semampunya anda.
3. Sedap Mata Memandang
Biarpun anda bukanlah seorang fashionable, berpakaian dan berpenampilan biarlah berpada-pada dan kena pada tempat. Anda tidak perlu mengenakan sut atau tali leher seperti siri di dalam televisyen. Memadai anda memakai pakaian yang selesa dan tidak ketinggalan zaman. Pilihan selamat adalah seluar jeans dan baju t yang kemas serta kasut yang bersih.
4. Jangan Lambat
Tepati janji kerana ia melambangkan sikap anda. Memandangkan ini adalah temu janji pertama kali bersama si dia, jangan tukarkan impian indah menjadi mimpi buruk buat anda berdua. Lebih baik sampai awal daripada membiarkan si dia menanti anda.
5. Jadi pendengar yang baik.
Tanyakan soalan yang membina dan bukannya soalan yang menampakkan anda tidak tahu perkembangan semasa. Dengar dan senyum boleh membuatkan anda kelihatan seperti seorang lelaki yang cool.
6. Jangan Berat Mulut Memuji
Wanita gemarkan pujian. Mulakan satu pujian yang tidak melampau untuk memberi rasa keselesaan pada diri masing-masing. Kadang-kadang, pujian memberi idea untuk topik yang anda mahu mulakan. Elak memuji banyak kali setiap kali berborak kerana nanti kedengaran seperti berbaur seksual.
7. Follow up.
Lupakan hari-hari sebelumnya dan lihat hari-hari mendatang. Cipta hari mendatang dengan lebih menarik untuk menghasilkan perhubungan yang kekal. Jangan jadikan first date anda menjadi the last date buat si dia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dapat dinafikan Piala Dunia 2022 yang berlangsung kini merupakan antara edisi yang paling dramatik. Pasukan-pasukan dari Asia terutamanya telah membuktikan mereka mampu menewaskan lawan yang lebih gah dari Eropah dan juga Amerika Selatan.
Sebagai contoh pasukan Jepun yang menumpaskan gergasi bola sepak yang juga bekas juara dunia iaitu Jerman dan Sepanyol. Mereka mencatatkan sejarah tersendiri dengan kemenangan tersebut yang turut menyaksikan Jepun layak ke pusingan kalah mati.
Namun perjalanan mereka di Piala Dunia 2022 terhenti selepas perlawanan menentang Croatia semalam berpihak kepada pihak lawan. Jepun berjaya mengheret finalis pada tahun 2018 hingga ke penentuan sepakan penalti.
Foto: Getty Image
Nasib tak menyebelahi mereka apabila tewas dengan penentuan penalti 3 gol berbalas 1. Walaupun berdepan dengan kekalahan yang cukup menghampakan namun Jepun terus menonjolkan sifat disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.
Terbaru telah tular di mana skuad Samurai Biru tersebut meninggalkan bilik persalinan di Stadium Al Janoub dengan momen yang cukup menarik. Selain keadaan bilik persalinan yang sangat bersih pasukan Jepun turut meninggalkan nota terima kasih berserta origami istimewa sebagai hadiah kepada penganjur.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mereka melakukan perkara yang cukup menyentuh perasaan ini. Selepas kemenangan menentang Jerman juga mereka turut meninggalkan nota yang lebih kurang sama.
Manakala dalam nota ucapan terima kasih terbaru ini ditulis dalam bahasa Arab dan Jepun ditinggalkan di bilik persalinan stadium tersebut. Walaupun kalah, pasukan Jepun telah memenangi hati ramai peminat bolasepak seantero dunia.
Tahniah Jepun. Anda membanggakan Asia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.