Hobi lelaki dewasa yang suka membeli dan mengumpul barang-barang permainan bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam masyarakat kita, bahkan di seluruh dunia.
Hobi ini juga merupakan satu trend dan kegilaan ramai lelaki dewasa biar pun ada segelintir masyarakat yang tidak memahaminya.
Bagi lelaki dewasa, mereka ada sebab-sebab yang tersendiri mengapa mereka begitu selesa dengan hobi ini misalnya :
Ada bermacam-macam jenis permainan dijual ketika ini. Ada di antaranya, berkait rapat dengan zaman kanak-kanak seseorang itu. Dengan membeli permainan, ia membuatkan kita seperti terkenang zaman dahulu. Kadang-kadang bukannya nak main sangat pun. Sekadar dapat tengok pun dah cukup puas hati.
Dulu masa kecil-kecil, nak beli permainan pun fikir banyak kali. Bukan apa, kita ni tak naklah jadi anak yang suka ‘pow’ mak ayah untuk memenuhi permintaan kita. Lainlah orang tu, hari-hari boleh dapat mainan masa kecil-kecil dahulu. Jadi apabila sudah besar, sudah bekerja dan ada duit sendiri, inilah masanya untuk kita repeat balik hajat yang tertangguh zaman kanak-kanak.
Dalam masa sama, ada juga yang membeli permainan ini sebagai aset pelaburan pada masa hadapan. Mengambil contoh seperti patung figura Star Wars, ramai yang membelinya sebagai koleksi. Lebih-lebih lagi jika ia keluaran limited edition. Harganya pasti melonjak tinggi pada masa akan datang.
Anda juga gemar beli dan kumpul mainan? Apa pula sebab-sebab anda? Cerita kepada kami!