
Senaman push dan pull adalah dua jenis latihan yang berbeza yang memberi tumpuan kepada kumpulan otot yang berbeza dalam badan. Ini adalah kaedah pembahagian senaman yang biasa digunakan untuk melatih otot-otot dengan lebih berkesan. Berikut adalah penerangan mengenai senaman push dan pull.
Senaman Push (Tolak)
Senaman push memberi tumpuan kepada gerakan yang melibatkan daya tolakan atau dorongan. Ia membabitkan otot-otot yang digunakan untuk menolak beban atau menghentak sesuatu daripada badan anda.
Contoh senaman push termasuk:
Bench press: Menolak barbell atau dumbbell dari dada anda.
Push-up (Tekan tubi): Mengangkat badan daripada lantai dengan daya tolakan tangan.
Leg press: Menolak plat berat dengan kaki.
Shoulder press: Mengangkat beban di atas kepala.
Senaman Pull (Tarik)
Senaman pull memberi tumpuan kepada gerakan yang melibatkan daya tarikan atau menarik sesuatu ke arah badan anda. Ia melibatkan otot-otot yang digunakan untuk menarik atau mengecutkan sesuatu kepada anda.
Contoh senaman pull termasuk:
Lat pulldown: Menarik bar atau tali ke bawah ke bahagian atas dada.
Pull-up: Menarik diri ke atas palang.
Rows: Menarik barbell atau dumbbell ke arah badan, seperti bent-over rows atau seated rows.
Bicep curls: Menarik beban ke atas dengan otot bisep.
Pembahagian senaman push dan pull membantu dalam mengimbangi pembangunan otot badan anda dan mengurangkan risiko kecederaan. Ini juga membolehkan otot-otot yang digunakan dalam setiap jenis gerakan mendapat pemulihan yang mencukupi sebelum digunakan semula. Anda boleh menggabungkan senaman push dan pull dalam rutin latihan anda untuk mencapai keseimbangan keseluruhan dalam pembinaan otot dan memaksimumkan hasil latihan anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dibuli Ketika Sekolah, Adli Goldenboy Kunci Mulut Pembuli Dengan Kemenangan Tinju

“Tinju ini bukan sekadar sukan. Tinju ini merupakan kehidupan,” demikian kata-kata petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy.
Adli Goldenboy tampil sebagai MASKULIN Man of The Moment edisi Mei 2024, Adli berkongsi kisah disebalik penglibatannya di dalam dunia sukan tinju itu.

Jejaka yang berasal dari Johor ini sememangnya aktif dalam aktiviti sukan sejak di bangku sekolah lagi, namun hanya menemui minat dalam sukan tinju ketika berusia 15 tahun.
Pada mulanya, Adli menyertai kelab tinju atas dasar suka-suka kerana kagum dengan susuk tubuh yang dimiliki oleh petinju-petinju profesional.
Siapa sangka, penyertaannya itu mencuri perhatian jurulatih yang menyedari ternyata Adli mempunyai potensi yang boleh dicungkil.
Ibu Bapa Menentang 100%
Namun untuk terus terjun ke sukan itu bukan semudah itu memandangkan Adli masih bersekolah.
Seperti kebanyakan orang, Adli juga mempunyai ibu bapa yang mempunyai pendirian tegas terhadap pelajaran.
Menurut Adli, ibu bapanya menentang keras hasratnya itu, apatah lagi Adli sememangnya banyak ketinggalan pelajaran gara-gara aktiviti sukan.
Lebih-lebih lagi, Adli dikelilingi oleh saudara-mara sebayanya yang cemerlang dalam pelajaran.

“Pada waktu itu ayah memang marah. Tapi bila saya menang satu pertandingan tinju pada usia saya 18 tahun, ibarat hidup saya berubah 360 darjah,” ceritanya ketika ditemu bual MASKULIN.
Selepas kemenangan itu, Adli menerima tawaran memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan turut menerima elaun dari Majlis Sukan Negeri.
Katanya, perkara itu sedikti sebanyak meringankan beban keluarga yang akhirnya menyokong minat Adli itu.
Kemenangan Diumum, Mulut Pembuli Terkunci
Apa yang membuatkan Adli mempunyai keazaman tinggi untuk mempelajari tinju ialah kerana pengalaman pahitnya sebagai mangsa buli di sekolah.
Ujar Adli, dia tekad mahu mempunyai kebolehan mempertahankan diri kerana enggan menjadi sasaran pembuli lagi.
Dia juga masih ingat saat kemenangannya dalam pertandingan tinju peringkat negeri diumumkan di sekolah.
Katanya, pengumuman itu membuatkan banyak mulut terkunci kerana terkejut, termasuklah pembulinya.
“Pada ketika itu saya mula peroleh rasa hormat. Jadi saya mula minat dan cinta sukan itu, di mana saya mencapai matlamat saya iaitu tidak mahu dibuli di sekolah”.
Hampir Bersara Pada 2017
Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 menjadi salah satu detik hitam dalam sejarah kerjaya sukan Adli, sehingga dia hampir mahu bersara pada tahun itu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli tewas dalam masa 30 saat ketika berentap dengan petinju dari Filipina, John Marvin di peringkat akhir.

Ketika itu, pengadil menghentikan pertarungan disebabkan Adli tidak stabil akibat ditumbuk pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia.
Kekalahannya di temasya itu membuatkannya menerima kritikan teruk sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya tidak lihat komen-komen tersebut sehingga ke hari ini. Waktu itu ibarat dunia saya gelap sekejap.
“Terus terang cakap, memang saya tak boleh terima pada masa itu. Saya dah ambil keputusan mahu bersara pada waktu itu,” katanya.
Bagaimanapun, hasrat itu terbantut tatkala Adli melihat betapa besarnya sokongan dari keluarga dan ibu bapa yang enggan meilhatnya berputus asa.
Adli akur, lalu mengambil tempoh kira-kira setahun untuk memulihkan semangatnya dan bangkit bertarung semula di gelanggang.
“Sehingga hari ini Alhamdulillah, saya telah berjaya membawa balik lima kejuaraan. 13 kemenangan, satu tewas hasil daripada kekecawaan saya tujuh tahun lalu itu”.
Beri Kemenangan Pada Isteri, Hanya Mahu Tunai Hasrat Masa Kecil
Selain ibunya, Adli memberitahu yang isterinya merupakan insan yang banyak berkorban dalam menyokong kerjaya sukannya.
Adli terkenang saat dia tidak dapat bersama isterinya yang sedang mengandung tiga bulan kerana perlu menjalani latihan selama empat bulan di Kazakhstan.
Sepanjang tempoh itu, isterinya perlu berdikari menguruskan keperluan diri termasuklah menghadiri janji temu pemeriksaan doktor.
“Apa yang saya janjikan dekat dia, apabila saya pulang dengan kejayaan, kejayaan itu 100 peratus saya beri kepada dia
“Saya tidak ambil satu pun. Ini sekadar amanah merealisasikan impian masa kacil saya untuk mewakili negara,” kongsinya lagi.
Sehingga ke hari ini, isterinya sentiasa teruja menantikan pertarungan yang akan disertai Adli.
Untuk mengenal Adli Goldenboy dengan lebih lanjut, tonton MASKULIN Man of The Moment edisi May 2024 di saluran YouTube Maskulin.
BACA: Impian Setinggi Angkasa, Anak Malaysia Buktikan Idea ‘Gila’ Sebenarnya Tidak Gila
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Mari Bersenam Guna Dumbbell Seperti Atlet Profesional, Ini Beberapa Jenis Teknik Mantap

Percaya atau tidak sepanjang pandemik ini yang telah berlarutan lebih setahun menyaksikan lebih ramai orang terutamanya lelaki mengambil langkah selamat dengan bersenam di rumah.
Dan alat bantu senaman yang paling popular digunakan tidak lain tidak bukan ialah dumbbell. Akan tetapi sejauh manakah skil senaman menggunakan dumbbell yang anda tahu? Adakah hanya menggunakan motion ‘angkat dan turun’ yang basic semata?
Besar kemungkinan itulah yang dilakukan oleh ramai di antara anda. Mungkin bagi anda jumlah angkatan itu yang penting. Namun tahulah anda atlet kecergasan profesional menggunakan dumbbell dalam pelbagai bentuk teknik senaman.
Variasikan bentuk senaman menggunakan dumbbell agar senaman tidaklah menjadi terlalu bosan. Tidak lupa ia juga memberikan hasil yang sedikit berbeza kerana tumpuan otot berbeza pada badan.

Kali ini MASKULIN paoasrkan senaman 20 minit bahagian dua iaitu ‘muscular endurance’. Muscular endurance merupakan kebolehan otot atau kumpulan otot untuk melakukan senaman dalam masa yang lama.
Senaman dalam masa yang singkat perlu melibatkan keseluruhan tubuh badan dan otot-otot utama seperti deltoid, quadriceps, hamstring, pectoralis major, latissimus dorsi. Ini kerana menggerakkan otot utama dalam masa yang sama otot kecil juga akan terlibat. Masa rehat di antara set atau senaman perlulah dikurangkan pada 30 saat.
Lakukan senaman ini dengan pengulangan di antara 15 hingga 30 kali. Matlamat atau fokus utama adalah melakukan senaman yang melibatkan keseluruhan tubuh badan dengan meningkatkan tahap intensiti menggunakan beban seperti dumbbell.
1. Jumping Lunges With Dumbbell
- Senaman Lunges kali ini hanya menambah bebanan dengan menggunakan dumbbell dan sedikit lompatan
- Pastikan anda lakukan dengan bebanan dumbbell yang ringan kepada yang berat mengikut kebolehan. Anda tidak boleh melompat sekiranya beban dumbbell terlalu berat dan pergerakan ( range of motion) anda akan terbatas
- Mulakan dengan satu langkah ke hadapan, dumbbell sentiasa di sisi dan bengkokkan kaki kedudukan 90 darjah kemudian tolak kaki anda ke posisi permulaan dan tukar kaki sebelah
2. Reverse Woodchop
- Senaman ini menggerakkan otot abdominal, hamstring serta shoulder.
- Mulakan senaman dengan berdiri tegak dengan memegang satu dumbbell dan letak di sisi kaki.
- Pastikan dada anda tegak ke hadapan, bengkokkan sedikit kaki seperti posisi partial squat dan mulakan pergerakan dari sisi silang ke arah atas bahu
3. Spell Caster
- Fungsi utama senaman ini adalah untuk menggerakkan otot abdominals
- Berdiri dengan kaki anda dibuka lebih lebar daripada bahu anda
- Pegang dumbbell dengan meletakkan di sisi kaki kanan dan mulakan pergerakan dengan menarik dumbbell ke hadapan dan ke sisi kaki kiri
- Pastikan tangan anda tegak dan selari dengan lantai. Gerakkan torso anda dengan menghayun (swing) dari kanan ke kiri
4. Dumbbell Jumping Squat
- Senaman ini lebih efektif untuk membina otot glutes, hamstrings, calves
- Pegang dumbbell dan berdiri dalam keadaan tegak dengan dumbbell menghala sisi kaki anda
- Pastikan kaki anda dibuka selebar bahu dan sentiasa memandang ke hadapan
- Mulakan pergerakan daripada posisi squat dan melompat ke udara
- Semasa anda mendarat, lakukan dengan menyerap ‘absorb’ hentakkan untuk mengurangkan kecederaan lutut
Semoga perkongsian teknik-teknik mantap menggunakan dumbbell di atas boleh memberikan lebih banyak variasi dan keseronokkan untuk anda terus bersenam.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tiroid Boleh Serang Anda Jika Kerap Makan Makanan Ini

Tiroid merupakan kelenjar berbentuk kupu-kupu kecil di bahagian dalam depan leher anda. Ia mengawal hormon dan metabolisme anda. Masalah yang paling umum adalah hipotiroidisme, dimana tiroid ini tidak aktif yang membawa kepada keletihan yang melampau, kemurungan, dan peningkatan berat badan. Ia juga boleh meningkatkan risiko anda untuk penyakit jantung, diabetes, dan beberapa jenis kanser.
Secara keseluruhannya anda tidak dapat mengawal hipotiroidisme dari menghampiri anda, untuk itu ramai pakar mengesyorkan berikutan pemakanan berkhasiat dan memuatkan pelbagai nutrien. Di Malaysia saja sudah ramai pesakit tiroid yang memiliki sakit ini tanpa disedari. Ini berikutan kerana makanan yang anda makan itu tidak sihat dan boleh mengaktifkan fungsi tiroid pada leher anda.
Brokoli
Sayur yang boleh dimakan secara rebus seperti brokoli, bayam, -sangat baik untuk anda, tetapi anda tidak boleh makan terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan tiroid . Sayuran ini mengandungi goitrogens, yang boleh memburukkan hypothyroidism, menurut Jurnal Penyelidikan Perubatan India, di dalam artikel Eat This Not That.
Lebih dinasihati adalah dengan makan kesemua jenis sayur-sayuran ini secara masak kerana Goitrogen tidak begitu aktif jika ia sudah dimasak. Goitrogen adalah bahan yang mengganggu pengeluaran hormon tiroid dengan mengganggu pengambilan iodin dalam kelenjar tiroid. Ini mencetuskan hipofisis untuk membebaskan hormon tiroid-stimulasi (TSH), yang kemudiannya menggalakkan pertumbuhan tisu tiroid, yang akhirnya menyebabkan goiter. Jadi, hati-hati apabila memilih pemakanan jenis sayur-sayuran. Dalam pada masa yang sama, elak dari makan ulam dengan kerap, kerana ia juga membantu mengaktifkan tiroid .
Pencuci mulut
Menjauhkan diri dari makan manisan seperti kek, ais krim mahupun coklat merupakan perkara yang sukar untuk dilakukan jika anda seorang ‘desert lover’. Namun, begitulah kehidupan. Makanan yang sedap dan lazat biasanya tidak mempunyai khasiat yang bagus. Ini kerana mengehadkan pengambilan gula juga boleh membantu mengurangkan keradangan yang menjadi penyebab utama penyakit kronik dalam tubuh. Banyak kajian menunjukkan keradangan mikrobiologi dalam badan anda melemahkan tindak balas imun yang akan penyebaran kanser tiroid secara berleluasa.
Roti, Pasta dan bijirin
Anda yang mempunyai penyakit Celiac tidak boleh bertolak ansur dengan gluten yang terdapat di banyak barangan bakar, pasta dan bijirin sering mempunyai tiroiditis Hashimoto, dan sebaliknya. Penyakit Hashimoto adalah autoimun di mana sistem imun anda menyerang tiroid anda. Hashimoto kini menjadi penyakit autoimun yang paling sering dimiliki oleh orang ramai, menurut kajian Mei 2017 dalam jurnal Endocrine Connections.
Makanan yang dipanaskan di Plastik
Gemar makan On The Go kan? Berfikirlah dua kali sebelum memanaskan semula mangkuk plastik makan malam yang telah anda beku itu dalam bekas yang anda beli terus dari kedai. Adalah lebih baik jika anda letakkannya di atas pinggan atau dalam mangkuk yang diperbuat daripada seramik seperti tulang china, stoneware, porselin atau tembikar kaca. Tiroid anda adalah sebahagian daripada sistem endokrin anda, dan anda boleh mengaktifkannya dengan memanaskan makanan dalam plastik. Banyak produk plastik sehari-hari, termasuk botol, makanan, dan bekas dengan BPA bertindak untuk mengktifkan fungsi endokrin yang berlaku secara semula jadi dalam badan, seperti hormon tiroid.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI