Nampaknya semua dah buntu dan tidak tahu buat apa kan? Apa kata download apps sekurang-kurangnya ada aktiviti yang dibuat dan boleh keluarkan peluh anda.
Apps ini di beri nama HomeCourt di mana anda perlu berlatih seperti atelit dengan menggunakan peralatan secara virtual reality (VR).
Anda boleh bermain sorang diri ataupun secara duo (bersama rakan) untuk mencabar diri dari tugasan yang diberi.
Malah, ia juga bagus untuk bersenam dan keluarkan peluh anda di rumah. Terdapat banyak step antaranya seperti Shuttle Run, Lane Agility, Split Step Reaction dan Agility Herdles.
1. Pada awalnya anda akan diberi pilihan sama ada anda ingin membuat latihan vertical tanpa bola ataupun peralatan, Ball-handelling (apa yang diperlukan adalah bola) dan shooting (memerlukan bola dan jaring).
2. Masukan maklumat seperti Nama dan email, kemudian anda perlu masukan ketinggian anda.
3. Kemudian anda perlu menagkap gambar full body anda dan ikut arahan seterusnya.
Namun aplikasi ini hanya boleh di download oleh pengguna iPhone sahaja. Bagi pengguna iPhone, bolehlah dapatkannya di App Store dan cubalah sendiri.
Sumber: Syahirah Mahiyud-Din