1. Jaket

Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada penampilan calon. Jika calon memakai jaket berwarna coklat, putih atau warna-warna fesyen seperti merah, biru, hijau dan sebagainya boleh menyebabkan calon kelihatan tidak serius seolah-olah hendak menghadiri majlis. Etikanya disini dikecualikan jika calon memang hendak menghadiri temuduga dalam bidang kreatif umumnya dan fashion designer,  atau fashion stylish khasnya . Ia memang sangat digalakkan untuk berpenampilan sedemikian.

Pemilihan potongan gaya jaket juga perlu diambil berat kerana terdapat jaket yang berwarna gelap tetapi potongannya tidak sesuai untuk ke pejabat. Jaket tersebut hanya sesuai digunakan untuk acara kasual yang tidak memerlukan calon untuk kelihatan serius.

Fabrik juga memainkan peranan dalam pemilihan jaket. Terdapat fabrik jaket hanya sesuai digayakan untuk kelihatan kasual. Selalunya, material yang digunakan daripada material kain lembut seperti cotton, polyster dan sebagainya dan tida mempunyai lapisan seperti jaket khas untuk ke pejabat iaitu lapisan untuk menahan daripada kesejukan pendingin udara. Namun, jaket adalah pilihan untuk ke temuduga. Jika calon tidak memiliki jaket cukup sekadar berkemeja dan bertali leher, calon sudah boleh kelihatan hebat.

Calon hendaklah memilih jaket yang berwarna gelap seperti hitam dan biru gelap untuk memberi efek keseriusan pada penampilan calon.

2. Kemeja

Potongan kemeja perlu sesuai denga potongan badan calon. Potongan kemeja hedaklah tidak terlalu besar atau kecil apabila dipakai oleh calon. Ini kerana calon akan kelihatan selekeh jika kemeja terlalu besar atau kelihatan sendat dan sempit seperti bungkusan nangka jika calon memakai baju yang kecil daripada potongan badan sebenar calon. Paling dikhuatiri, calon akan mendapat persepsi negatif daripada penemuduga bahawa anda tidak bersedia untuk hadir ke temuduga tersebut.

IKLAN

Warna kemeja juga hendaklah warna yang lembut dan cerah serta tidak bercorak (plain) agar mudah disesuaikan dengan tali leher yang akan dipakai. Warna yang disarankan adalah seperti biru laut/ muda dan putih untuk mudah mempengaruhi kelembutan emosi kepada penemuduga. Mereka juga manusia biasa yang boleh terganggu emosinya dengan pelbagai sebab.

3. Seluar slack

Terdapat 3 jenis potongan seluar dalam pasaran. Ada yang double pleat, single pleat dan flat front (tiada lipatan lisu) . Potongan seluar double pleat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang agak lebar. Manakala single pleat untuk mereka yang mempunyai bahagian perut yang sederhana dan kecil. Mereka juga boleh memakai seluar flat front tetapi ianya lebih sesuai digayakan dalam acara kasual.

Warna yang disarankan juga gelap berpadanan dengan jaket yang digayakan. Fabrik seluar juga bukan daripada jeans, potongan khakis  atau kudroi. Ia merupakan potongan dan fabrik yang tidak sesuai digayakan semasa dalam temuduga kerana lbih bersifat acara kasual tidak bersifat korporat mahupun professional.

IKLAN

4. Stokin dan kasut

Warna stokin dan kasut perlu berpadanan dengan seluar yang dipakai iaitu berwarna gelap. Potongan kasut hendaklah potongan gaya professional bukan gaya untuk majlis makan malam atau untuk acara santai.

5. Tali Leher

Pemilihan tali leher tidak serumit jaket, kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna kemeja. Untuk kelihatan lebih hebat dan mempunyai karisma padankan kemeja putih dengan tali leher berwarna merah. Penampilan calon bukan sahaja hebat malah warna tersebut sendiri akan memberi efek kepada calon untuk lebih semangat dan bertenaga dalam sesi temuduga.

IKLAN

Pemilihan tali leher tidak serumit jaket, kemeja dan seluar. Pemilihan tali leher hanya dititikberatkan pada pemilihan warna. Tali leher yang berpengaruh dicadangkan lebih gelap daripada warna kemeja.

6.Jam Tangan

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh calon lelaki ialah memakai jam tangan berupa sport yang tidak sesuai digayakan dengan pakaian yang digayakan. Sport watch hanya sesuai digayakan dengan pakaian acara santai atau kasual. Jika digayakan bersama st ia boleh mengurangkan kredebiliti profesional dan korporat. Bukankah seperti ada yang tidak kena pada penampilan itu?

SUMBER :TIP INTERVIEW

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI