Isi Kandungan
ToggleAnda tidak perlu pengalaman pakar untuk mengetahui tentang ini – seks adalah asas utama untuk sesebuah perhubungan berkekalan.
Ketika mula-mula, terlalu mudah untuk anda berdua berasa ghairah dan seksi – namun ia sedikit sebanyak boleh menjadi lebih rumit kemudian nanti.
Mahu hangatkan kembali perhubungan anda – jangan ulangi kesilapan seperti dalam senarai ini.
1. Inginkan Malam Temujanji
Jika anda adalah seperti kebanyakan pasangan yang lain – anda tentu ingin menjadualkan malam temujanji untuk kembali ke alam romantik bersama.
Cuba sesuatu yang lain sudah mencukupi seperti hantar anak-anak ke rumah ibu bapa anda ketika anda ingin menikmati detik berduaan bersama.
2. Menangguhkan Seks
Kehidupan dewasa sememangnya meletihkan – tekanan juga boleh sedikit sebanyak mengancam naluri seks anda.
Jangan tunggu masa yang sesuai untuk melakukannya kerana jika ia tidak bermula dari sekarang maka sampai bila pun ia tidak akan terjadi.
3. Menjadikan Sesuatu Itu Rutin
Ada sesuatu untuk diperkatakan tentang seks yang begitu serupa menyebabkan anda sudah boleh meneka apa yang bakal terjadi kemudian.
Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk berubah jika sesuatu rutin itu tidak menjadi – takut akan mengecilkan hati pasangan pula nanti.
4. Tidak Pedulikan Hubungan Emosi
Bilakah kali terakhir anda benar-benar berbual dengan pasangan anda – selain dari untuk memastikan apa untuk dimakan malam nanti
Ambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk anda berbual dari hati ke hati dengan pasangan anda sebelum memejamkan mata.
5. Tidak Berbual Pasal Seks
Tidak berupaya untuk berbual secara terbuka dan jujur adalah antara masalah paling utama di dalam perhubungan.
Kita lebih selesa mendengar, belajar cara yang betul, berdiam diri kerana takut untuk dihakimi ataupun melupakan sahaja mengenainya.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kajian : Gila Berselfie Tanda ‘Mental Disorder’, Terutama Yang Memudaratkan Diri
Isi Kandungan
ToggleTrend merakam gambar sendiri atau lebih dikenali sebagai ‘Selfie’ kini menjadi ikutan ramai di kalangan masyarakat kita. Trend ini kian popular terutamanya pada pengguna telefon pintar yang mempunyai kemudahan Internet. Malah, golongan lelaki juga tidak ketinggalan tergolong dalam trend ini. Golongan ini selalunya gemar memuat naik gambar mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.
Ada juga golongan selfie ini yang sanggup mempertaruhkan dan gadai nyawa. Apa pun gila selfie tidaklah jadi kesalahan, asal trend ini jangan sampai makan diri.
Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.
Satu kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie
Baru-baru ini pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak amalan itu secara berlebihan hingga boleh mendatangkan kemudaratan sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang.
Namun begitu trend berselfie atau berswafoto di Malaysia belum diklasifikasikan sebagai penyakit mental kronik bagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan. Beliau yang juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, melalui kajian itu, lebih 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.
“Selfitis borderline bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial. Manakala selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya.
“Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan. Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsisistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan.
“Kita tidak pasti sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Bagaimanapun jika dilihat perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental.
Dari Sudut Pandangan Agama
Konsep sederhana, harmoni berselfie . Hari ini semua peringkat umur suka berselfie. Namun golongan remaja dan awal dewasa adalah antara yang sangat aktif dan kreatif sewaktu berselfie. Saya berpandangan hukum berselfie pada asalnya adalah harus namun ia terikat dengan syarat-syarat tertentu seperti:
1. Niat atau tujuan, sekiranya bertujuan menunjuk-nunjuk, bangga diri, takabbur maka ia adalah dilarang.
2. Mestilah menutup aurat yang sempurna, haram mendedahkan aurat walaupun dalam gambar tanpa alasan syarie adalah dilihat dari sudut niat dan keadaan diri seseorang.
3. Sopan dan bermaruah, sekiranya berselfie dengan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan atau berlatarbelakangkan aktiviti yang dilarang maka berselfie adalah dilarang.
4. Tidak menimbulkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap orang lain, khususnya latar belakang atau orang lain yang terambil gambarnya tanpa kerelaannya.
Tabiat berselfie secara sihat tiada masalah, tetapi tabiat berselfie yang tidak sihat itu yang dilarang. Justeru, niat dan tujuan sangat penting dalam melakukan suatu perkara, takwa dan jati diri menjadi asas perlakuan baik dan bermoral. Keterlaluan tanpa panduan dan batasan dalam aktiviti berselfie boleh membawa kepada kemudaratan, justeru tabiat berselfie mesti ada garis panduan dan batasan dari sudut hukum-hakam agama dan nilai moral.
Islam menekankan konsep kesederhanaan dan keharmonian. Jika ingin berselfie pastikan ia suatu yang baik dan tidak melanggar batas agama. Kita perlu ingat gambar yang dihantar dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram ia akan menjadi tatapan jutaan manusia di alam maya.
Sekiranya yang dihantar adalah yang baik, insya-ALLAH kita akan dapat pahala berganda, namun sekiranya yang dihantar itu adalah yang tidak bermoral dan bertentangan dengan batasan agama, pastinya ia akan mengundang kemarahan orang lain. Apa yang lebih bahaya adalah membawa kemarahan dan kemurkaan ALLAH yang akan menjerumuskan kita ke dalam neraka kerana dosanya juga berganda.
– Isfadiah Mohd Dasuki
Penasihat Shariah, Brainy Bunch
International Islamic Montessori
Sumber : Sinar harian online
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bersenam Dengan Kerap & Ikut Pemakanan Nutirisi Terancang, Lelaki Ini Berubah Jadi Tegap
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan membaca perjalanan kisah transformasi seseorang yang berubah menjadi lebih baik sememangnya cukup mengujakan. Tidak kiralah apa jua cabaran yang dilalui setiap kisah pasti membawa erti yang cukup besar bukan sahaja untuk mereka tetapi orang sekeliling.
Begitu juga dengan kisah seorang lelaki ini yang melakukan transformasi badannya dalam tempoh tujuh bulan.
Lelaki yang dikenali dengan nama Robin ini mula mendapat kesedaran untuk melakukan perubahan apabila mendapati lama-kelamaan badannya sudah tidak muat dengan baju yang ada di dalam almari.
Dari situ dia turut berkongsi bagaimana dirinya mula hilang keyakinan diri. Namun nasibnya berubah selepas bertemu dengan seseorang yang memiliki fizikal yang sangat baik.
“Saya berasa sangat kagum dengan bentuk badannya serta transformasi yang telah dia lalui. Itulah yang membakar semangat saya untuk mula mengikuti jejak langkahnya,” tambah Robin.
LEBIH BERSEMANGAT
Melihat transformasi individu tersebut, Robin menjadi bertambah bersemangat untuk melakukan perkara sama. Dia kemudian menyertai KMAK Fitness bagi menjalani latihan senaman serta diet pemakanan yang terancang. Tujuh bulan kemudian dia sendiri terkejut melihat hasilnya seperti sekarang.
“Pada mulanya saya memang ragu-ragu dan tak percaya boleh turunkan berat badan sehingga hampir 14kg. Tapi dengan rejim senaman dan disiplin yang tinggi saya berjaya,” ujarnya dengan penuh keterujaan.
Robin mendedahkan bahawa dia berjaya kurus dalam tempoh tujuh bulan. Tetapi hasil itu tidak datang dengan mudah. Sepanjang tempoh tujuh bulan tersebut adalah tempoh fasa mencabar dalam hidupnya. Ia bukanlah satu perkara yang mudah.
“Terutama semasa residensi, apabila saya mengambil 14 penerbangan dalam satu bulan, mengembara ke seluruh AS untuk majlis perkahwinan, perayaan dan sebagainya. Saya juga melakukan perjalanan misi pembedahan di India, mengembara bersama keluarga ke Portugal dan berpindah ke bandar baharu di Chicago – semuanya dalam masa tujuh bulan.”
PERANAN JURULATIH
Dari segi kecergasan, Robin menjelaskan dirinya banyak melakukan latihan dan senaman ada. Terdapat juga beberapa jenis senaman yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
Di KMAK Fitness peserta yang menyertai program harus merekodkan diri berapa banyak mereka bersenam dan kemudian mereka menghantarnya. Kemudian dalam tempoh 24 jam kemudian jurulatih akan membalas dan memberikan maklum balas. Interaksi seperti inilah salah satu faktor bagaimana dia berjaya melakukannya.
Dari segi pemakanan pula, variasi diet pemakanan yang disarankan oleh mereka membolehkan Robin melakukan banyak perkara seperti melancong dan mengembara.
“Saya mempunyai seseorang yang secara konsisten menyemak saya dan boleh berkata ‘Begini keadaannya, senaman tertentu akan berubah, pemakanan akan berubah’, dan itu sesuai untuk saya.”
Selepas melakukan transformasi ini, Robin akui bahawa kehidupannya turut sama berubah. Paling penting dia berasa lebih selesa dan yakin dengan kondisi diri.
Semoga kisah Robin ini boleh membakar semangat dan menjadi inspirasi untuk anda.
Kredit: Express
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Garmin Run Asia Series 2024 Bawa Inspirasi ‘From Hero To Zero’
Isi Kandungan
ToggleGarmin Run Asia Series 2024, yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini, sekali lagi menyatukan lebih 12,000 peserta yang penuh semangat untuk mencapai matlamat kesihatan mereka.
Hadir dengan tema “From Zero to Hero,” acara larian tahunan yang sangat popular ini membawa mesej yang jelas – tiada yang mustahil jika kita berusaha melangkah lebih jauh.
Ia bukan sekadar acara larian biasa tetapu merupakan cabang gaya hidup yang mendorong semua peserta untuk terus bergerak dan mencabar diri dalam mencapai impian yang lebih sihat.
Sebelum memulakan larian, para peserta disambut dengan sesi zumba yang rancak, yang bukan sahaja memanaskan badan tetapi juga mencipta aura yang penuh energi dan semangat kesukanan.
Kehadiran Alif Satar, selebriti tempatan dan duta luar Garmin, turut menambahkan kemeriahan apabila beliau sendiri turut serta dalam acara larian 10km.
Beliau bukan sahaja memberi sorakan kepada peminat, tetapi juga menjadi inspirasi untuk semua yang hadir dengan menunjukkan bahawa menjaga kesihatan adalah untuk semua peringkat umur.
Alif turut berkongsi, “Setiap tahun, saya terharu melihat komitmen rakyat Malaysia yang berusaha untuk kehidupan yang lebih sihat. Garmin Run Asia Series ini bukan sekadar larian tetapi satu platform di mana kita semua boleh bersama-sama untuk menyokong antara satu sama lain dalam mengejar impian kesihatan.”
Pelbagai Pilihan Jarak Larian
Garmin Run Asia Series 2024 menawarkan pilihan jarak 5km, 10km, dan 21km, sesuai untuk semua tahap kecergasan.
Bagi mereka yang baru bermula, 5km mungkin mencukupi untuk mencapai matlamat peribadi. Namun, untuk pelari tegar yang ingin mencabar diri, 10km dan 21km adalah pilihan yang lebih mencabar. Setiap peserta mempunyai matlamat sendiri, dan acara ini membantu mereka merealisasikannya dalam suasana yang penuh sokongan.
Apa yang menarik, Garmin bukan sahaja menyediakan platform untuk berlari tetapi turut menawarkan hadiah menarik bernilai lebih RM138,000 untuk peserta terbaik.
Lebih menarik, para peserta berpeluang memenangi jam tangan Garmin, produk aminoVital, dan barangan lain dalam cabutan bertuah.
Antara pemenang yang mendapat perhatian ialah Noor Amelia Musa, juara Kategori Terbuka Wanita 21km, yang mengungkapkan kegembiraan dapat menyertai acara profesional yang tersusun rapi. “Melintasi garisan penamat membuatkan saya berasa sangat bangga dengan diri sendiri,” kongsinya.
Inspirasi Gaya Hidup Sihat
Sebagai penaja acara, Garmin terus komited untuk menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Menurut Pengurus Negara Garmin Malaysia, Jimmy Chuang, “Kami sangat terharu melihat sambutan masyarakat Malaysia terhadap Garmin Run Asia Series. Kami berbangga dapat menyokong perjalanan setiap pelari dengan teknologi Garmin.”
Garmin Run Asia Series bukan sahaja acara sukan; ia adalah panggilan untuk kita semua mengambil langkah pertama dalam membina kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Dari peserta pemula hingga atlet berpengalaman, semuanya berkumpul dengan satu tujuan—mencapai versi terbaik diri.
BACA: Fakta Mengejutkan – Apa Sebenarnya Rambut Uban Dedahkan Tentang Kesihatan Lelaki
Bagi anda yang ingin memulakan perjalanan ke arah gaya hidup sihat, mengapa tidak pertimbangkan untuk turut serta dalam edisi tahun depan?
Siapa tahu, langkah pertama ini mungkin yang akan membawa anda dari “Zero” ke “Hero”!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI