Ya, semua orang tidak kira lelaki atau perempuan berpotensi untuk tidur berdengkur. Tapi, ada yang jarang berdengkur melainkan terlalu penat dan stres. Tahukah anda, berdengkur sebenarnya boleh menjejaskan kualiti tidur si pendengkur itu sendiri dan orang di sekelilingnya. Jadi hari ini, kami nak bantu anda yang ada masalah tidur berdengkur dengan mengesyorkan 5 cara yang boleh anda amalkan untuk atas masalah ini. Semoga ia dapat membantu anda dan juga orang-orang di sekeliling anda.
7 PUNCA TIDUR BERDENGKUR
Antara sebab utama seseorang itu berdengkur adalah:
1. BADAN YANG BERLEMAK
Apabila bahagian leher disaluti lemak yang banyak, ia menyebabkan udara sukar menembusi hidung serta leher sewaktu tidur. Itu yang menyebabkan tidur berdengkur.
2. USIA
Semakin meningkat usia, bahagian leher semakin bertambah sempit dan otot di bahagian itu semakin lemah.
3. RANGKA BADAN BESAR
Lelaki semula jadinya mempunyai rangka yang besar namun punya ruang pengaliran yang sempit berbanding wanita. Sebab itu lelaki lebih banyak berdengkur daripada wanita.
4. MASALAH HIDUNG
Selesema dan hidung tersumbat juga boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur. Dengkuran pada kanak-kanak juga boleh terjadi apabila selesema atau alahan, bengkak tonsil dan ‘adenoid’, iaitu sebuah keadaan di mana seseorang mempunyai daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung.
5. POSTUR TIDUR
Postur berbaring secara menelentang meningkatkan kebarangkalian untuk tidur berdengkur.
6. MENGAMBIL UBAT
Mereka yang mengambil ubat seperti Lorazepam dan Diazepam juga tidur berdengkur disebabkan otot bergerak laju meskipun sewaktu tidur.
Mereka yang menghisap rokok lebih cenderung tidur berdengkur. Ini kerana ia menyebabkan saluran pernafasan menjadi abnormal, pembengkakan selaput lendir pada hidung, gangguan pada tekak, dan penyumbatan kecil pada paru-paru. Selain itu, merokok juga adalah punca kepada pelbagai penyakit lain.
Andainya sebelum ini anda tidur dalam keadaan terlentang, cuba ubah posisi tidur anda kepada tidur mengiring. Selain itu, cuba tinggikan sedikit bantal anda semasa tidur. Pasti ia akan membawa perubahan yang dramatik pada dengkuran anda.
Tidur yang tidak cukup ataupun tidur yang tidak berkualiti juga boleh menjadi punca berlakunya tidur berdengkur. Jangan tidur secara tidak menentu ataupun tidur terlalu lewat kerana ini akan menggalakkan berlakunya tidur berdengkur.
Bila kali terakhir anda tukar bantal anda? Setahun? Dua tahun? Empat tahun? Untuk pengetahuan anda, habuk-habuk serta kuman-kuman yang ada di sekeliling bilik tidur dan dalam bantal anda itu boleh menjadi faktor mengapa anda berdengkur. Tukarlah bantal anda apabila perlu dan jangan gunakan terlalu lama.
Dengan minum banyak air, ia akan membantu melembapkan saluran pernafasan anda dan seterusnya mengelakkan anda daripada berdengkur. Amalkan minum 8 gelas air kosong sehari supaya anda dapat mencegah masalah tidur berdengkur ini.