Apa Kebaikan Pigeon Pose?

Share

Sakit-sakit badan merupakan asas kepada kehidupan, tambahan lagi bila anda kerap bersenam. Mungkin anda pernah dengar tentang Pigeon Pose yang selalu digunakan di dalam yoga dan Pilates. Tahukah anda bahawa pposisi ini sesuai untuk dipakai oleh semua orang termasuk abam sado? Barulah badan tak sakit-sakit bila bersenam dengan besi.

Banyak manfaatnya jika anda lakukan senaman ini. Apa yang anda perlu buat adalah:

  • Mulakan dengan kedudukan seperti anda melutut, kemudian anda bersila dengan membiarkan kedududukan kaki kiri anda berada dalam posisi bersila. Silangkan kaki kiri dan letakkan di hadapan lutut kanan.

 

  • Turun perlahan-lahan dan meregangkan kaki kanan terus ke belakang. Letakkan bantal di bawah pinggul jika anda risau pinggul anda akan sakit.

 

  • Untuk menyelaraskan pinggul, serongkanbahagian kanan dada sedikit ke kiri, dan kemudian menurunkan dada ke kaki kiri. Siku harus diselaraskan di bawah bahu.

 

  • Letakkan siku di hadapan lutut kiri atau turunkan badan lebih rendahlagi jika pinggul masih dalam keadaan terkawal. Panjangkan lengan di lantai jika perlu.

 

  • Kekal di zon selesa sambil merasakan peregangan yang baik di pinggul kiri.

 

  • Luruskankedua-dua tangan di bawah bahu, dan angkat bahagian atas badan sambil menekan ke lantai, membawa dada seperti merpati dengan

 

  • Bawalutut kanan atau shinbone untuk kehadapan kaki kiri, luruskan kaki dan renggang kaki anda beberapa kali untuk keselesaan.

 

  • Ulangi rutin ini beberapa kali.

 

Sumber: Tina Reale

 

Apa yang anda akan dapat jika anda kerap melakukan posisi ini:

 

  • Menegangkan otot gluteal, paha dan piriformis
  • Merangsang aliran darah ke kawasan pinggul
  • Membantu mengurangkan dan mencegah sciatica
  • Membantu meredakan kesakitan belakang
Published by
Maiya Deen