Ramai yang ingin memiliki bentuk badan yang kelihatan tegap dan sado tapi tak mampu untuk mendaftar ke gym atau mungkin disebabkan malas dan tiada masa untuk ke gym. Kita juga sebenarnya boleh juga jika ingin untuk membina badan di rumah.
Kita perlu fokus pada latihan seluruh tubuh. Anda harus cuba untuk mengurangkan lemak pada tubuh sehingga otot-otot perut anda akhirnya timbul. Untuk mencapai ini, kita perlu mengamalkan kombinasi makanan yang sihat dan latihan rutin senaman yang efektif.
Berikut adalah 6 cara bagaimana untuk anda membina badan hanya dengan berada di rumah sahaja dengan mudah:
- Berikan komitmen untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang – ini adalah sangat penting untuk anda mendapatkan tubuh yang sihat. Gantikan karbohidrat sederhana yang anda ambil dengan karbohidrat kompleks seperti ubi dan beras merah. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat pada pagi hari. Hindari makanan segera seboleh mungkin
- Dapatkan protein yang mencukupi kerana protein membantu kita untuk menguatkan jaringan otot ketika kita kehilangan lemak dari tubuh. Makan 1 gram protein untuk setiap angka berat badan. Makan protein sebelum dan sesudah latihan. Minum protein shake untuk mendapatkan protein yang lengkap.
- Minum 500ml air sejuk setiap kali ketika anda bangun tidur. Air sejuk boleh menjadikan tubuh kita untuk bekerja lebih keras dan memanaskan suhu tubuh badan kita sehingga merangsang peningkatan metabolisme kita yang berehat saat kita tidur.
- Lakukan aerobik yang aktif tiga hingga lima hari dalam seminggu selama 45 minit setiap hari. Lakukan aktiviti berjogging, berlari atau berenang. Kombinasikan setiap aerobik ini antara gerak laju dan perlahan dalam rutin latihan harian untuk membakar lebih kalori. Jogging dengan perlahan selama tiga minit dan gantikan dengan berlari laju selama satu minit sebelum kembali ke kelajuan perlahan.
- Gabungkan latihan rutin untuk membina kekuatan tubuh selama 3 hari dengan tidak berturut-turut dalam seminggu. Boleh dilakukan secara selang sehari. Jaringan otot merangsang peningkatan metabolisme dan ia akan membolehkan pembakaran lemak dengan lebih banyak. Kombinasikan senaman, di mana anda menggunakan berat tubuh anda sendiri untuk ketahanan dengan penggunaan mesin angkat beban dan tanpa beban.
- Cuba dapatkan seboleh-bolehnya 8 jam tidur setiap hari. Semasa anda tidur, tubuh anda akan berehat untuk membolehkan kita agar memiliki tenaga untuk latihan yang seterusnya pada keesokan hari. Kurang tidur boleh juga menyebabkan kelaparan dan seterusnya penambahan berat badan.
Cuba amalkan 6 cara ini untuk anda membina badan di rumah secara berdisplin. Anda perlu yakin dan konsisten dalam melakukannya untuk mendapatkan bentuk badan abang sado yang amat anda inginkan itu.
Selamat mencuba dan admin harapkan agar anda berjaya.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI