Apabila Gajah Zoo Negara ‘Dikunyitkan’, Netizen Pun Tak Lepas Kongsi Khasiat Kunyit

Share

Syarikat pengeluar makanan popular di Malaysia, Adabi ada mengeluarkan satu posting menerusi Facebook Adabi Consumer berkenaan seekor gajah di Zoo Negara telah disapu kunyit ke seluruh tubuhnya bagi tujuan rawatan kesihatan.

Menurut posting berkenaan, sebanyak 7 kg serbuk kunyit diperlukan bagi seekor bagi proses melumur tersebut dan khasiatnya akan dibiarkan menyerap ke dalam kulit.

Gajah Zoo Negara ‘dikunyitkan’ Adabi

Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata menganggap tindakan ini sesuatu yang luar biasa kerana tidak ramai yang pernah melihat seekor gajah dikunyitkan bagi tujuan kesihatan.

Namun Adabi Consumer memaklumkan, langkah ini sebenarnya telah lama dipraktikkan di setiap zoo dalam negara.

Berkongsi cerita yang sama, beberapa netizen juga dilihat berkongsi beberapa khasiat tentang kunyit yang mampu memberi kesan baik kepada tubuh manusia :

Pengganti ubat batuk & merawat masalah kulit

Penghalang kanser

Berfungsi hilangkan parut dan jerawat

Merawat kudis buta

Membaca komen-komen yang ditulis netizen ke atas diri sendiri, pastinya ia menjadi satu testimoni yang sangat menyakinkan bahawa memang banyak khasiat kunyit yang orang zaman ini kurang mengetahuinya.

Memandangkan zaman sekarang wujud pelbagai penyakit, tak salah cuba amalkan pengambilan kunyit menerusi minuman atau makanan. Moga-moga ia memberi kesihatan yang baik untuk kita semua.

Published by
Akyem Samad