Antara bahagian dalaman kereta yang jarang rosak tetapi akan rosak adalah tingkap di pintu kereta. Selalunya faktor kerosakan adalah disebabkan komponen dalaman sudah haus atau uzur seiring dengan usia kereta anda.

Masalah biasa yang akan berlaku adalah ia tidak dapat turun atau naik apabila diperlukan. Selain itu apabila rosak, ia akan tersekat di tengah bingkai pintu dan fungsinya tidak lancar seperti selalu.

MASKULIN ingin tunjukkan 3 perkakas yang anda kena periksa untuk ketahui masalah yang sedang dihadapi tentang cermin pintu kereta.

BACA: Ikuti Cara Mudah Untuk Jimat Minyak Ketika Sedang Memandu, Elak Dari Menggelabah!

Ads

1. Masalah fius

Kalau Tingkap Kereta Tak Boleh Turun Naik, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Periksa!

Cuba periksa bahagian fius. Anda boleh cuba gantikan fius yang lama dengan yang baharu tetapi jika ia masih bermasalah, cuba periksa bahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas. Peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas ataupun terbakar. Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.

2. Voltan elektrik dan suis tingkap

Kalau Tingkap Kereta Tak Boleh Turun Naik, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Periksa!

Ads

Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa. Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru. Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.

3. Motor dan regulator

Kalau Tingkap Kereta Tak Boleh Turun Naik, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Periksa!

Ads

Jika sudah memeriksa arus elektrik dan suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Alat yang lemah mesti diganti baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.

Jika segalanya sudah ditukar tetapi masih tidak berfungsi, cuba bawa ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik yang lebih pakar dalam isu ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI