Pengalaman dan cabaran
Bagi Ezwan, jatuh bangun dalam perniagaan ialah adat untuk orang berniaga. Setiap perniagaan mempunyai cabarannya. Sebagai usahawan dan peniaga, perlu memahami kehendak pelanggan.
Keduanya kena ada prinsip ke mana dia hendak membawa perniagaannya itu. Visi dan misi perlu jelas . Seterusnya perlu realistik dan usaha yang berterusan, tidak pernah kenal jemu.
“Yang ketiga kualiti perlu dikekalkan dan sentiasa dengan fresh idea. Perkara yang paling penting untuk menjadi usahawan kena kreatif dan inovatif dan have to be different. Apa servis yang anda tawarkan yang tiada di tempat orang lain.
Seorang usahawan perlu ada ciri-ciri ini. Branding adalah paling utama. Bagi saya marketing ialah perkara yang berterusan dilakukan dan boleh jadikan branding kita lebih kukuh,” akuinya
Belajar daripada kegagalan
Sebelum membuat perniagaan, buat kajian terlebih dahulu dan siap sedia dengan strategi –strategi yang hendak diguna pakai. Sekiranya perniagaan yang dijalankan memenuhi permintaan pelanggan, lebih realistik, ia akan kekal dalam industri. Produk kita akan berterusan orang cari. Apa yang terjadi kepada Nasi Lemak Cinta Sayang, walaupun sudah tujuh tahun dalam industri, orang masih menerimanya dalam erti kata lain ia memenuhi permintaan pelanggan. Kita buat perniagaan yang bukan syok sendiri.
Begitu juga Kafe Kueh lahir dengan konsep yang orang mungkin orang tidak peduli sebelum ini. Kadang kala perkara yang tidak dihiraukan ini bila kita highlight , lantas mendapat respons yang baik dari masyarakat. Tiada tempat yang menghimpun pelbagai jenis kuih sebaliknya di Kafe Kueh semua kuih termasuk makanan berat yang lain boleh anda nikmati di bawah satu bumbung.
“Quote saya mudah’ never give up’ , ia menjadi keramat kerana setiap perkara yang anda lakukan, bukan semua beroleh kejayaan, pasti adanya kegagalan. Selama beberapa tahun dalam perniagaan, saya tidak pernah berehat atau dalam ayat mudah saya serius dan tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencuba. Kegagalan pasti.
Setiap kegagalan itu kita dapat solusi untuk mengatasinya. Bagi saya setiap orang kena jatuh dahulu supaya kejatuhan itu menjadi batu loncatan kepadanya untuk terus berusaha . Perkara yang penting ialah menjaga hubungan dengan Allah kerana Dia pemberi rezeki. Segala usaha yang dilakukan akhirnya kita berserah kepada Allah. Selain itu bergaul dengan usahawan yang berjaya dan mereka yang industri yang berlainan.
Tujuan kita berkawan supaya dapat berkongsi idea . Ilmu yang kita peroleh cuba relate dengan kehidupan juga perniagaan yang dijalankan. Jangan takut untuk mencuba kerana apabila kita takut untuk mencuba, anda tidak akan lakukan selamanya. Mulakan dengan modal yang sedia ada, jadi risikonya pun rendah. Saya juga memulakan perniagaan tanpa sebarang pinjaman. Dengan permulaan perniagaan yang kecil, anda akan banyak belajar tentang pengurusan kewangan, cara operasi, logistik dan manpower.
Jadi di sini anda sudah ada kekuatan. Sepanjang tempoh perjalanan itu, anda akan create lagi perniagaan untuk semakin maju. Saya sendiri pernah menjual nasi lemak di warung. Untuk anak muda, yang ingin memulakan perniagaan itulah caranya. Jika gagal sekalipun, menanggung risiko yang rendah . Jangan kita mengikut orang lain. Dari situ anda akan belajar sesuatu yang besar dalam hidup. Itu lah saya lalui terdahulu perkara ini mematangkan diri,” tegasnya.
Kekuatan
“Saya seorang yang suka nak membuktikan sesuatu, satunya untuk bangsa saya sendiri. Jadi apa yang memberi saya semangat ialah saya mahu membukti pada anak muda mereka juga boleh berjaya jika mereka ada visi dan misi serta usaha yang berterusan . Jangan pernah berputus asa , kreatif , inovatif dan ambil pengalaman orang lain untuk diaplikasikan dalam perniagaan. Saya suka berkongsi ilmu dan banyak didatangi grup yang berlainan pada setiap minggu untuk minta pandangan dan idea serta dorongan dalam perniagaan. Perkara sebegini secara tidak langsung mengajak saya berfikir idea- idea baru untuk diketengahkan. Perkara yang paling mahal bagi saya ialah ilmu dan idea.