Dari dulu lagi bila teringat pasal diet, ramai sudah biasa dengan konsep ‘Jangan Makan’, potong jumlah makanan, skip makan pagi ataupun tengahari, berlapar dan mesti sakit-sakit perut. Semua ini tidak betul dan salah dari segi kesihatan dan juga konsep diet yang sebenar.
Dalam setahun dua kebelakangan ini, konsep diet ‘Pinggan Kosong’ dah tak boleh pakai. Sekarang ada teknik diet dipersetujui pengamal perubatan moden iaitu diet ‘Pinggan Penuh’. Macam mana? Diet kini bermaksud makan sampai kenyang, tak lapar langsung tapi badan boleh jadi kurus (bagi sesetengah orang, diet cara ini dah cukup untuk mengurangkan berat badan, tak perlu lagi bersenam lama-lama kalau semata-mata mahu kurus).
1. Diet Fiber
Diet fiber maknanya makan 100% (sepinggan penuh) tapi dengan pengetahuan pemakanan sekarang, komposisi/jenis makanan terutamanya lemak diganti bahan fiber. Bila fikir pasal fiber, semua fikir pasal ‘makanan tiada zat’. Fiber yang dimaksudkan disini, fiber yang boleh diserap badan, fiber yang berkualiti seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan lain-lain.
2. Kurangkan Kalori
Topik artikel ini adalah pasal kurangkan berat badan. Memang terbukti hampir 98% orang yang berjaya menurunkan berat badan dan bertahan lama dengan hasil selepas turunkan berat badan, ialah orang yang mengambil sedikit kalori. Jadi perlu ke kurangkan makan sebab mahu hilangkan berat sedangkan asas untuk turunkan berat badan ialah ‘kurangkan kalori?’. Jadi sila makan kenyang-kenyang. Cuma kurangkan kalori sahaja.
Memang fiber tiada kalori tapi memang boleh buat you all kenyang. Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain ada banyak fiber dan mudah untuk didapati. Jadi menurunkan berat badan dan bertahan dengan berat badan ideal memang mudah, semuanya tentang beli makanan berkhasiat, menyihatkan di pasaraya/pasar, beli makanan yang berkualiti dari kedai makan, order makanan yang betul dalam menu, dan makan hanya ketika lapar sahaja (dan jangan berlapar).
Ads
3. Kenapa Diet Gagal
Rasa kenyang ialah hasil daripada mengambil jumlah berat atau jumlah makanan yang dimakan, rasa kenyang bukan disebabkan kerana makan kalori. Jika makan kalori, berat mesti nak tak kira samada dah kenyang ataupun belum. Jika idea diet anda amalkan sebab mahu makan kalori tapi dalam kuantiti yang kurang dari sebelumnya, anda mungkin tertekan, berlapar dan mungkin takkan berjaya.
Kebanyakan plan diet gagal sebab mengajar makan dalam kuantiti kurang sebaliknya bukan mengubah komposisi bahan makanan. Tingkatkan makan fiber dalam menu, dan anda akan ada kurang bahagian untuk makan makanan berkalori tinggi, yang menjadi punca anda gemuk. Senang sahaja.
Ads
4. Kebaikan Diet Makan Fiber Tinggi
Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang berfiber boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, semuanya hasil fiber, bahan antikosida, photochemical, omega 3, potassium dan kalsium terkandung dalam makanan fiber.
Juga diet sepinggan penuh dengan fiber boleh menghindarkan kanser perut, peparu, kaviti gigi dan sebagainya kerana kebanyakan fiber yang kita makan ada bahan anti-mutagen, menghalang pertumbuhan kanser akibat mutasi sel.
Diabetes? Fiber tidak mengandungi gula tepu, tambahan kebanyakan kes terjadinya diabetes dikaitkan dengan obesiti. Kehadiran fiber dalam makanan menghalang sensor deria yang memberi arahan kepada pankreas untuk mengeluarkan insulin, seterusnya gula dikurangkan oleh fiber boleh larut. Gula dalam darah bergerak perlahan dengan kehadiran fiber, memberi masa kepada pankreas menapis darah tanpa ‘overload’.
Obesiti menyebabkan anda susah bernafas, jadi dengan memakan lebih fiber bermaksud anda tidak akan gemuk, seterusnya menghindarkan diri dari masalah pernafasan, tercungap-cungap dan sebagainya berkaitan peparu, berdengkur ketika tidur ataupun masalah sukar bernafas ketika tidur (penyebab masalah sukar tidur).
Lain-lain manfaat: – mengurangkan masalah sakit ulu hati (penghadaman), heartburn, masalah usus, sengal-sengal sendi badan, keletihan. Dalam kata lain, diet sepinggan penuh fiber bermaksud hidup lebih sihat, hidup lebih lama.
Ads
5. Cara Diet Fiber Sepinggan Penuh
Langkah 1:
– Makan banyak makanan mengandungi fiber.
– Minum banyak air (6 gelas sehari).
– Berhenti makan semasa tidak lapar.
Langkah 2:
– Makan banyak lagi fiber, makan fiber sebagai pembuka hidangan.
– Cuba pelbagai jenis makanan fiber yang sedap.
– Minum lagi banyak air sehari (8-10 gelas).
Jika anda satu dalam seribu yang serius pasal diet sepinggan penuh (Serius, memang satu dalam seribu yang berminat dan berdisiplin dalam diet fiber) dengan fiber, sila ikut langkah ketiga.
Langkah 3:
– Stabilkan makan fiber (40 gram sehari)
– Beri perhatian terhadap label pada setiap produk makanan
– Kurangkan makan daging dan bahan tenusu, temasuk makanan yang tinggi kalori, tinggi lemak, kurang fiber.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kopi merupakan sejenis minuman yang paling popular untuk diminum pada pagi hari. Ini kerana kopi mengandungi kafein yang dapat membangkitkan semangat anda. Itulah sebabnya ada orang yang merasa hari mereka tidak sempurna dan tidak berfungsi jika belum minum kopi di pagi hari.
Walaupun perkara seperti ini dilihat normal, namun ternyata sebuah kajian yang dipaparkan di laman web dailymail.co.uk menyarankan agar anda tidak meminum kopi di pagi hari.
Menurut pakar, ketika di pagi hari tubuh anda mempunyai hormon cortisol yang mencukupi dan bertindak untuk membuatkan badan anda kekal cergas, aktif dan terjaga. Jadi sebenarnya badan anda telah menghasilkan ‘kafein’ secara semulajadi dan tidak perlu lagi meneguk secawan kopi atau apapun minuman yang mengandung kafein.
Ini adalah hasil penilitian dan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine. Pakar perubatan telah melakukan penelitian dan mendapati bahawa waktu paling baik untuk menikmati kopi setiap hari adalah di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi kerana kafein akan memberi tindak balas dengan hormon kortisol yang membantu tubuh bekerja lebih cergas dan aktif serta meningkatkan kewaspadaan.
Pada waktu pagi, minuman kopi anda mungkin berguna dan mempunyai kesan efektif jika dinikmati di antara pukul 9.30 dan 11.30 pagi.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tidak mengenali figura ini? Lantunan suara yang acapkali menghanyut perasaan pendengar ini tampil dengan single terbaru yang lebih bergenre ‘Progresif Pop Rock’. Turut berkolaborasi bersama penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet, Hazama kali ini lari dari zon selesa.
‘Aku Bukan Dewa’ ini saya anggap sangat dekat dengan diri saya kerana ia menceritakan tentang semangat juang saya dalam industri muzik ini. Dari hari pertama saya bertapak dalam industri, pelbagai ranjau dan onak duri terpaksa saya tempuhi sebelum saya berada di sini; pada hari ini. Lagu ini sangat istimewa kerana muzik yang dipersembahkan seolah-olah memberi gambaran akan penceritaan dan ‘mood’ atau suasana yang ingin disampaikan.
Menariknya lagi, pendekatan genre muzik yang saya ambil pada kali ini iaitu progresif pop rock, berlainan dari konsep pop balada yang saya bawa selama ini. Saya ingin lari dari ruangan selesa saya dan menampilkan kelainan dengan tampil menyampaikan lagu rancak. Ini sebenarnya adalah jiwa saya dan pada kali ini, saya akan membawa peminat menyelami aliran sebenar muzik, dalam dunia saya.”- Hazama.
Lagu yang mengangkat genre muzik progresif pop rock ini merupakan single kedua Hazama untuk tahun ini selepas ‘Aku Yang Sebenar’ yang dilancarkan pada bulan April lalu. Sama seperti ‘Aku Yang Sebenar’, single kedua Hazama ‘Aku Bukan Dewa’ ini turut mendapat sentuhan dari Ad Samad selaku penulis lirik, Hazama sendiri bersama Taja pula bertindak sebagai komposer. Istimewanya lagi, Hazama turut bekerjasama dengan penyanyi rap tersohor tanah air, Altimet dalam menjayakan single ini.
Buah tangan terbaharu daripada Hazama ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan bermula pada hari ini. Selain dari itu, single ini turut boleh didengari di landasan penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Muzik video lagu ini pula dijangka bakal menemui peminat dalam jangka masa terdekat ini di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Mengulas mengenai edisi terbaharu beliau ini, Hazama menjelaskan, “Saya sangat teruja kerana sekali lagi berpeluang untuk bekerjasama dengan nama-nama hebat di sebalik tabir penghasilan ‘Aku Bukan Dewa’ ini. Segah tajuk yang diberi, karya ini sekali lagi mempamerkan kehebatan Ad Samad dalam menghasilkan sebuah lirik yang cukup bermakna dan memiliki maksud yang begitu mendalam, diulit pula dengan keindahan muzik hasil sentuhan kerjasama saya dan Taja, dan pada masa yang sama rakan baik saya sendiri, Altimet, hadir menyumbangkan gegaran rap kreatif beliau bagi melengkapkan nukilan ini. Hasilnya, sempurnalah ‘Aku Bukan Dewa’, istimewa untuk peminat-peminat saya di luar sana.
Lagu ‘Aku Bukan Dewa’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Layari saluran Youtube Rocketfuel Network untuk maklumat lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adam mencatat masa kedua terpantas pada seisi ujian masa pertama sebelah pagi. (Foto : Ahmad Fadali / Sepang International Circuit)
PELUMBA SIC Racing Team, Adam Norrodin mencatatakan masa kedua terpantas pada seisi latihan bebas hari pertama Moto3 pada perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Adam mencatatkan masa 2 minit 13.409 saat dan hanya dibezakan dengan 0.280 saat dengan pelumba pasukan Leopard Racing, Joan Mir yang mencatatkan masa 2’13.129 saat manakala rakan sepasukan Joan Mir iaitu Livio Loi ditempat ketiga terpantas dengan catatan 2’13.437 saat.
Pada seisi latihan pertama disebelah pagi, Adam berada dikedudukan kedua terpantas sebelum beraksi dalam keadaan litar basah pada seisi latihan kedua disebelah petang untuk berada ditangga keenam terpantas dengan catatan 2’29.655 saat.
Jelas Adam, keputusan yang diraih pada hari pertama begitu memuaskan namun apa yang penting adalah pada hari perlumbaan dan mengharapkan semua berjalan lancar.
“Untuk ujian pertama dalam keadaan litar basah ia begitu mengujakan namun memasuki ujian kedua agak perlahan memandangkan hujan sebelum seisi ujian kedua.
“Namun apabila digabungkan ujian masa pertama dan kedua, syukur apabila berada di dua terpantas,” jelasnya ditemui selepas seisi ujian masa.
Adam turut memaklumkan, beberapa aspek masih perlu dipertingkatkan khususnya dari segi brek dan ujian hari ini (semalam) lebih kepada mencari kepada keserasian dengan motor dan cuaca.
“Masih boleh dipertingkatkan lagi dan saya mengharapkan keadaan cuaca elok untuk esok (hari ini) dan pada hari perlumbaan,” katanya.
Catatan masa terpantas Moto3
1 – Joan Mir ( Leopard Racing / 2’13.129saat)
2- Adam Norrodin (SIC Racing Team / 2’13.409s)
3 – Livio Loi (Leopard Racing / 2’13.437s)
4 – Romano Fenati (Marinelli Rivacold Snipers / 2’13.581s)
5 – Enea Bastianini (Estrella Galicia 0,0 / 2’13.728s)