Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Aplikasi MySejahtera & Kegunaannya

Share

Dalam tempoh beberapa hari lalu kecoh warganet membicarakan tentang aplikasi MySejahtera. Ini kerana selepas kerajaan mengumumkan syarat untuk mendapatkan kredit RM50 ke dalam akauan e-dompet bagi mereka yang layak.

Selepas pengumuman dilakukan berlaku sedikit ‘kesesakan’ dalan talian apabila ramai mula memuat turun dan melakukan pendaftaran dalam masa serentak. Namun kini ia telah kembali pulih dan boleh didaftarkan dengan mudah.

Syarat wajib tersebut diberikan kerana kerajaan ingin menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi MySejahtera bagi membolehkan penilaian kesihatan kendiri.

Selain itu ia juga membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk kenal pasti dan melakukan contact tracing segera jika ada berlaku kes COVID-19.

APA ITU MYSEJAHTERA?

Ia merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Dalam masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

KEGUNAAN DAN KEMUDAHAN DITAWARKAN MYSEJAHTERA

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

CHECK IN DENGAN MYSEJAHTERA

Cara untuk memudahkan kerajaan melakukan pengesanan ialah dengan menggunakan MySejahtera Check-In.

MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pengimbas Kod QR MySejahtera

MySejahtera “Check-in” menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap COVID-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah. Ini dapat membantu majikan membuat pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.

Imbas Kod QR menggunakan Pengimbas Kod QR Aplikasi MySejahtera. Pengesahan dibenarkan masuk ke premis.

HOTSPOT TRACKER

Dengan salah satu ciri istimewa MySejahtera ini, anda boleh mendapat maklumat tentang kes terkahir yang dilaporkan di lokasi anda atau yang ingin ditujui. Sebagai contoh jika anda ingin ke KLCC, tapikan sahaja di ruangan atas dan ia akan memberikan maklumat tentang bilakah kali terkahir kes jangkitan berlaku dalam radius 1 kilometer dari kawasan terebut.

Selain itu, MySejahtera juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti mengenalpasti fasiliti screening terdekat dan kemudahan digital healthcare.

Bagi anda yang belum mendaftar aplikasi MySejahtera usah risau. Ikuti gambar rajah langkah-langkah mudah seperti yang dikongsi di laman sesawang rasmi MySejahtera.

Sumber: MySejahtera

Published by
Farizul Izwany Ibrahim