Allah S.W.T menjadikan makhluk itu berpasang-pasangan. Firman Allah S.W.T dalam surah Yaasiin ayat 36.
Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk –makhluk semua berpasangan sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka, atau pun dari apa yang mereka tidak ketahui.
Begitulah jua diciptakan manusia. Allah S.W.T. menjelaskan tentang kejadian lelaki mahupun perempuan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13.
Maksudnya: Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
Dinyatakan lagi bahawa kejadian manusia merupakan sebaik-baik ciptaan Allah sebagaimana firman Allah dalam surah al-Tin ayat 4.
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
Hikmah manusia dijadikan secara berpasangan adalah untuk mengembangkan zuriat keturunan manusia yang diredhai Syarak.
Oleh yang demikian, setiap manusia itu hendaklah bersyukur dengan ciptaan Allah S.W.T. Maka janganlah diubah daripada lelaki yang dilahirkan hakikinya sebagai lelaki menyerupai perempuan begitulah sebaliknya.
MAKSUD LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Maksud lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya ialah meniru gaya orang perempuan sama ada dari segi pakaian seperti memakai pakaian seperti wanita, dari segi perhiasan seperti memakai gelang, subang dan kalung atau dari segi gaya bercakap seperti bercakap dengan suara yang halus dan lanjut atau dari segi berjalan seperti berlenggang-lenggok dan lain-lain yang menjadi kebiasaan orang perempuan. Sementara meniru gaya orang lelaki pula adalah dari segi pakaian seperti memakai pakaian seperti lelaki, dari segi perwatakan seperti pergerakan yangkasar, berlagak lelaki, mencukur rambut kepala, dan seumpamanya yang menjadi kebiasaan orang lelaki.
Sehubungan dengan itu, perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah seperti berikut:
Mengubah bentuk fizikal termasuk menukar jantina,
Gaya berjalan dan gerak badan.
Percakapan dan suara.
Perhiasan.
Pakaian
HUKUMLELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Perbuatan tersebut, sama ada lelaki berlagak perempuan atau sebaliknya adalah haram bahkan berdosa besar berdasarkan terdapatnya dalil yang mela‘nat orang yang melakukannya. Perbuatan ini juga merupakan antara kemungkaran yang telah merebak dengan meluas di kalangan umat Islam.
HUKUMLELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA DENGAN CARA PERUBATAN
Hukum lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya dengan cara perubatan sama ada dengan pengambilan hormon atau membuat pertukaran jantina adalah haram. Ianya termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah. Hal ini berdasarkan hadith,
Yang bermaksud, Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud… Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”
Hikmah pengharaman mengubah-ngubah ciptaan Allah adalah kerana terdapatnya pemalsuan, penipuan dan menimbulkan sangkaan yang tidak benar seperti menganggap ciptaan Allah tidak sempurna.
DALIL PENGHARAMANNYA
Perbuatan berlagak lelaki atau perempuan haram berdasarkan hadith,
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”
Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”
Begitu juga hadith,
عن أبي هريرة رضي الله عته قال: لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبِسُ لِبْسَةَ المَرْأَةِ، وَالمَرْأَةَ تَلْبِسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ.
Yang bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As r.a telah melihat Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang tersisip di pinggangnya lalu Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Yang bermaksud, Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan.
Ads
Laknat dalam hadith di atas merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya menunjukkan betapa kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut. Dalam kitab Fath al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat ( لعن ) bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram. Manakala al-Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Laknat ( اللعن ) itu menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar.
HIKMAH DISEBALIK PENGHARAMAN INI-
Hikmah pengharaman ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Fath al-Bari, adalah kerana larangan mengubah-ngubah ciptaan Allah sebagaimana hadith di atas. Selain itu, ianya diharam bagi mengelakkan perbuatan homoseksual dan lesbian sebagaimana yang berlaku kepada kaum Nabi Lut a.s. Hal disebutkan dalam surah al-Naml ayat 54 dan 55,
Yang bermasud, Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”.
KEDUDUKAN LELAKI YANG MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA
Bagi lelaki menyerupai perempuan dari segi ibadah, mualamah, munakahat sehinggalah kepada urusan jenazah adalah kekal sebagaimana hukum ke atas seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.
KEPENTINGAN HUKUM FIQH ISLAM
Hukum fiqh penting kepada umat Islam kerana:
Kaitan Antara Fiqh dan ‘Aqidah Islamiyah
Antara keistimewaan Fiqh Islam sebagaimana yang telah dijelaskan ialah hukum-hukum syara‘ yang mengatur segala perbuatan dan perkataan mukallaf. Ia mempunyai hubungan yang sangat kukuh dengan iman kepada Allah dan mempunyai kaitan yang rapat dengan asas-asas ‘aqidah Islamiyah, terutamanya yang berkaitan dengan ‘aqidah keimanan kepada hari akhirat. Hal ini demikian kerana ‘aqidah keimanan kepada Allah menjadikan seseorang muslim itu berpegang teguh dengan segala hukum agama serta memandu mereka ke arah pelaksanaannya dengan penuh keta‘atan dan kerelaan. Begitu juga orang yang tidak beriman kepada Allah tidak terikat dengan ‘ibadat solat dan puasa. Mereka akan bertindak tanpa mengira halal dan haram. Justeru, beriltizam dengan segala hukum syara‘ merupakan satu cabang daripada beriman kepada Allah yang telah menurunkan syari‘at kepada hamba-hamba-Nya
Fiqh Islam Merangkumi Semua Keperluan Manusia
Tidak syak lagi bahawa kehidupan manusia merangkumi pelbagai aspek dan kebahagiaan mereka diperolehi dengan memelihara semua aspek tersebut melalui peraturan dan perundangan. Oleh sebab Fiqh Islam merupakan hukum-hukum yang disyari‘atkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya bagi menjaga kemaslahatan dan menghindari kerosakan, justeru Fiqh Islam datang dalam keadaan merangkumi aspek tersebut dan menyusun semua keperluan manusia dengan hukum-hukumnya.
Jika diperhatikan kitab-kitab fiqh yang mengandungi hukum-hukum syara‘ yang bersandarkan kepada kitab Allah , sunnah Rasulullah, ijma‘ ‘ulama’ dan ijtihad mereka, kita akan dapati hukum-hukum tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian dan daripadanya dibentuk peraturan umum bagi menjamin kehidupan manusia secara individu atau bermasyarakat.
Hukum ‘ibadat
Hukum ‘ibadat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan ber‘ibadat kepada Allah seperti berwudhu’, solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Ads
Hukum kekeluargaan
Hukum kekeluargaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan seperti penyusuan, nafkah, pembahagian harta dan lain-lain.
Hukum mu‘amalat
Hukum mu‘amalat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan hubungan sesama mereka seperti jual beli, gadaian, sewaan, pendakwaan dan keterangan-keterangan, penghakiman dan lain-lain.
Hukum pemerintahan atau siasah shar‘iyah
Hukum pemerintahan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah seperti menegakkan ke‘adilan, membasmi kezaliman dan melaksanakan undang-undang. Begitu juga hukum yang berkaitan dengan kewajipan rakyat supaya menta‘ati pemimpin dalam perkara yang bukan ma’siat dan lain-lain lagi.
Kanun keseksaan (قَانُونُ عُقُوبَاتٍ)
Kanun keseksaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah, memelihara keamanan dan peraturan seperti hukuman kepada pembunuh, pencuri, peminum arak dan seumpamanya.
Hukum hubungan antarabangsa (سِيَر)
Hukum hubungan antarabangsa ialah hukum-hukum yang mengatur hubungan antara negara Islam dengan negara–negara lain dari segi peperangan, perdamaian dan lain-lain.
Adab dan akhlaq
Adab dan akhlaq ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlaq, maruah, pekerti yang baik dan yang buruk dan lain-lain.
Demikianlah Fiqh Islam merangkumi segala hukum yang berkaitan dengan keperluan manusia dan semua kemudahan hidup individu dan masyarakat.
KESIMPULAN
Perbuatan, sama ada lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya, adalah haram bahkan berdosa besar. Ianya selari dengan ajaran Islam yang melaknat perbuatan tersebut.
Bagi lelaki tulin atau perempuan tulin, penilaian Psikologi dan Psikiatri tidak diterima pakai dalam Islam untuk menentukan jantina seseorang.
Pengharaman ini juga penting bagi membendung kes jenayah Syariah yang lain seperti liwat dan membendung isu perdagangan seks.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Remaja lelaki ini telah merawat kulit wajahnya dalam waktu singkat dengan hanya kos yang murah dan menjimatkan. Carlos David merupakan salah seorang remaja yang mengalami masalah jerawat yang selama bertahun-tahun, bahkan seluruh kulit wajahnya hampir dipenuhi oleh jerawat.
Gambar perbandingan wajahnya ketika sebelum dan selepas rawatan telah menjadi tular di laman sosial media yang rata-rata sangat mengagumi perubahan yang dilakukan olehnya.
Namun remaja yang berusia 16 tahun itu telah menemui jalan penyelesaian terhadap masalah kulit mukanya. Mula merawat masalah jerawat sejak Februari 2017 dan pada bulan Oktober di tahun yang sama, Carlos telah mengalami transformasi wajah yang luar biasa.
Carlos mengatakan dia tidak membeli produk yang mahal, sebaliknya hanya menggunakan produk penjagaam muka biasa yang terdapat di pasaran.
Menurut Carlos, beliau telah mengambil masa selama lapan bulan untuk mendapatkan hasilnya dengan mengamalkan rutin yang serupa setiap hari. Bermula pada bulan Februari 2017, rutin hariannya itu mula melihatkan hasil yang ketara pada sekitar bulan Oktober pada tahun yang sama.
Apabila ditanya apakah rutin harian yang dilakukannya bagi mendapatkan kulit yang licin seperti sekarang, berikut merupakan jawapan Carlos:
Pertama, beliau akan mencuci mukanya dengan pencuci muka ber-PH rendah setiap hari. Beliau menggunakan pencuci muka berjenama Cosrx Low pH Good Morning berharga RM40.
Kedua, beliau menggunakan toner yang bebas alkohol jenama Lumene Klassikko Refreshing Toner yang berharga RM40. Menurut Carlos, Toner ini sangat lembut dan sesuai dengan kondisi kulit mukanya.
Ketiga, beliau akan mengambil serum sekali sehari pada waktu pagi bagi membantu beliau mengatasi masalah pigmentasi yang teruk pada bahagian kulit mukanya. Beliau menggunakan serum berjenama Art Natural Vitamin C Serum yang dijual pada harga RM44 sahaja.
Seterusnya, ini yang paling penting. Menurut Carlos, kunci kepada kulit yang sihat adalah kulit yang lembab dan tidak kering. Bagi mendapatkan kulit yang cantik, beliau menggunakan pelembab muka berjenama E.L.F. Daily Hydration Moisturizer yang berharga RM32 pada waktu pagi.
Terakhir, Carlos turut menggunakan pelindung matahari. Beliau memilih Neutrogena Clear Face Sunscreen Lotion yang berharga RM40 bagi melindungi kulit mukanya daripada masalah pigmentasi dan jerawat akibat cahaya matahari yang terik.
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
‘Kerana mulut badan binasa’. Itu peribahasa yang acap kali jadi panduan bagi sesiapa yang ingin ‘membuka mulut’. Yang pasti, kata-kata mampu membinasakan. Namun, wanita sering dikaitkan pemilik sang mulut ‘jahat’? Apa benar dakwaan ini?
Ya, jika dilihat di layar kaca, kita selalu disogok dengan pelbagai watak dalam drama, filem mahupun telenovela iaitu golongan wanita lebih upaya menggunakan ‘mulut’ bagi menyerang mahupun untuk niat yang jahat. Namun, di layar realiti, adakah benar semua wanita begitu? Lelaki pun apa kurangnya, bukan?
Maskulin membuat kaji selidik tentang dakwaan ini dengan melakukan kajian terhadap 20 orang responden lelaki dan wanita. Hasilnya, lebih 52% daripada mereka bersetuju. Ini antara bukti terhadap dakwaan ini
Adakah benar wanita sukar menyimpan rahsia? Wanita sering kali dikaitkan dengan sikap suka gosip dan gemar bercerita. Jangan terkejut, berdasarkan kajian dari Wines of Chile, sebuah penubuhan yang menggalakkan kualiti di negara Chile menunjukkan wanita hanya mampu menyimpan rahsia tidak lebih daripada 47 jam.
Selain itu, antara hasil kajian tersebut adalah
– Wanita akan berkongsi dengan sekurang-kurang seseorang dalam tempoh purata 47 jam 15 minit.
– Survei terhadap 3,000 wanita berusia 18 hingga 65 tahun itu turut mendapati 6 daripada 10 mengaku tidak mampu menyimpan rahsia walaupun ia terlalu peribadi atau sulit.
-Teman lelaki, suami, rakan karib atau ibu antara mereka yang dipilih untuk bercerita
Wanita bermulut ‘power amp’ adalah jenis wanita yang suka bercakap atau ‘talkative’. Walau apa jua topik perbualan, wanita sebegini punya pandangan sendiri dan sukar sekali untuk berhenti berbicara.
Kajian dari Ohio University School of Media Arts & Studies melalui penyelidikan media masa kini menyatakan bahawa wanita lebih banyak membuahkan tutur kata seribu patah perkataan lebih daripada lelaki dalam jangka masa seminggu. Bila banyak bercakap, pastinya ada lelaki yang tidak senang dan kurang manis untuk dipandang
Bila sebut sahaja tentang earbud tanpa wayar, JBL memang tak main-main dan menaikkan tahap industri audio ke satu level baru. Terbaru, JBL Tour Pro 3, inovasi terkini mereka dalam teknologi audio yang hadir dengan spesifikasi dan ciri-ciri yang cukup unggul.
Ia kini menjadi buah mulut ramai pengguna bukan kerana kualiti bunyinya sahaja tetapi kerana ia merupakan earbud pintar yang menggabungkan kecanggihan teknologi dalam reka bentuk ringkas.
Hadir dengan kotak pengecasan berpaparan sentuh yang boleh dianggap seperti konsol mini teknologi, JBL sedang mentakrifkan semula apa yang boleh kita harapkan daripada aksesori audio mudah alih kita.
Paling Pintar Di Pasaran?
Pertama sekali, mari kita sentuh tentang rupa bentuknya. Tersedia dalam dua warna premium, hitam dan latte, earbud ini tampil elegan dan mewah.
Butang kawalan pada bud ini juga mudah: play/pause pada bud kanan, kawalan ANC (penyahbisingan aktif) pada bud kiri. Jika anda rasa ini biasa sahaja, tunggu sehingga anda melihat kotak pengecasannya.
Inilah ciri yang membezakan Tour Pro 3 daripada earbud lain. Ia bukan sekadar kotak pengecasan; ia adalah pusat kawalan penuh untuk pengalaman audio anda.
JBL telah memperkenalkan konsep ini dengan model Tour Pro 2, tetapi Tour Pro 3 membawa inovasi ini ke tahap yang lebih tinggi.
Dengan paparan responsif yang terang, kotak pengecas ini seperti jam pintar bagi earbud. Ia menunjukkan masa, tahap bateri, dan malah membolehkan anda menukar wallpaper dengan mudah melalui aplikasi JBL.
Ia mudah digunakan dan menjadikan pengalaman lebih menarik—anda pasti tertanya-tanya bagaimana anda boleh hidup tanpa ciri ini sebelum ini.
Bukan Sekadar Gimik
Salah satu nilai tambah pada Tour Pro 3 adalah keupayaannya mengawal ciri-ciri seperti EQ dan ANC tanpa perlu membuka telefon.
Dengan kotak atau case ini, bertukar antara bass yang kuat dan vokal yang jelas hanya memerlukan satu ketikan. Ia sangat intuitif dan pantas, membolehkan anda menyesuaikan bunyi mengikut selera dengan segera.
Selain kawalan asas seperti play/pause dan volum, JBL turut menyertakan beberapa fungsi tambahan semata-mata untuk keseronokan.
Kotak pengecas ini mempunyai pemasa, penggera, dan bahkan lampu suluh kecil. Adakah saya menggunakannya sebagai ganti fungsi-fungsi di telefon?
Tidak juga, tetapi ia menyeronokkan untuk dicuba, dan kita boleh bayangkan ia berguna bila diperlukan.
Kemudian, ada ciri “Find My Buds,” yang boleh diaktifkan menerusi aplikasi. Ia membuatkan earbud mengeluarkan bunyi nyaring, sangat berguna bagi mereka sering terlupa.
Mod Transmisi Tanpa Wayar
Salah satu ciri menarik ialah ‘mod transmisi tanpa wayar’. Bayangkan ini: anda dalam penerbangan dan mahu menyambungkan earbud tanpa wayar anda ke sistem hiburan penerbangan.
Hanya sambungkan kotak pengecas ke jack audio kapal terbang dengan kabel USB-C ke 3.5mm, dan voila!
Anda mendapat audio tanpa wayar pada sambungan berwayar. Ini adalah penyelesaian yang sering ditunggu-tunggu oleh pengembara kerap.
Malah, mereka yang selalu ke gim juga boleh menggunakan ciri ini untuk sambungan yang lebih stabil pada peralatan lama.
Kualiti bunyi pada Tour Pro 3 memang hebat. Keupayaan penyahbisingannya juga mengagumkan untuk earbud, terutama dalam persekitaran yang bising.
Dengan mod ANC penuh dan mod ketelusan, anda mempunyai pelbagai pilihan, ditambah lagi audio spatial dengan penjejakan kepala yang memberikan pengalaman yang lebih mendalam—biasanya hanya terdapat pada fon kepala bersaiz penuh.
Namun begitu, ada sedikit kekurangan pada kualiti penyahbisingannya yang tidak setanding dengan fon kepala over-ear kelas tinggi yang mampu menyekat bunyi sepenuhnya. Tapi bagi ramai orang, ini adalah kompromi yang boleh diterima, memandangkan portabiliti dan keselesaan earbud ini.
Secara Keseluruhan
Hayat bateri juga cukup baik, dan dengan sokongan pengecasan tanpa wayar pada kotak pengecas, anda tidak pernah terlalu jauh dari pengecasan cepat.
Walaupun kotak pengecas ini sedikit lebih berat daripada kebanyakan, itu adalah harga kecil yang perlu dibayar untuk teknologi tambahan yang dibawanya.
Earbud JBL Tour Pro 3 adalah lebih daripada sekadar earbud—ia adalah pandangan ke masa depan teknologi audio.
Bagi mereka yang mementingkan untuk sentiasa di hadapan dengan teknologi, ini adalah pilihan yang paling canggih di pasaran hari ini.
Walaupun kualiti panggilan dan beberapa ciri yang sedikit bermasalah perlu diperhatikan, pengalaman keseluruhannya adalah berkualiti tinggi dan penuh inovasi. Dengan standard yang ditetapkan oleh JBL ini, siapa tahu apa yang akan datang di masa hadapan?
Kelebihan dan Kekurangan
JBL Tour Pro 3 kini boleh didapati di pasaran pada harga RM1,499 menerusi pengedar yang sah serta laman sesawang rasminya di sini.
Rating MASKULIN: 4.5/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.