Anda tidak perlu pengalaman pakar untuk mengetahui tentang ini – seks adalah asas utama untuk sesebuah perhubungan berkekalan.
Ketika mula-mula, terlalu mudah untuk anda berdua berasa ghairah dan seksi – namun ia sedikit sebanyak boleh menjadi lebih rumit kemudian nanti.
Jika anda adalah seperti kebanyakan pasangan yang lain – anda tentu ingin menjadualkan malam temujanji untuk kembali ke alam romantik bersama.
Cuba sesuatu yang lain sudah mencukupi seperti hantar anak-anak ke rumah ibu bapa anda ketika anda ingin menikmati detik berduaan bersama.
Kehidupan dewasa sememangnya meletihkan – tekanan juga boleh sedikit sebanyak mengancam naluri seks anda.
Jangan tunggu masa yang sesuai untuk melakukannya kerana jika ia tidak bermula dari sekarang maka sampai bila pun ia tidak akan terjadi
.Ada sesuatu untuk diperkatakan tentang seks yang begitu serupa menyebabkan anda sudah boleh meneka apa yang bakal terjadi kemudian.
Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk berubah jika sesuatu rutin itu tidak menjadi – takut akan mengecilkan hati pasangan pula nanti.
Bilakah kali terakhir anda benar-benar berbual dengan pasangan anda – selain dari untuk memastikan apa untuk dimakan malam nanti
Ambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk anda berbual dari hati ke hati dengan pasangan anda
sebelum memejamkan mata.Tidak berupaya untuk berbual secara terbuka dan jujur adalah antara masalah paling utama di dalam perhubungan.
Kita lebih selesa mendengar, belajar cara yang betul, berdiam diri kerana takut untuk dihakimi ataupun melupakan sahaja mengenainya.
sumber: lelakisihat.com